Bab 4

6.9K 314 18
                                    

Tiba malam, aku menelefon sahabat baikku, Linura yang bekerja di Banting. Mahu mengadu dan merengek-rengek seperti budak tidak cukup akal. Hanya Linura dan Ayu saja yang boleh dijadikan tempat untuk aku mengutuk Si Nasir.

Kami berdua ni, best friend jarak jauh. BFJJ. Jarang berjumpa. Mungkin setahun sekali. Itu pun kalau dia ada turun ke Penang untuk Training. Tapi bila sekali bertemu, memang terus jadi Adam Stacy, bergabung meletup!

"Kau cari laki romantik ke?" tanya Linura bila aku merungut tentang Nasir yang keras seperti kayu. Langsung tidak pandai mengayat, jauh sekali mahu mengusik-ngusik sayang.

"Tak lah macam tu ..."

"Dah tu kenapa nak complaint bila dia tak romantik?"Linura tembak lagi.

Tak menyempat langsung budak seekor ni! Aku tak habis cakap lagi dah memotong.

"Kau ni! Memang la dulu aku ada cakap aku tak suka sangat lelaki yang macam tu. Tapi tak adalah sampai tahap macam ni. Kayu! Tahu kayu? Jawab sepatah sepatah. Nak kata lembam, aku tengok elok je. Entah apa yang tak kena entah." Fikiran aku kembali menerawang mengingatkan memori pagi tadi.

Sebelum dia masuk ke seat pemandu, sempat dia berpusing melihat aku yang masih tercegat memerhati mereka dari sisi keretaku. Kebetulan pula kami sama-sama meletakkan kereta di parking atas.

Dia menunjukkan telunjuknya ke arah keretaku sambil menggerakkan kepalanya sedikit. Isyarat untuk menyuruh aku segera masuk ke dalam kereta. Bagai tersedar dari mimpi, aku bergegas masuk ke dalam kereta. Lama aku duduk menunggu aircond mencapai tahap piawaian yang aku inginkan sebelum berundur keluar dari parking.

Semasa meluncur ke arah lorong keluar, aku lihat keretanya masih di tempat yang sama. Lampu brek baru menyala tanda dia baru hendak berundur keluar.

Dia tunggu aku keluar dahulu ke?Wah, protective juga ya?

"Maybe dia jenis tak banyak cakap kot," komen Linura bersahaja.

Hmm ... ada benarnya juga tu. Kan emak beritahu yang dia ni jenis pendiam.

"Yela kot..." Aku menyambung sedikit malas di hujung ayatnya.

"Kau ni betul-betul la Zatul. Nak ke tak nak? Jangan nak panjangkan cerita yang boleh kau kerat lebih awal. Ni main tarik tali pula. Cepat-cepat lah tetapkan hati tu!" Tiba-tiba Linura meletup. Mula membebel. Rimas agaknya mendengar kisah aku yang sekejap mengeluh, sekejap mengaduh. Hilang punca!

Aku sapu telinga. Rimas asyik dibebel. Petang tadi dibebel emak, malamnya dibebel Linura pula. Kenapa semua orang dalam hidup aku ni suka membebel?

Tapi aku tahu bebelan mereka itu keluar kerana mereka sayangkan aku. Jadi aku ikutkan saja tempo mereka. Sebab aku pun sayang mereka juga!

"Nak pilih lelaki ni bukan macam pilih kacang buruk tau! Nak kena teliti luar dalam dulu," tempelak aku sama keras. Cakap memanglah senang! Yang peningnya aku, bukan diorang!

"Benda jadi susah bila kau asyik cakap susah. Mulut tu jangan nak asyik berbunyi je. Cuba tenangkan sikit hati. Fikir dengan otak yang tenang. Minta petunjuk! Itu main point nya. Baru lah jawapan yang kau cari tu datang." Kali ini memang berkali-kali Linura menembak. Cedera parah aku dibuatnya.

"Kau ingat jawapan tu nak turun bergolek dari langit? Petunjuk tu pun bukannya datang tunjuk muka Nasir tu dalam mimpi aku. Tafsiran jawapan tu pun susah nak dibaca tahu?" Kalau bergaduh dengan Linura ni, alamat sampai ke esok lah tak habis. Ada-ada saja akal untuk membidas.

Mungkin sebab itu hubungan kami tidak terputus walaupun berjauhan. Bila salah seorang ada masalah, cepat saja akan dicarinya yang seorang lagi. Nasihat secara kasar begini memang memberi kesan untuk kami berdua. Sebabnya masing-masing jenis jiwa kental. Bercakap secara lembut tidak lut untuk kami berdua.

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now