Chapter 14:
Crying is a way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is
~ All The Greats Quotes Of The Day
Kebas. Beku. Sebal. Mustahil! Ini tidak mungkin terjadi. Mungkin saja Zara salah dengar tutur bicara Zarul sebentar tadi. Matanya masih kaku menatap wajah Zarul yang masih lurus pandang ke depan. Langsung tidak di pandang muka Zara yang sudah berubah warna itu. Lama Zara terdiam kaku. Nafasnya bagai terhenti. Semangatnya hilang terbang melayang. Sakit dadanya bagai ditikam pedang samurai. Berdarah kembali luka di hati. Dia bagaikan tenggelam dalam memori lama yang mencarik-carik tugu kekuatannya. Berkaca-kaca matanya menahan tusukan hebat kenangan silam yang menyentak kuat seluruh kekuatan di dalam dirinya.
"Don't contact me again, Zara!" Kasar suara Ammar membunuh harapan yang tumbuh di hati Zara. No! Bukan ini yang Zara mahu. No! Ya, Zara Aleeya silap menguji kesabaran Ammar. Tapi takkan sampai dijatuhkan hukuman sebegini rupa?.
"But why? I thought we're okay already? Kenapa I tak boleh contact you Ammar? Kenapa I tak boleh cari you? You're my fiancee!!" Hampir menjerit Zara menghamburkan kemarahan dan kekecewaan yang berkumpul di dada.
Ammar menghela nafas berat. Dia kalih pandang merenung pepohon rendang yang memagari chalet di puncak Cameron Highland.
"Zara, we talked about this so many times. If you tak pernah ada masa untuk I, baik kita bawak haluan masing-masing!" tegas suara Ammar memusnahkan impian yang di bina sekian lama untuk memadu kasih bersama.
"Come on, Ammar! I always here for you. Please don't say that I tak ada masa untuk you. We've been together so many years already. I cuma nak ada 'alone time'. Itu saja. I want my own space. Takkan kita nak berkepit 24 jam!" Jelas Zara tidak mahu mengalah di dalam hal ini. Mereka terlalu rapat sehinggakan Zara rasa lemas. Mungkin juga dia mengalami 'cold feet', bimbang dan risau, maklumlah tinggal tiga hari saja lagi sebelum mendirikan rumah tangga. Rasanya baru beberapa hari lepas dia meminta agar perkahwinan mereka berdua di tunda kerana perasaan gementar untuk menjadi permaisuri di dalam hidup tunangannya itu. Kini, dia pula yang terpaksa mengejar tunangannya sehingga ke puncak Cameron Hingland. Huh! Dramatik betul bila dapat tunang jiwa sentimental nih.
"Zara, you baliklah. Dan jangan cari I lagi!" Keras betul hati Ammar. Kalau dulu Ammar yang selalu beralah dengan kerenah Zara. Tapi kenapa kali ini susah pulak nak memujuk kekasih pilihan hatinya ini?.
"Ammar, please jangan buat I macam ni. I janji, kita proceed dengan majlis kahwin kita, o.k?" Zara mengubah pendekatan. Biarlah kali ini dia pula yang mengalah. Tidak sanggup melihat kesedihan yang terpamer di wajah Ammar itu.
"Dah terlambat Zara! I dah bagitau famili I yang majlis kita tu cancel. You baliklah KL. Jangan cari I lagi." Ammar bangun dari kerusi batu yang di dudukinya tadi. Cuak pula Zara melihat kekecewaan hati Ammar. Tidak sangka dia gagal untuk memujuk tunangnya itu. Tangan Ammar dipaut lembut. Lama pandangan mereka bertaut. Zara cuba menghantar seluruh rasa cinta yang hadir di dalam dirinya. Biar Ammar tahu hatinya hanya untuk Ammar seorang. Tiada jejaka lain yang menghuni kamar hatinya itu. Sumpah!
"I mintak maaf atas tindakan gila I hari tu Ammar. I just takut nak jadi isteri orang. I talked to your parents already. I dah cakap yang kita dah berbaik semula. Please jangan buat I macam ni. I need you in my life." Lirih suara Zara memujuk. Jemarinya meramas erat jemari Ammar, cuba menghantar rasa kekesalan di atas kebodohan dirinya sendiri. Tidak sangka kesilapannya itu hampir memusnahkan impian yang dianyam sekian lama, sejak di bangku sekolah lagi.
"Zara....." Ammar menghela nafas keras. Dia cuba merungkai pautan kemas jemari runcing milik Zara. Matanya masih memaparkan seribu satu duka. Zara cukup terkesan dengan emosi sedih Ammar itu.
"Zara...."
"Zara!" suara kasar Zarul berjaya membawa Zara kembali ke alam realiti. Setitis air matanya mengalir turun mencium pipi gebu miliknya. Terpinga-pinga Zara menatap wajah Ammar. Opps! Zarul! Subhanallah, apa yang Zara tengah fikir sekarang? Hampir dia meraung sedih kerana Ammar meminta dia tidak menghubunginya lagi. Tapi, itu dulu. Ketika Ammar masih bergelar tunangannya. Zara menarik nafas dalam. Cuba menolak sejauh mungkin ingatan yang memenuhi hampir keseluruhan mindanya itu. Tangannya naik mengesat titisan air mata yang tanpa segan mengalir turun di depan Zarul. Oh tuhan! Malunya. Mana Zara nak letak mukanya selepas ini? Apa agaknya yang Zarul fikir? Zara kalih pandang ke luar. Barulah dia sedar bahawa SUV Zarul sudah lama berhenti di depan banglo mewah Tan Sri Hakim. Entah bila, Zara kurang pasti. Yang pasti, hatinya terluka. Kisah silam menghantui ingatannya. Sekali lagi dia menarik nafas dalam, cuba menghimpun kekuatan yang sudah bertempiaran lari di kejar kekesalan semalam.
"Zara... I...." Zara mengangkat tangan menghentikan bicara Zarul. Dia tidak sanggup mendengar apa-apa daripada mulut Zarul lagi. Ya! Zara yang terlalu meletakkan harapan untuk merealisasikan impiannya yang tak kesampaian suatu waktu dulu. Zara yang bodoh. Zara yang naif. Siapa Zarul di hati Zara? Zara keliru. Keliru dengan kehendak hati. Zarul bukan Ammar! Idiot!.
Zara mengambil handbag dan segera melangkah keluar dari perut SUV dengan hati yang sebal. Dia memanjangkan langkah menuju ke rumahnya. Cuba meninggalkan seribu satu kekeliruan yang mengasak setiap langkahnya. Cuba mengutip kembali cebisan kekuatan yang hampir direjam kenangan silam. Ammar! I love you!!. Jeritan hati Zara tidak bersahut. Penyesalan lama tidak berpenghujung. Adakah dia perlu hidup dengan penyesalan ini seumur hidupnya?
Sementara Zarul termangu seorang diri selepas ditinggalkan oleh Zara. Rasa bersalah mula mengetuk pintu hati. Am I too harsh on her? Kejam sangatkah Zarul dengan permintaannya agar anak gadis kesayangan Tan Sri Hakim tidak menghubunginya lagi? Dia tidak ingin melanggar prinsip hidup. Urusan kerja dan peribadi tidak harus dicampur aduk. Dia tidak perlukan Zara di dalam hidupnya. Kerjayanya adalah fokus utama di dalam hidupnya. Tidak mungkin dia membiarkan kehadiran Zara memporak perandakan rancangan yang di atur rapi untuk memacu syarikat hasil titik peluhnya itu ke mercu kejayaan. Dia tidak akan pernah membiarkan seorang gadis menghancurkan hatinya lagi. Benteng yang dibina untuk memagar hatinya masih utuh. Tidak semudah itu dia akan membiarkan seorang perempuan memusnahkan impiannya. Tidak selepas apa yang Bella lakukan. Huh! Zarul menghela nafas kasar sebelum memulas stereng dan memandu SUVnya ke destinasi pilihan hati.
***********************************************************************
Hello dear...
Author sedih membayangkan Ammar yang sudah tiada lagi di dalam hidup Zara. kasar sangat Zarul dengan Zara kan?
What do u think about this chapter? please give your comment or just vote for me if you like this chapter ya!
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...