RAGU-RAGU

95 11 30
                                    

Jam di dinding bilik kutenung lagi. Masuk kali ni, dah lebih sepuluh kali gamaknya kepalaku asyik mendongak memandang jam yang melekat di dinding.

Hanya beberapa minit sahaja lagi, aku bakal rasmi menjadi Mrs Haizad. Sebenarnya, sungguh aku tak mahu bersuamikan lelaki yang bernama Haizad Airullah itu. Namun, berbekalkan secebis kanvas kasih sayang kepada umiku yang membuatkan aku masih mahu meneruskan perkahwinan ini.

Huh!

Keluhan berat yang ke sejuta kuhelakan.

"Wei, betul ke apa yang kau buat ni? Kau tak menyesal ke?" Soal teman karibku a.k.a. mak andamku yang setia menenangkan jiwaku di sebelah.

Aku pantas mengangguk, "Kalau aku rasa aku buat perkara yang salah, dah lama aku lari agaknya," Jantung kian berdegup laju apabila jawapan itu meniti di bibirku.

Oh, no! Zara, jangan kau nak buat kerja lari sekarang jugak! Nanti apa kata umi? Kau nak umi marah kat kau ke?

"Betul? Kau yakin ke apa yang kau buat ni?"

Sekali lagi Sara bertanyakan soalan kepadaku yang membuatkan aku kian dihimpit keraguan. Hampeh punya kawan! Bukannya nak support kita!

"Sara...a-aku...serius, aku tak tahu apa yang aku buat ni?" Tangan Sara aku genggam kuat. Cuba mencari kekuatan di situ.

"Kau nak aku panggilkan umi ke?"

Aku pantas menggeleng, "Tak payah. Nanti kantoilah aku tak nak. Aku rasa macam tak nak teruskan perkahwinan ni, tau tak,"

Klise betul hidup aku ni! Kena kahwin paksa macam gini. Macam dalam novel-novel cinta gitu. Masalahnya, aku tak faham kenapa Haizad boleh terima perkahwinan ni macam tu je. Takkanlah dia cinta pandang pertama kat aku kot. Aku teringat kembali pertemuan pertama kami seminggu yang lepas.

Imbas kembali bermula...

Hari ini, bestfriend umi dan anak dia datang rumah. Sebab? Nak pinang aku. Umi ni kalau bab kahwin, dia memang jujur. Katanya minggu ni, dia nak aku bersuai kenal dengan anak bestfriend dia tu. Jadi, tak pasal-pasal aku, gadis yang baju kat ampaian dah kering waktu tengah hari, belum tentu dah bangun buat penghijrahan amat baik punya. Aku bangun awal hari ni semata-mata untuk membantu umi menyiapkan makanan untuk tetamu yang bakal hadir. Besan katanya. Means that bakal suami aku pun ada sama. So, datang je family bestfriend umi tu, takkan aku nak duk dalam bilik je kan. Jadi, aku sambutlah mereka dengan pakej gaya ala-ala menantu mithali gitu. Aku jemput mereka ke ruang tamu. Makanan pun dah siap hidang, tinggal nak melantak je lagi.

"Kami datang ni berhajat. Kami nak pinangkan Zara untuk anak kami, Haizad Airullah. Zara setuju tak?"

Ibu Haizad pandang aku dengan wajah yang penuh berharap. Aku pandang dia lepas tu pandang wajah umi yang memberi signal SETUJU kepadaku. Aku takde pilihan lain selain mengangguk. Padahal dalam hati, sumpah saya tak nak kahwin dengan mak cik! Tapi apakan daya. Nanti umi buka gelanggang WWE pulak dengan aku sebab reject anak bestfriend dia. Sungguh aku tak mahu!

"Alhamdulillah, jadi semua setujulah ni. Majlis semua kami sebagai pihak pengantin lelaki akan sediakan. Izad, kamu pergilah berbual ke apa dengan Zara. Kenal-kenal ke? Kitorang, orang tua-tua ni nak berbincang," Kedengaran suara ayah Haizad pula bersuara.

Aku masih tidak berganjak dari tempat duduk. Sebelah tangan masih setia memeluk erat lengan umi macam tak nak lepas. Nampak sangat anak manjanya kat situ.

"Zara, pergilah. Umi nak berbincang dengan parents bakal suami Zara ni," Pegangan tanganku pada umi dileraikan olehnya. Aku rasa macam nak nangis pun ada.

Cerpen: Tatkala Idea TertimbusWhere stories live. Discover now