kau datang
janji kan bahagia
kau datang
membawa cahaya
kau datang
berkata yang kau bukan seperti lelaki sebelumnya
kau janji
cinta kan aku sampai mati
kau janji
aku yang akan kau kahwini
kau janji
kau akan tepati
namun kini
mengapa hati kau berubah
mengapa fikiran kau celaru
mana perginya keyakinan tinggi melangit kau
mana pegang nya janji hidup semati kau ?
kau kata kau masih fikir kan dia
kau kata kau bersalah
kau kata kau harus tunaikan janji lama kau pada dia
tapi janji kau pada aku ?
apa hanya dia sahaja berada di fikiran kau kini ?
apa hanya dia sahaja yang layak kau cintai ?
apa kau tahu engkau dia benci ?
dan aku disini sayang kau bagai nak mati.
cinta kita belum habis
aku sabar dalam tangis
aku doa mata kau terbuka
supaya nampak kasih sayang aku di depan mata
aku masih berharap
hati kau pulih dari luka
dan aku mahu aku kau jadikan senjata
untuk berjuang di dalam dunia durjana
aku di sini menunggu kau
menunggu kau bebas dari dosa lampau
kerana aku adalah yang kini
dan aku mahu aku lah masa depan kau nanti.