---
"June-yah..."
Mendengar suara Hanbin yang kebetulannya turut ke dapur untuk mencari makanan ringan , Junhoe secara refleks mengangkat wajahnya yang tersembunyi di sebalik pintu peti ais.
"Oh , wae?"
Mata Junhoe berkedip laju. Salah satu daripada botol-botol soju yang tersusun kemas itu dicapainya. Pintu peti ais tersebut kemudiannya ditolak sehingga kembali tertutup rapat.
Hanbin tersenyum ㅡ kini melangkahkan kakinya menuju ke arah Junhoe. Sebelah telapak tangan lelaki itu dicapai Hanbin lalu diletakkan sesuatu yang rata dan licin permukaannya.
Junhoe memandang Hanbin dan objek di tangannya silih berganti.
"CD apa ni?"
Hanbin tersenyum lebar ke telinganya
"Fifty Shades Darker.."
---
"Aduh... time ni jugalah migrain nak datang."
Rungutan dan keluhan Jinhwan bagai tiada noktahnya. Bermula dari dahi dan seterusnya ke setiap bahagian kepalanya diurut lembut dengan jari-jemari halus itu.
Pada ketika itu jugalah Junhoe menapak masuk ke dalam bilik perkongsian kedua-dua mereka bersama CD yang telah dipinjamkan oleh Hanbin sebentar tadi.
Sejujurnya , Junhoe sendiri masih tertanya-tanya tentang isi kandungan CD tersebut.
Kata Hanbin , CD itu merupakan filem kegemarannya sejak akhir-akhir ini. Tetapi , Junhoe tidak pula diberitahu tentang perinciannya. Persoalan itu sekadar didiamkan sahaja.
"Jinhwan... nak tengok movie? Aku ada bawakan snek."
Junhoe menggoncangkan dua bungkusan pek makanan ringan bersaiz besar di tangan kirinya. Manakala tangan kanan lelaki itu memegang dua botol soju.
Semua juga tahu bahawa Junhoe bukanlah seorang yang benar-benar minat menonton apa pun jenis filem. Tidak sampai 15 minit pun , dia pasti akan hanyut dalam buaian mimpi.
Sekurang-kurangnya dengan mengajak Jinhwan menonton bersama , Junhoe tidak akan mati kebosanan di situ.
"Hmm , okay.."
Jinhwan bersetuju tanpa berfikir panjang. Dia hanya tidak mahu menghampakan Junhoe.
"Maybe we should make a bet. If I win...... you take me to the red room."
"And if I win?"
"Your choice."
Seperti yang dijangka , pelakon lelaki itu menang pertaruhan yang dibuat si pelakon wanita.
Junhoe meneguk soju di tangannya lagi. Sesekali , dikerling wajah Jinhwan yang duduk di sisinya. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja ketika sedang menonton.
Tidak seperti Junhoe yang sudah berpeluh dingin gara-gara teransang dengan aksi liar mereka itu. Junhoe segera menekan punat merah pada alat kawalan jauh.
Sungguh , keadaan seluarnya yang semakin ketat membuatkan ereksinya pedih.
"A-aku nak pergi tandas.."
Junhoe terus menguncikan dirinya di dalam tandas. Sementara Jinhwan ke dapur untuk mencari ubat.
"Chanwoo.. mana semua ubat-ubat di sini?"
Chanwoo mengalihkan pandangan seraya mendongakkan wajahnya.
"Yunhyeong simpan dalam kabinet di atas sana."
Jinhwan mengeluh lagi. Hendak meminta pertolongan , Jinhwan segan pula dengan ketinggiannya.
Tangan Jinhwan sibuk meraba-raba ubat-ubatan yang disimpan di kabinet atas.
"Fuhh.."
Jinhwan menuang air ke dalam cawannya lalu diminum sekali teguk bersama sebiji pil yang diambil.
Beberapa detik kemudian , pening kepala Jinhwan bertambah teruk. Malahan , pernafasan Jinhwan dirasakan semakin laju diikuti dengan detakan jantung yang lain macam sahaja rasanya.
Jinhwan berjalan terhuyung-hayang ke biliknya dengan tubuh yang benar-benar memerlukan sentuhan.
"Junhoe.."
Tidak salah lagi , Jinhwan tersalah mengambil ubatnya. Tentu sekali pil yang diambil oleh lelaki itu tadi adalah pil perangsang yang Jiwon sorokkan bersama ubat-ubatan lain.
Junhoe melangkah keluar dari bilik air. Biarlah apa yang dilakukan Junhoe di dalam tandas itu tadi menjadi rahsianya seorang.
Jinhwan tidak duduk di tempatnya tadi. Bahkan , paha Junhoe pula yang dijadikan Jinhwan sebagai sofa sehingga menghalang pandangan lelaki itu.
Junhoe ditolak sehingga tubuhnya terlentang pada permukaan sofa. Tanpa menunggu lagi , Jinhwan turun ke celahan paha Junhoe lalu menarik seluarnya.
Jinhwan merenung kawasan itu lama sebelum bertindak berani dengan membawa alat kelamin Junhoe ke dalam mulutnya.
---

YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
Roman d'amourRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||