-4 tahun kemudian-
Banyak yang berlaku selama 4 tahun itu. Eunji berjaya membuka sebuah kafe atas namanya sendiri. Semuaya berkat pertolongan Kris yang banyak bantunya dari segi kewangan. Dan yang paling penting dia dah jadi anak perempuan keluarga Kris.
Ibu bapa Kris bersetuju mengambil Eunji sebagai anak angkat mereka kerana mereka mengenali ommanya Eunji. Ringkas cerita Kris abang kandung Eunji yang dah lama dia cari.
Selepas bercerai, omma Eunji dan oppanya berpindah ke China. Tetapi hayat ommanya tidak lama kerana menghidap kanser perut. Sebelum meninggal ommanya sempat menyerahkan oppa Eunji kepada rakan baiknya yang kebetulan tidak boleh memiliki anak. Selepas Kris berumur 13 tahun, diorang berpindah ke Korea dan membuka syarikat sendiri. Dan takdir menemukan mereka di sekolah menengah yang sama.
Kris tergerak hati untuk mengenali Eunji saat melihat Eunji yang memukul sekumpulan pelajar lelaki yang membuli. Ketika itu dia teringat yeosaengnya yang lasak dulu. Mereka berkenalan dan rapat sehingga sekarang.
Eunji meletakkan coffee yang dipesan oleh Kris di atas dan duduk berhadapan dengannya.
"Oppa, oppa tahu tak kenapa omma ngan appa boleh cerai?" soal Eunji.
"Molla. Oppa tak pernah tanya. Omma pon tak pernah cerita. Tapi omma selalu cakap yang dia rindukan Eunji. " kata Kris lalu menghirup coffeenya.
Eunji diam. Dia terharu. Tak sangka ommanya masih ingatnya. Hampir saja dia mengalirkan air mata tapi suara seorang budak memotong emosinya.
"Eonnie..!! " seorang budak perempuan berumur lebih kurang 4 tahun berlari ke arah Eunji.
"Se na-yaa..!!" Eunji membuka pelukannya. Budak itu berlari terus dalam pelukan Eunji.
Eunji memeluk budak itu dengan erat sekali. Melepaskan rindunya kepada budak itu. Baru seminggu tak jumpa dah rindu gila ngan budak comel sorang ni.
"Se Na-yaa, berapa kali omma nak cakap panggil dia ahjumma bukan eonnie. Dia sama umur ngan omma tahu tak. " suara Naeun sambil berjalan ke arah mereka.
"Biarlah. Aku belum tua lagi la tak sesuai dipanggil ahjumma. Bukan macam orang tu dah nak masuk dua." sindir Eunji.
"Ishh biarlah. Asalkan aku bahagia betul tak Kris oppa? " sindir Naeun semula.
Kris hanya mengangguk dan ketawa kecil. Eunji mencebik. Suka la tu yeosaeng dia kena sakat.
"By the way, korang dua je ke? Mana appanya? " soal Eunji. Cuba nak tukar topik.
"Sehun ada kerja sikit. Kejap nanti dia datang. " jawab Naeun mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan kerusi Eunji.
Eunji duduk dan mengangkat Se Na duduk di atas ribanya. Mereka sebenarnya berkumpul untuk menyambut hari lahir Se Na dan sekaligus menyambut kedatangan baby baru.
YOU ARE READING
My Bodyguard
AcakJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...