Skrin laptop di depan mata kupandang. Bosan. Idea dah tertimbus nak buat thriller novel ni. Jam tangan kubelek. Dah menginjak ke angka 6.00 petang. Bila hubby nak balik ni? Perutku pegang seketika. Dah lempeng mengalahkan pancake! Hmm, laparnya!
Aku kalau bab memasak memang tak reti. Selalunya, hubbylah yang masakkan untuk aku, hehe. Bertuah tak ada bini macam aku?
Aku menunggu hubby balik dengar penuh sabar. Beberapa jam sudah berlalu, tapi dia masih belum pulang. Aku mengeluh lemah. Perut kian berkeroncong. Aku terpaksa jugak turun padang untuk memasak hari ni. Sampai bila aku nak mengharapkan hubby je yang masak untuk aku? Huh!
Aku melangkah ke arah dapur. Adus, nak masak apa ni?
Klik!
Jari kupetik. Telefon dalam kocek seluar dikeluarkan. Mobile data ditekan. Tanyalah pak google.
Aku terus mencari resepi untuk memasak nasi goreng kampung. Yes, jumpa! Aku pun mula memasak mengikut resepi tersebut. Laman web www.maggi.com.my dibuka.
Terpacul keluar bahan-bahan untuk memasak nasi goreng kampung.
Bahan-bahan tersebut aku baca satu-persatu dengan penuh teliti. Semua bahan ada kecuali perencah maggi tu. Tapi kat dapur ni ada secukup rasa berjenama maggi. Sama je kan. Guna tu jelah.
Kemudian, aku scroll ke bawah. Ada cara memasak. Aku perhati setiap satu cara memasak itu.
Setelah meneliti cara memasak satu-persatu, aku mula membasuh kuali lalu kuletakkan di atas dapur gas. Dengan jarak dua kaki, perlahan-lahan aku pulas pembuka api pada permukaan dapur gas.
Yang aku risau sangat sekarang ni adalah, aku takut dapur ni meletup selepas dikerja aku nanti. Aku satu habuk pun tak reti bab memasak ni. Senang cerita, nak pecah telur pun hmmm...payah!
Tidak jadi aku memetik api dapur gas, lebih baik aku sediakan bahan-bahan dulu. Mula-mula, aku ambil telur dalam peti sejuk. Telur yang pertama, aku ketukkan dekat meja...berderai! Semuanya hancur dan jatuh kat atas lantai. Mungkin aku ganas sangat kot. Telur yang kedua, aku pecahkan guna hujung sudu. No effect! Lembut sangat kot. Aku kuatkan energy sedikit. Aku angkat sudu tinggi-tinggi dan....shruttt!
Aku mengelap wajahku yang sudah dilumuri telur yang kedua itu. Serius, aku rasa macam nak nangis sekarang. Menyesal tak nak belajar masak masa zaman muda-muda dulu.
Perlahan-lahan aku melangkah ke singki. Paip kubuka dan wajah kucuci. Apalah malang sangat hidup aku hari ni!
Kulit telur yang sudah hancur aku baling dalam tong sampah. Sumpah aku geram dengan telur tu! Aku melangkah ke peti sejuk. Telur ketiga aku ambil. Serius, kalau kali ketiga ni hancur jugak, aku give up!
Dengan kesabaran yang masih tersisa, aku ketuk sedikit telur tersebut ke bucu mangkuk. Prek! Ok, dah pecah sikit. Aku ketuk sekali lagi perlahan-lahan. Apabila permukaan telur itu sudah retak sepenuhnya, aku buka dan masukkan ke dalam mangkuk. Lepas tu, aku gaul putih telur dan kuning telur di dalam mangkuk menggunakan garpu sehingga sebati sambil tersengih kegembiraan. Aku ni setakat nak pecahkan telur pun nak ambik masa sejam. Belum lagi kalau dah start memasak, agak-agaknya berapa lama eh?
Then, aku kupas bawang merah empat biji. Serius weh, meleleh hingus aku. Mengalahkan orang tengok filem Sembilu. Baru nak kupas, belum hiris lagi. Hampeh!
Tiba masanya untuk menghiris bawang merah itu, awal-awal aku dah pakai spek mata hitam jenama Rayban pulak tu. Serupa gaya orang nak pergi melancong padahal nak hiris bawang merah je. Aku haraplah alternatif aku ni efektif. Kalau tak, hmmm...aku flush bawang merah ni dalam jamban. Menyakitkan mata je!
Hidung pulak dah awal-awal aku sepit guna penyepit baju. Ala...sekejap je memanglah tak sakit. Kalau berjam-jam, mahu senget hidung mancung aku!
Pisau dah ready di tangan. Bawang merah yang sudah kukupas dan dibasuh juga sudah terpampang jelas di ruang mata di atas papan pemotong. Tinggal nak hiris je lagi.
Perlahan-lahan aku tusukkan pisau ke dalam badan bawang merah tersebut. Ok, dah rasa panas sikit! Aku masih meneruskan adegan sedih menghiris bawang merah ni. Orang yang first memasak memang merana macam ni ke?
First bawang, berjaya dihiris tanpa mengeluarkan sedikitpun air mata. Bawang merah yang kedua aku hiris, air mata dah mula bergenang di tubir mata. Aku tahan. Hingus yang rasa nak meleleh aku sedut kembali. Rasa jijik menggamit jiwaku. Ah, persetankan perasaan jijik tu! Bawang ketiga, aku hiris dengan air mata yang sudah tumpah setitik dua titik. Bawang merah yang last sekali...
"Baby, asal nangis ni?"
Pantas aku menoleh. La, baru balik ke? Perfect timing sangat! Time aku hiris bawang sambil menangis jugaklah dia nak balik. Asal tak balik minggu depan je.
"Mana ada nangis. Lambatnya balik. Tau tak orang lapar?" Aduku sambil merengek manja.
"Alololo....siannya baby ite. Ni abang ada bungkuskan KFC. Dah simpan bawang tu dalam peti sejuk,"
Aku ternganga. Aiseyman, dah habis air mata aku shooting drama hiris bawang merah ni, sesedap tu dia suruh simpan balik. Banyak cengkadak wak lu!
"Ala...orang baru nak masak. Potong stimlah abang ni!" Aku menumbuk dadanya sedikit.
"Aww...janganlah tumbuk. Dah, abang kata stop masak. Meh makan KFC. Sedap lagi tau,"
Aku memuncung. Memanglah sedap. Cuba cakap, KFC mana dalam Malaysia ni yang tak sedap. Ayam goreng tepi jalan pun orang kata sedap, jangankan dalam KFC!
"Fine!"
Bawang merah yang sudah separuh kuhiris itu dimasukkan ke dalam mangkuk. Kesemua bawang merah yang hiris tadi pun aku masukkan juga ke dalam mangkuk yang sama. Sia-sia je aku turun padang nak memasak hari ni. Alih-alih hubby bungkuskan KFC, kau rasa? Cik suami ni pun satu. Awal sangat balik kenapa?
Setelah itu, kelaparan yang melanda aku pun terlunas jua. Sama-sama aku dan hubbyku, Riyadh menikmati KFC. Hmm...enak dimakan sehingga menjilat jari. Tahniah, Anis! Kalau hubby kau balik tadi, sampai ke tua kau takkan ada pengalaman menghiris bawang merah. Apalah! Apa orang kata? Practice makes experience.
* * *
#riyadh+anis
#tak_reti_masak
#lapar_sih :-(
YOU ARE READING
Cerpen: Tatkala Idea Tertimbus
Short StoryThanks for the book cover❤ @cikgarfield Cer-cerita Pen-pendek [JEMPUT BACA]