Chapter 17

1.8K 66 6
                                    

           

Chapter 17:

"Failure is the opportunity to begin again more intelligently" – Henry Ford

Segala rancangan terpaksa dirangka kembali. Sejak semalam Zarul pening kepala memikirkan sumber kewangan yang diperlukan untuk menjayakan projek sulung di Vietnam. Akhirnya dia memutuskan untuk berbincang dengan Ian.

"So? Apa kita nak buat sekarang?" Suara Ian mengembalikan Zarul yang sedari tadi jauh mengelamun. Fikiran melayang entah ke mana.

"We're back to square one! I don't know what to do. Bank won't easily give us loan for this big project. We don't have the credibility. We need strong business partner. Financially to fund our project. It's too risky for the bank to approve our loan. Huh! I don't know what to do. Seriously!!". Zarul mengeluh kasar. Pen di meja diketuk beberapa kali. Bahunya melorot turun. Kecewa. Fikirannya buntu. Terasa kegagalan sudah begitu hampir di depan mata.

"If we couldn't find a good partner before end of this month, we probably need to pull out from this project!" Zarul memberitahu berita buruk kepada Ian. Masa sudah suntuk untuk mereka mencari rakan niaga yang baru.

Mungkin mereka terpaksa menarik diri daripada projek hidroelektrik itu. Segala penat lelah mereka bertungkus lumus menyiapkan proposal dan meyakinkan pihak kerajaan Vietnam mungkin berakhir dengan kegagalan. Sekali lagi dia mengeluh hampa. Ini semua gara-gara rakan niaganya yang dulu terpaksa menarik diri kerana terlibat di dalam skandal rasuah. Sudahlah cukup susah dia meyakinkan pihak atasan kerajaan Vietnam untuk memberi peluang kedua agar dia dapat meneruskan projek itu, kini bakal rakan niaga yang dikenal pasti mungkin tidak berminat untuk bekerjasama. Sebal. Marah. Geram. Sakit hati. Semuanya berkumpul di dada Zarul.

"What happen between you and Tan Sri Hakim? Aku ingat kau dah dapat strike the deal with TN Holdings!" Ian mencari penjelasan. Pelik benar kenapa Zarul tiba-tiba menyampaikan berita kurang enak di dengar. Apa yang terjadi?

"It's complicated. But judging from Tan Sri Hakim's reaction. I don't think he is interested in our project!" Dia seorang yang cukup realistic. TN Holdings tidak menjanjikan apa-apa. Walau CFO dan En Borhan menunjukkan minat, akan tetapi apa yang difikirkan Tan Sri Hakim sukar dibaca oleh Zarul.

"Why?" Ian kembali bertanya. Dia turut sakit kepala dengan masalah kerja di depan mata. Tangannya naik mengurut leher yang terasa tegang secara tiba-tiba. Stress!

"Kau ingat tak pasal Zara, the girl that I saved few weeks ago?" Segera Ian mengangguk kepala. Dia ada mendengar cerita Zarul tentang Zara, gadis yang hampir di culik oleh dua orang penjahat itu.

"Mesti lah aku ingat. Kenapa? Apa kaitan Zara dengan projek kita?" Dia tidak faham apa kaitan Zara dengan kegagalan projek yang diusahakan mereka.

"Dia anak Tan Sri Hakim." Mendatar suara Zarul memberitahu perkara sebenar.

"What??" Terlopong sekejap mulut Ian mendengar kebenaran daripada sahabatnya itu. Sungguh dunia ini terlalu kecil. Dalam ramai-ramai orang, kenapa anak Tan Sri Hakim yang diselamatkan Zarul tempoh hari?. Kebetulan yang menakjubkan!.

"Yes! Memang Zara Aleeya tu anak Tan Sri!" Zarul mengiakan sekali lagi bahawa gadis itu adalah puteri kesayangan Tan Sri Hakim. Bakal rakan niaga mereka.

"So?! Lagi senanglah kau 'kautim' dengan Tan Sri! Kau kan dah selamatkan anak dia?!" Tumbuh harapan baru di dada Ian. Secara logiknya, sepatutnya perkara ini akan menjadi lebih mudah dan senang. Bukankah keluarga Tan Sri Hakim terhutang budi dengan Zarul?

"Actually, that's the problem! I think Tan Sri syak aku yang rancang cubaan kidnap tu." Kuat perasaannya mengatakan bahawa Tan Sri Hakim curiga. Kalau tidak pasti Tan Sri Hakim tidak perlu menghantar orang untuk menyiasat latar belakangnya. Itupun nasib baik dia dapat menyelidik tentang Khalid melalui Raziq, staff kepercayaannya. Huh! Kalau bukan kerana pandangan penuh makna Tan Sri Hakim dan hasil negative pertemuan mereka semalam, sudah pasti Zarul tidak terfikir untuk menyiasat tindakan Tan Sri hakim.

"Kenapa kau fikir macam tu pulak?" Ian semakin pelik dengan Zarul sekarang. Kenapa rakannya yang cukup optimistic berubah rentak sekelip mata. Apa yang terjadi?

"Entah! Just my instinct. Tan Sri nampak curiga. Then I found out that Tan Sri siasat latar belakang aku." Mendengar ulasan Zarul membuatkan Ian turut berfikir panjang. Kenapa sampai begitu sekali tindakan Tan Sri Hakim?

"Perasaan kau je kot. Kau tak salah kan? So, kenapa kau nak risau pulak?" Ian cuba menidakkan telahan fikiran Zarul. Tidak mungkin Tan Sri Hakim curiga akan rakan baiknya itu. Zarul tidak pernah main kotor untuk berjaya di dalam kerjaya. Itu prinsip yang dipegang mereka berdua. Integriti selalu diutamakan.

"Huh! I don't know! During our lunch meeting, Tan Sri tak sentuh langsung pasal projek kita. Semua cakap pasal kes Zara. Aku pun tak tahu macam mana nak proceed dengan our discussion. I don't know whether yesterday's meeting is about work or personal." Akhirnya Zarul meluahkan perasaan ragu-ragunya itu. Keliru dengan tindakan Tan Sri Hakim.

"So, that's why aku rasa kita kena cari partner baru. Just in case Tan Sri tak nak invest in our project. Any names that you can think of?" Zarul kembali menyambung bicara. Cuba mengajak Ian untuk turut memberi solusi.

"Ha! How about you approach your dad!" bersinar mata Ian membayangkan pertolongan Datuk Zaki. Senang kerja. Tak perlu bersusah payah meyakinkan pihak ketiga. Sudah tentu Datuk Zaki akan memberi pertolongan di dalam projek mega yang sangat berpotensi dan memberi pulangan lumayan itu.

"No! Big NO!" Tegas Zarul mematikan harapan yang bersinar di mata Ian. Kecewa. Ian tidak faham kenapa Zarul tidak ingin melibatkan Datuk Zaki di dalam perniagaan mereka. Sedangkan Datuk Zaki sudah beberapa kali menawarkan bantuan kepada IZ Inc, tapi semuanya di tolak mentah-mentah oleh Zarul. Apa yang terjadi antara dua anak beranak ini? Zarul cukup berahsia tentang masalah peribadinya. Walau mereka sudah kenal lebih sepuluh tahun, sampai sekarang Ian tidak tahu punca sebenar Zarul renggang dengan Datuk Zaki.

"Tapi kita dah tak ada banyak pilihan. Almost all potential partners kita dah approach before! Only your dad yang kita tak approach. Come on, Zarul. Takkan kita nak give up macam ni je?" Sengaja Ian mendesak Zarul. Dia tidak sanggup kehilangan projek sulung yang diusahakan mereka.

Zarul tetap menggeleng kepalanya. Keputusannya muktamad. Tidak mungkin dia meminta pertolongan Datuk Zaki!

**************************************************************

Hi Girls,

short chapter. will try to write few chapters by today. since i have some free time. (*_*).

Please leave your comment or vote ya. thanks! really appreciate it.

3/3/2018

somewhere on earth!

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now