Tengku adzmir bangun awal pagi itu . Seusai solat subuh dia terus turun kedapur untuk menyediakan sarapan untuk isterinya . Segala kemahiran memasak yang dia punya ketika belajar dahulu cuba dipraktikkan kembali .Selesai menghidangkan nasi putih bersama ikan salmon grill diatas meja makan. Dia duduk melihat hasil dari air tangannya dan tersenyum sendiri .
Setelah berpuas hati dia berlalu untuk menyiapkan diri untuk keluar bekerja . Terlalu awal untuk bersarapan . Jam baru ke angka 7.30 , pasti dania juga masih belum bangun . Fikirnya..
Tengku adzmir turun semula ke dapur dengan berpakaian kemas berkemeja . Dia bercadang untuk menyediakan jus buah-buahan untuk dania . Susu untuk ibu mengandung belum dibelinya . Jadi jus buah antara yang terbaik untuk mengantikan susu wanita hamil
Lewat malam tadi sempat dia mempelajari dari encik google makanan yang mempunyai khasiat untuk ibu mengandung . Jadi , Pagi ini dia cuba untuk mengikut panduan itu .
Dania terkocoh2 membawa bag bagasinya turun dari tangga . Dia sudah mengambil keputusan untuk pergi dari rumah ini , sekaligus dari hidup Tengku adzmir. Tidak betah lagi untuk menghadap wajah anak lelaki itu .
Tengku adzmir yang terdengar bunyi bising roda bergesel di tangga terus berjalan keluar dari dapur .
"Nia nak pergi mana ni? " soalnya lembut . Dania hanya diam tidak menjawab .
Melihat tiada tindak balas isterinya . Tengku adzmir sudah menarik bagasi ditangan isterinya .
"Bagi balik bag aku!" Kasar nadanya
"Bagitau abang , nia nak pergi mana?"
"Balik rumah ibu aku lah! Bak sini aku cakap !"
Tengku adzmir melarikan bagasi itu kebelakangnya menjauhi dania yang terkapai2 mahu mengambil semula bag itu .
"Abang tak benarkan nia.. nia tanggungjawab abang . Tempat nia bersama abang . "
Dania yang mendengar sudah ketawa sinis . "Tanggungjawab tokmu " desis hatinya
" Tanggungjawab?! Boleh jalan dengan tanggungjawab kau tu!!"
"Nia please , abang betul2 nak berubah . Lagipun nia dan anak dalam perut tu tanggungjawab abang" .
"Abang tau abang salah . Tapi tak boleh ke nia bagi abang peluang untuk berbakti dan tebus salah abang pada nia? Lagipun nanti apa kata ibu kalau nia balik sana? Nia nak ibu risau ke? Nia nak ibu sedih? " tengku adzmir cuba memancing emosi
Nia mula terfikir akan kata2 lelaki itu . "Sanggupkah aku menyusahkan ibu? Tak!! Aku masih belum bersedia untuk memberitahu ibu akan hal ini . Aku taknak ibu bersedih ! Tapi , aku juga dah tak sanggup untuk terus tinggal disini . Bersama lelaki itu . Terdengar keluhannya.
Agak lama dania mendiamkan diri ... Tiba2 terlintas di fikirannya akan suatu agenda . Wajah lelaki itu dipandang sekilas . "Sebelum aku pergi dari hidup dia , lelaki ini harus mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan dia!!" Desisnya didalam hati
"Baik kalau macam tu, tapi aku ada syarat !" dania sudah berpeluk tubuh .
"Boleh sayang , cakap je apa syarat nia . Abang akan ikut " ujarnya bersungguh
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomancePrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...