Bab 4

133 13 0
                                    

Tidurnya terganggu dek kerana perbualan di meja makan minggu lepas kembali terngiang.

Mengiring ke kanan tak kena, mengiring ke kiri mata makin luas, meniarap.... eh! Itu amalan syaitan! Sudahnya Hani terkebil-kebil memandang syiling. Hatinya
tenang sedikit melihat perhiasan syiling biliknya yang lebih ke arah galaksi. Tapi suara Puan Sham kembali menjengah kotak fikirannya.

"Arghhh! Boleh migrain aku macam ni!"

Hani meramas kuat rambut. Kemudian bantal peluk disebelah ditumbuk-tumbuk kuat.

Iphonenya di sebelah katil dicapai kasar. Jam sudah menunjukkan pukul 3.23 pagi.

Nombor contact Echah dicari sebelum menghantar whatsapp kepada teman baiknya.

Echah
Online

Hang dengan aku esok!
√√

Okay! Tempat biasa ke?

Yes! We need to talk!
√√

Hal apa? It's sound
so important.

Of course it important!
It is about my life!
√√

Okay then. See you
tomorrow. Bye muah!

Bye dear. Lysm♥
√√

Ly2♥♥

Hani menatap lama balasan dari Echah. Mungkin ini yang membuatkan mamanya memandang serong. Ah lantaklah! Asal dia tak buat apa-apa kesalahan! Hani memicit kuat kepalanya yang makin berdenyut.

Tidak sedar bila dia tertidur. Goodnight world!

•••

Jari diketuk diatas meja menghasilkan satu irama.

Tangan sebelah kanan pula ligat mengacau straw. Tak tahan stress duduk di rumah, akhirnya dia sampai awal sejam daripada waktu yang dijanjikan.

Elok fikirannya melayang fikirkan hal semalam, bunyi benda dihempas mengejutkannya. Hani tersentak. Lantas cepat-cepat dikawal air mukanya. Taknak jatuh standard.

"Sorry aku lambat. Jalan jem nak mati!"

Echah memohon maaf seraya menghenyakkan punggung di atas kerusi. Hani hanya mengangguk. Tak lama kemudian seorang waiter datang untuk mengambil pesanan Echah.

"So apahal kau ni?"

Echah memulakan perbualan. Dipandang Hani sekejap sebelum mata diliarkan ke segenap ruangan cafè.

Hani membuka topinya lalu dicampak kasar. Rambutnya diserabaikan. Echah yang pelik dengan sikap kawan baiknya itu terus menyepak kaki Hani dibawah meja.

"Kau ni dah kenapa?!"

Echah tayang muka tak puas hati. Hani mengeluh berat lalu mencapai straw. Suaranya belum dikeluarkan.

"Dah bisu pulak kawan aku!"

Echah menjulingkan mata. Serentak itu seorang waiter datang menghantar makanan. Beefstick with lemonade.

Tanpa menghiraukan Hani yang macam orang gila, Echah terus makan.

"Aku kena kahwin"

Satu ayat, tiga perkataan dan 13 huruf mampu menyebabkan Echah tersembur. Habis makanan yang dikunyah tersembur di atas meja.

Tomboy Itu AKU (slow up)Where stories live. Discover now