"Kita nak pergi mana ni?" Soal Luke. Dari tadi mereka berjalan² di pekan tanpa arah tuju.
"ERM... Kita tengok²lah kat pekan ni. Kot² ada benda yang best² ke?" Balas Stella selamba.
"Hah! Luke! Situ²!!!" Terua Stella menarik tangan Luje ke satu kedai. Eksited sangat.
Luke pun ikut jelah. Nak buat macam mana. Dia dah janji kelmarin nak bawa Stella keluar jalan².
Tetiba kepala Luke mula pusing. Terasa kepalanya berat sangat. Terus Luke menyandarkan diri pada dinding kedai tu. Matanya dipejamkan.
"Luke?"
Pantas Luke membuka mata dan berdiri tegak apabila suara Stella menerpa telinganya. Dia tak mahu gadis tu risau.
A/n: ecececee... So sawit!
"Kau okey tak?" Soal Stella prihatin.
"Okey je. Kau dah habis pilih barang? Jomlah kita pergi tempat lain pulak."
"Dah! Jom pergi bayar!" Sekali lagi tangan Luke ditarik oleh Stella. Dahlah kepala dia duk pening lagi. Tak pasal² jatuh tersungkur atas jalan. Buat malu je.
Terus diorang bayar barang yang Stella nak tu. Bukan apa pun. Makanan ringan dengan perhiasan je. Dan of course guna duit Luke. Dah janji kan?
"Lepas ni nak pergi mana pulak?" Luke mengambil barang² yang dibeli oleh Stella dan membawanya. Sekali lagi acah gentleman.
"Ermm... Entahlah. Nak pergi mana eh?" Stella memandang sekelilingnya. Kotlah ada kedai yang menarik perhatian dia.
"Sana²!!! Kita main game!!" Jerit Stella sambil menunjuk ke sebuah arcade. Tanpa menunggu balasan Luke terus Stella berlari ke arah arcade tu.
Luke yang kat belakang ni hanya tersenyum nipis melihat kerenah budak² Stella. Dia pun ikutkan ja lah. Tak ikut kang makin teruk pulak merajuk dia.
Walaupun kepala dia pun duk pening lagi, dia kena ikutkan jugak kehendak Stella. Dia tak nak Stella merajuk dengan dia lama². Dia rasa....
Sunyi...
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella dan Luke duduk di kerusi dengan tenangnya. Di tangan Stella ada aiskrim berperisa vanilla. Sedap je dia makan ais krim tu.
Lansung dia tak rasa nak ajak Luke share ais krim tu dengan dia. Dahlah guna duit Luke. Luke pun tengok je Stella makan. Sebenarnya dia tak ada selera. Sebab tu dia tak beli ais krim kat dia.
Tetiba sakit kepala tadi kembali menerjah kepala Luke. Sakitnya bukan kepalang. Kenapa dengan dia hari ni?
Badan dia rasa lemah. Tekak dia rasa sakit dan kering. Kepala dia pening. Tak ada selera makan.
Luke memegang kepalanya. Dia cuba sebaik mungkin untuk tidak pengsan dekat situ. Kepala dia memang pening sangat ni.
"Luke? Kau okey?" Soal Stella risau. Sapa tak risau bila tengok kawan sakit macam tu.
Perlahan² Luke membalas dengan gelengan. Pandangannya mula kabur. Akhirnya dia jatuh rebah ke tanah.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Luke perlahan² mencelikkan matanya. Pandangannya yang mula² agak kabur beransur pulih. Dia memandang sekelilingnya dengan wajah yang pelik.
'Ni... Bilik aku... Macam mana aku boleh ada dekat sini? Bukan sebelum ni aku dekat taman dengan Stella ke?'
Luke bangun dari pembaringannya. Kepalanya masih pening tapi dah beransur pulih.
Tetiba sesuatu jatuh dari kepala Luke ke pahanya yang berlapik selimut. Tuala kecil? Perlahan² Luke menggapai tuala kecil itu. Ianya... Lembab.
Tetiba pintu bilik Luke yang tertutup rapat itu dibuka dari luar. Terus Luke mengalihkan pandangan ke arah pintu. Stella.
"Luke? Kau dah bangun?? Kau okey tak?" Soal Stella yang membawa semangkuk besar air.
Pantas dia menerjah Luke dan meletakkan mangkuk berisi air itu di tepi katil Luke.
Belakang tapak tangannya dilekapkan di dahi Luke. Satu lagi tangan pula dilekapkan di dahinya.
"Dah turun sikit."
Tuala kecil lembab yang berada di paha Luke tadi diambilnya lalu dicelup di air dalam mangkuk tu. Kemudian diperah.
Perlahan² dia menolak tubuh Luke supaya jejaka itu berbaring lalu ditarik selimut itu hingga paras dada bidang Luke. Tuala kecil tu pula diletakkan di at as dahi Luke.
"Apa... Dah jadi? Bukan kita dekat taman ke tadi?" Soal Luke keliru.
"Kau tak ingat ke? Kau pengsan dekat taman tadi. Badan kau panas. Kau demam. Jadi aku bawak kau balik." Balas Stella selamba.
"Kau pun satu. Kalau rasa tak sihat tu bagitahu je lah. Kau duk nasihat aku. Padahal kau pun 2×5 je dengan aku." Kutuk Stella.
"Aku tak bagitahu sebab aku tak nak kau marahkan aku. Aku tak sanggup bila kau merajuk lama² dengan aku." Balas Luke sambil menoleh ke arah lain.
"Kau ni. Aku bukannya kejam sangat. Kalau kau bagitahu kau demam kita boleh pergi hari lain. Sekarang tengok. Kan dah susah." Ujar Stella sambil memerah kain tuala kecil dan meletakkannya di atas dahi Luke.
Luke hanya tersenyum lemah. Tak apa jugak demam. Sekurang²nya dia boleh luangkan masa dengan Stella.
"Kau nak makan ke?" Soal Stella prihatin.
"Kau masak?" Soap Luke kembali. Soalan dibalas dengan soalan. Bagus!
"Ye lah. Sapa lagi? Nak makan ke tak?" Soal Stella sekali lagi.
Perlahan² Luke mengangguk. Stella membantu Luke bangun dan menyandarkan Luke di kepala katil.
Bubur yang dibawanya sebelum ni dibuka penutupnya. Kemudian disuakan ke arah Luke.
"Suapkanlah. Tak nampak ke aku demam?" Minta Luke. Mengadanya.
"Ceh. Mengada². Bukannya kau patah tangan pun."
"Salah ke? Bila lagi nak bermanja dengan kau?" Balas Luke selamba. Terus muka Stella terasa panas. Luke ni lah.
Dengan hati yang rela, Stella menyuapkan bubur ayam yang dimasaknya dekat Luke. Macam bayi pulak kena suap bagai.
Ikut je lah. Orang demam ni sensetif sikit. Kalau cakap nanti merajuk pulak. Tambah pulak satu masalah. Lebih baik ikut je.
Bersambung...
I'm sooooooooo sorry sebab tak update semalam.... Kabel telefon dekat kampung Arine Kenna curi... Then internet tak boleh guna. Baru harini boleh guna sorry eh?
And... Sorry kalau Ada typo... Sila hiraukan. Malulah bila korang tegur😳
Okay then. Tata!!😘💞💕
YOU ARE READING
Reaching The Sky: Two Worlds
Fantasia| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "St...