Zulfaren memarkirkan kereta di garaj rumahnya. Kakinya terus mengorak langkah ke pintu rumah. Tombol pintu dipulas. Terkunci. Aik, mana bini aku ni?!
"Hoi, bukalah pintu ni? Pekak ke?" Jerit Zulfaren dari luar.
"Ish, menyusahkan aku! Bukannya reti nak sambut suami balik kerja. Apa entah dibuatnya dalam rumah aku?!" Gumam Zulafaren tak puas hati.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah Amanda.
"Eh, awak dah balik?" Cepat-cepat Amanda mendekati dan tangan suaminya dicapai untuk bersalam. Namun, baru setapak dia melangkah mendekati, Zulfaren melontar briefcasenya tepat ke wajah Amanda.
"Apa kau buat, hah?! Lama aku tunggu kau buka pintu, tau tak?!" Jerkah Zulfaren kuat seraya melangkah masuk ke dalam rumah.
Amanda yang dah selamat mencium briefcase suaminya terpinga-pinga. Niat mahu mencium tangan Zulfaren, alih-alih cium briefcase dia. Kau hado?
Zulfaren menghumbankan tubuhnya ke atas sofa empuknya yang berwarna purple cair. Tubuh yang dirasakan lenguh diregang-regangkan.
"Kenapa kau masih tercegat kat situ? Buat air untuk aku," tengking Zulfaren. Lebih kepada mengarah.
Cepat-cepat Amanda menutup pintu rumah. Briefcase Zulfaren diletakkan di atas meja ruang tamu. Kaki melangkah merapati suaminya yang sudah menyandar pada sofa sambil memejamkan matanya.
"Awak...awak nak minum air apa?" Soalnya lembut sambil membuka stoking Zulfaren. Boleh tahan bau hapak stoking dia tu. Tapi bertabah jelah.
Zulfaren tidak menyahut. Setelah membuka stoking Zulfaren, tangan naik memicit bahu suaminya itu pula.
"Awak mesti penatkan? Saya buatkan jus oren ya,"
Zulfaren masih membisu. Bahunya terasa dipicit. Nyamannya!
Wajah kacak Zulfaren yang masih memejamkan mata itu ditatap. Tak semena-mena bibir menyentuh lembut pipi wajah kacak itu.
Zulfaren tersentak. Matanya dibuka dan mencerlung ke arah Amanda. Amanda tayang sengih.
"Kau dah kenapa?"
Barisan gigi putih yang cantik disusun ditayangkan, "Rindu, hehe...," ujarnya.
"Eww, rindu?" Zulfaren mengelap pipinya yang terasa sedikit basah setelah dicium Amanda.
"Dah, pergi buat air sana. Jangan kacau aku," halau Zulfaren. Mata kembali ditutup.
Amanda tersenyum kelat mendengar respons Zulfaren. Bukannya nak cakap rindu kat kita jugak. Kaki terus dibawa ke dapur untuk menyediakan jus oren buat suami tercinta.
"Nah, jus oren special saya buat untuk awak!" Jus oren diletakkan di atas meja tepat di hadapan Zulfaren.
Punggung dilabuhkan di sebelah Zulfaren. Lengan suaminya digoncang sedikit, "Awak, saya dah siap buat air ni,"
Zulfaren membuka matanya. Tangan Amanda yang masih melekat di lengannya di ditepis kasar. Jus oren di hadapan mata dipandang. Wajahnya masam.
"Siapa cakap aku nak jus oren, hah?" Soal Zulfaren kasar. Matanya tajam menikam mata Amanda yang terkebil-kebil memandangnya.
"Err...tadi saya tanya awak. Awak diam je. Saya fikir awak okey je kalau saya buatkan jus oren,"
"No, aku tak nak jus oren! I want Min kaffe!" Tengking Zulfaren.
Hesy, cakap elok-elok boleh kan! Tak perlulah nak teriak bagai macam nak terkeluar anak tekak tu! Amanda mengeluh seketika.
"Okey, sorry kalau awak tak nak jus oren. Cubalah rasa dulu. Sedap tau. Saya buat dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
Cerpen: Tatkala Idea Tertimbus
Proză scurtăThanks for the book cover❤ @cikgarfield Cer-cerita Pen-pendek [JEMPUT BACA]