Dengan duduk bersila dari atas sofa, aku memerhati tingkah emak yang tekun benar melilit dawai bunga di batang lidi.
Cuba teka apa yang sedang emak buat sekarang? Ha, betul dah la tu!
Emak tengah buat bunga telur untuk majlis nikah aku! Surprise, surprise!
Dah, tak payah nak buat terkejut sangat. Memang eventually perkara ni akan terjadi kan? Bak kata emak, aku ni tak ada kawan lelaki lain, jadi hendak tak hendak kena juga lah terima Si Nasir ni. Dan seperti kata ayah juga, Nasir tu dah elok sangat untuk diangkat menjadi suami. Lelaki macam mana lagi yang aku cari?
Sebelum terbit spekulasi liar, biar aku betulkan kenyataan aku di sini. Aku terima Muhammad Nasir bukan lah kerana tertekan dengan kata-kata emak dan ayah. Bukan.
Aku terima dia kerana aku rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk aku. Selepas berkali-kali minta diberikan petunjuk, akhirnya aku temui jawapan yang aku cari. Jawapannya pun bukan datang clean and clear. Tidak sama sekali. Jawapannya datang dalam bentuk satu ketenangan yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
Pendek katanya, ada satu hari ni aku bangun tidur dengan satu perasaan baru. Entah kenapa Nasir menjadi perkara pertama yang singgah di kepalaku saat aku buka mata dari tidurku. Waktu itu juga, ada satu perasaan singgah dalam hati aku. Lapang. Tenang. Dan hari itu jugalah, aku beritahu kepada emak yang aku terima Nasir sebagai bakal suamiku. Nampak macam jawapan datang bergolek kan?
Jangan salah sangka pula. Walaupun mulut aku kata YA, tak bermakna hati aku ni boleh seratus peratus menerima. Ada juga waktunya aku sendiri sangsi dengan keputusan aku. Itu namanya ujian masa bertunang. Ada-ada saja perkara yang boleh buat aku sekejap A, sekejap B. Tapi rasa logik lebih menguasai. Aku tidak lah segila itu untuk membuta tuli mengubah keputusan tanpa memikirkan orang lain.
Itu cerita dua bulan lepas. Sudah basi.
Tidak sampai lagi dua bulan, aku akan bergelar isteri kepada Muhammad Nasir bin Nazarudin. Apa ya perasan aku sekarang ni?
Hmm ...biar aku fikir sekejap.
Pertamanya, aku rasa geram.
Keduanya, aku rasa nak marah.
Dan yang terakhir sekali, aku rasa diri aku ni ibarat melukut di tepi gantang.
Boleh gambarkan tak apa yang aku rasa sekarang? Nak tahu kenapa aku rasa macam ni?
Mesti boleh agak kan? Of course lah semua perempuan rasa macam ni bila dia dah dua bulan bertunang, tapi mesej dan call dari tunang dia boleh kira dengan sebelah jari saja!
Memanglah aku berangin dengan Si Nasir ni! Aku tak tahu lah kata dia ni suka atau benci dekat aku. Tengokkan pada cara dia melayan aku, macam dia tak suka. Tapi ada sekali tu, aku demam panas. Dia datang melawat. Siap dibawa buah-buahan segala bagai lagi untuk aku makan. Kurang vitamin katanya. Surut sekejap rasa marah aku bila tengok dia ambil berat macam tu.
Tapi kemudiannya, dia lesap semula dari muka bumi. Bila aku mesej, dia balas sepatah sepatah. Eii ...sentap aku dibuatnya!
Dia ni manusia atau hantu? Sekejap tenggelam sekejap timbul. Lepas kahwin nanti pun macam ni juga ke? Tak boleh jadi ni! Aku perlu revised semula keputusan aku hendak bersuamikan lelaki begini.
"Mak." Perlahan aku panggil emak.
"Hmm.." Emak masih tekun dengan kerjanya. Balas hendak tak hendak saja.
"Emak!" Makin kuat aku menekan bila emak masih tidak menoleh ke arah aku.
Emak hentak batang lidi yang dipegangnya ke lantai. Aku pula yang tersentak. Hai mak cik, marah nampak?
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
ChickLit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...