Chapter 21:
"The person you can't take off your mind every now and then is the same person who secretly thinks of you always...".~ Psychological fact!
"Tapi Papa..." Zara hilang punca. Gagal menyuarakan kehendak hati. Tan Sri Hakim memandang tepat mata Zara. Dia ingin menyelami perasaan anak gadisnya itu, ingin menuruti segala kehendak Zara. Tapi sekarang, dia perlukan Zara untuk melaksanakan rancangan sulitnya itu.
"Nope. Papa nak Zara terlibat dalam projek ni!" Ringkas arahan Papa membuatkan Zara bangun dari kerusi empuknya itu. Tan Sri Hakim hanya memerhati gelagat Zara yang bagai cacing kepanasan. Kenapa Zara amat berat hati untuk turut menjayakan projek hidro di Vietnam itu? Apa alasan Zara?
"But Papa, Zara bukan tak nak terlibat dalam projek hidro tu, tapi Zara tak nak...." Sekali lagi Zara gagal memberi alasan kukuh untuk menarik diri daripada terlibat secara langsung di dalam projek kerjasama antara syarikat TN Holdings dan IZ Inc itu. Dia terus mundar mandir di depan Tan Sri Hakim. Pejabat Papa dirasakan sempit secara tiba-tiba. Huh! Dia tiada alasan kukuh untuk berdebat dengan Papa.
"Tak nak apa, Zara?" Suara Tan Sri Hakim sudah naik satu nada. Geram pulak melayan kerenah Zara sekarang.
"Papa ingatkan Zara o.k dengan Zarul! He's the one yang selamatkan Zara, kan?" Tan Sri Hakim ingin menyelidik punca sebenar Zara kelihatan serba salah dan agak keliru sekarang. Ini sudah pasti soal hati dan perasaan. Kenapa Zara bagai cuba mengelak daripada bercakap tentang Zarul sejak kebelakangan ini? Apa yang terjadi di antara mereka? Kalau dulu Zara sering saja memuji Zarul di depannya. Tapi kenapa tidak sekarang? Dia sudah membuka jalan untuk Zara bekerjasama dengan Zarul. Mula-mula terlibat dalam urusan kerjasama syarikat. Mana tahu, esok lusa dia dapat bermenantukan Zarul pula. Tan Sri Hakim sudah memasang angan-angan.
"Ya Pa, tapi Zara...." Zara menghembus nafas berat. Dia faham kenapa Papa ingin memastikan dirinya terlibat secara langsung di dalam urusan strategik syarikat, tapi dia tidak selesa terpaksa berdepan dengan Zarul nanti. Masih jelas di ingatan, permintaan Zarul agar dia tidak lagi menghubungi Zarul. Huh! Apa dia nak cakap dengan Papa? Takkan dia nak cerita betapa dingin layanan Zarul terhadapnya? No. Dia tidak mahu Papa tahu dia pernah cuba untuk mendekati Zarul. Biar Papa terus menganggap bahawa Zarul seorang pemuda yang baik. Dia tidak mahu mengumpat Zarul sedangkan dia amat terhutang budi dengan keberanian Zarul.
"Zara, Papa nak Zara lebih banyak terlibat dalam urusan syarikat. That's why Papa promote you to be head of strategic planning! Papa nak anak Papa tahu selok belok bisnes! Papa dah tak ada orang lain, except you Zara!"
Sengaja Tan Sri Hakim mengingatkan Zara tentang tanggungjawab Zara sebagai seorang anak tunggal pemilik syarikat gergasi seperti TN Holdings. Selebihnya dia perlukan kerjasama Zara untuk terlibat secara langsung. Biar pertemuan demi pertemuan antara Zara dan Zarul akan membuahkan bibit-bibit kemesraan. Kalau berdasarkan pemerhatian Tan Sri Hakim, dua orang anak muda itu ada potensi untuk mendirikan rumah tangga. Tengok saja gelagat Zarul yang risau dengan keselamatan Zara. Tengok saja sinar mata Zara setiap kali bercerita tentang kebaikan Zarul. Dia pasti akan terbit kasih sayang antara mereka berdua. Hanya Tan Sri Hakim perlu menjadi orang tengah sebagai jambatan kasih antara mereka.
"I know, Pa. Tapi Zara tak..." Defeated! Zara sudah semakin hampir dengan kekalahan.
"Zara tak sukakan Zarul?" tepat soalan Tan Sri Hakim menusuk ke kamar hati Zara. Kenapa Papa bertanya soal suka Zarul ke tak ni? Buang karan la sembang pasal hati dan perasaan sekarang! Apatah lagi jika melibatkan Zarul! Huh! Zara masih sakit hati dengan layanan dingin Zarul tempoh hari.
"No. That's not what I want to say, Papa.." Zara segera menidakkan telahan Papa. Dia tidak mahu memburukkan Zarul. Lelaki itu adalah penyelamat Zara!
"Then? Be honest with me! Papa nak tahu kenapa Zara tak nak terlibat dalam projek ni?" Tan Sri Hakim masih tidak berputus asa. Cuba mengorek rahsia hati Zara.
"It's complicated, Pa." Zara akhirnya kembali menarik kerusi dan duduk berdepan dengan Tan Sri Hakim. Dia menyilang kaki sambil pandangannya menyoroti wajah Papa.
"Kenapa complicated? Zara minat dengan Zarul ke?" Mendengar soalan tidak berlapik Tan Sri Hakim membuatkan Zara membulatkan matanya. Tidak percaya dengan soalan yang didengarnya.
"Urgh! Big NO, Papa!" Zara menterbalikkan bebola matanya. Eeii, tolong la. Tak kuasa Zara nak minat Zarul. Selepas apa yang Zarul cakap tempoh hari?. Sumpah, Zara tak akan sesekali jatuh cinta dengan Zarul!
"Then, kalau Zara tak minat dengan Zarul, kenapa Zara tak nak terlibat dengan projek ni?" Zara hanya mendiamkan diri. Nampak gayanya, terpaksalah Zara hadap muka Zarul selepas ini. Hish! Stress!
"This kind of attitude is not good for your career Zara. I want you to be more committed!" Teguran Tan Sri Hakim membuatkan Zara mengacipkan gigi. Sedikit bengang dengan kritikan Papa. Dia bukannya tidak komited dengan urusan syarikat, tetapi dia hanya tidak mahu jumpa Zarul. Masih sakit hati!. Tapi apa Zara boleh buat sekarang? Arahan Papa terpaksa dia terima walau hatinya memberontak marah.
"Okay, fine! Zara ikut cakap Papa!" Malas untuk bertekak dengan Papa, Zara akhirnya menerima tanpa rela desakan Papa itu. Whatever!
"Ha, good girl! That's what I want to hear!" Tan Sri Hakim mengukir senyum kemenangan. Sementara Zara tunjuk muka kurang senang.
"Hahaha!" melihat aksi Zara yang keruh itu membuatkan hati tua Tan Sri Hakim rasa sedikit geli hati. Rasanya rancangannya akan berjaya tidak lama lagi!
**************************************
Zara menghenyak punggung di birai katil. Sesekali dia mengeluh resah. Sungguh dia tak ingin terlibat dengan Mr Stone Cold lagi! Hatinya masih bengkak dan marah dengan Zarul. Sedikitpun hatinya tidak terusik melihat Zarul malam itu. Dapat dirasakan kemarahan Zarul melalui sorotan tajam mata helang Zarul. Rasa berpasir mulut Zara. Dia gagal menolak arahan Papa supaya dia terlibat di dalam urusan kerjasama dengan syarikat Zarul. Apa Zara perlu buat? Mana Zara nak letak air mukanya? Maruah wanitanya yang sudah dilanyak Zarul tempoh hari? Hish! Zara perlu lakukan sesuatu.
Dia memandang cermin di meja mekap. Tangannya naik membaiki cermin mata besar yang sudah melorot ke hidung. Lama Zara memerhati wajahnya sendiri. Ya! Ini bukan Zara yang dulu. Dia selalu berlindung di sebalik cermin mata besarnya itu selepas kematian Ammar. Dia mengubah penampilan kerana dia tidak selesa apabila lelaki lain cuba menarik perhatiannya. Dia ingin setia kepada Ammar. Biar penampilannya tidak seanggun wanita korporat, dia sanggup asalkan dia dapat mengawal sekeping hatinya itu.
Zara bangun dan bergerak ke meja mekap. Dia merenung lama wajahnya sebelum tangannya naik menarik spek besar di matanya itu. Pandangannya masih jelas tanpa kanta cermin mata. Dia tidak perlukan kanta lekap kerana matanya tidak pernah kabur. Bukan itu alasan kenapa dia memakai cermin mata. Dia tersenyum herot apabila dia menyelak sedikit rambut lurusnya itu. Ya! Just wait and see Zarul! Getus hati Zara. Dia sudah merangka rancangan untuk berdepan dengan Zarul. Dia tidak akan menjadi gadis lemah di depan Zarul lagi. Itu janji Zara di dalam hati.
***************************************************
Anyeong!
Short chapter. hope you all like it. stay tune ya!
8/3/2018
10.59 p.m
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...