"Kau jangan jadi bodohlah, Rissa! Dah lima tahun tahu tak! Kau masih lagi tak move on ke?"
"Lima tahun tu baru sekejap, Zaim. Aku akan tetap tunggu dia,"
"Kau ni memang degilkan. Aku nak kau move on jugak,"
"Hei, kau ingat move on tu sesenang celup roti dalam air milo ke? Lagi satu, kau takde hak nak suruh aku move on. Kau bukannya suami aku pun. Malah, takde siapa-siapa bagi aku!"
"Takde siapa-siapa erk?! Fine, aku terima yang aku takkan pernah wujud dalam hati kau. Tapi satu je aku mintak, jangan jadi bodoh menanti orang yang takkan kembali,"
"Kau jangan cabar aku, Zaim! Mana kau tahu yang dia takkan kembali? Kau Tuhan ke nak ramal masa depan aku!"
"No, aku tak cabar kau! Kau yang rasa tercabar. Salahkan aku pulak. And ya, memang aku manusia biasa. Masalahnya, aku sendiri tengok dengan mata kepala aku ni yang dia tu gendong seorang bayi dan isteri dia di sebelah di airport hari tu. Aku takkan salah tengok punya. Aku yakin tu dia. Kau rasa? Kau masih nak nafikan yang dia tu belum berkahwin waima dah terang-terang dia tu tinggalkan kau dan kahwin dengan perempuan lain?"
"Zaim...apa yang kau merepek ni? Kahwin? Bila masa dia kahwin? Kau jangan nak memandai memfitnah dia!"
"Astaghfirullahalazim, Rissa! Sumpah, aku tak memfitnah dia! Ini satu hakikat, Rissa! Hakikat yang kau kena terima, tau tak,"
"Hesy! Kau ni...,"
"Apa? Kalau dah susah sangatkan, apa kata kau kahwin je dengan aku,"
"Kahwin? Dengan kau?! No! Aku takkan kahwin dengan orang lain selain Muhammad Nazhan Aiman bin Hanafi! Termasuk kau, Zaim Zafran!!!"
"Nurissa Dahlia, kau dengar sini baik-baik. Nazhan Aiman yang kau puja-puja tu dah kahwin! Kau faham tak dah kah-win! K.A.H.W.I.N. KAHWIN...Kau nak aku explain satu-satu ke apa maksud kahwin? Pleaselah, jangan jadi budak prasekolah boleh tak? Maksud kahwin pun tak tahu," perli Zaim.
Panas buntut Nurissa yang mendengar.
"Aku tahulah apa maksud kahwin! Tak payah nak ajar aku! And one more thing, aku takkan percaya yang dia dah kahwin selagi mata aku sendiri belum tengok bini dia,"
"Fine! Kalau kau sendiri tengok nanti, jangan menyesal! Aku nak ingatkan kau satu benda. Berdosa mencintai dan memujai seseorang lelaki yang dah beristeri. Aku harap kau faham maksud aku. Jangan cari aku kalau dah kecewa nanti. Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam...," Salam Zaim dijawab dengan hati yang resah. Sedikitpun kepercayaan Nurissa terhadap Nazhan tidak berubah setelah mendengar kata-kata Zaim.
Zaim terus berlalu pergi dari warung itu.
Teh limau ais di depan mata disirup perlahan menggunakan straw. Itupun masih belum cukup menenangkan hati yang panas akibat kata-kata Zaim tadi. Kalau tak mengenangkan yang dia tu bestfried aku, dah lama aku muay thai dia. Sesedap hati kutuk boyfriend aku!
* * *
Nurissa Dahlia POVHari ni, aku nak kena pergi supermarket untuk beli bahan-bahan memasak. Birthday anak buah punya pasal. Sanggup aku offer diri untuk memasak corn soup sempena birthdaynya esok. Sayang anak buahlah katakan.
Sedang aku asyik membelek tin yang mengandungi jagung di dalamnya itu, tiba-tiba troliku dilanggar dari tepi. Terdapat seorang wanita yang ayu bertudung berkerut wajahnya akibat terlanggar troliku.
"Sorry, saya terlanggar troli awak," kata-kata maaf meniti keluar dari bibir merahnya. Cantiknya perempuan ni! Kalau aku jadi lelaki dah lama cair agaknya.
YOU ARE READING
Cerpen: Tatkala Idea Tertimbus
Short StoryThanks for the book cover❤ @cikgarfield Cer-cerita Pen-pendek [JEMPUT BACA]