✨ ~SPECIAL CHAPTER 1~ ✨

1.8K 125 20
                                    

Memandangkan syarat Author ditepati, Chapter ni khas untuk korang! ^-^

----------------------

"Hahaha!! Tak dapat! Tak dapat!" jerit Moon yang sedang berdiri di belakang sebuah pokok. Dah macam kanak-kanak ribena pulak.

Taufan dan Thorn yang baru sampai, tercungap-cungap akibat berlari dari tadi. Budak tu tak pandai penat ke?

Moon menjelirkan lidahnya. "Kejarlah!"

Baru sahaja Moon ingin melarikan diri, suara Permaisuri Hawa menghentikan niatnya. "Moon!! Taufan!! Thorn!! Mari minum!"

Moon, Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain. "Baik bonda!!"

Mereka bertiga terus memecut ke taman istana. Terdapat sebuah kolam ikan dan sebuah pondok yang luas. Kelihatan Permaisuri Hawa dan yang lain berada di situ.

"Amboi, tak penat ke main kejar-kejar?" soal Permaisuri Hawa seraya menuangkan air teh dalam teko ke dalam cawan.

Moon, Taufan dan Thorn tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu duduk di atas kerusi.

"Hmm, diorang memang macam ni bonda.." kata Halilintar lalu meminum air.

Mereka yang lain turut meminum air yang dibuat khas oleh Permaisuri Hawa.

"Aunty Hawa, ada apa kumpulkan kami semua?" soal Rizwan seraya meletakkan cawan di atas meja. Sejujurnya, Rizwan tidak selesa memanggil Permaisuri Hawa dengan panggilan 'bonda', sebab itu dia memanggil Aunty Hawa.

Permaisuri Hawa meletakkan cawannya di atas meja. "Kamu semua tahu kan, bonda dah tua.. Jadi, bonda perlukan waris untuk mengambil tugas Raja Adam sebagai pemimpin negara ini.."

Mereka semua kecuali Rizwan sedikit tersedak mendengar soalan Permaisuri Hawa. Permaisuri Hawa memandang pelik kepada mereka semua. "Kamu semua okey?"

Mereka hanya mengangguk. Rizwan memandang ke arah Permaisuri Hawa. "Jadi, siape pengganti Raja Adam?"

"Bonda ingat nak pilih Gempa.." kata Permaisuri Hawa.

Gempa tersedak lalu memandang ke arah Rizwan. "Tak boleh ke kalau Abang Rizwan yang jadi pengganti ayahanda?"

"Tak boleh sebab Rizwan perlu gantikan ayah dia di Istana Querly.." kata Permaisuri Hawa dengan lembut.

Gempa mengeluh. "Tapi, Gempa belum bersedia.. Banyak lagi yang Gempa perlu belajar.. Mesti Gempa selalu sibuk dengan urusan kat istana.."

Permaisuri Hawa yang berada di sebelah Gempa, mengusap kepala Gempa sambil tersenyum. "Takpe.. Bonda kan ada.. Tok Aba pun sama.."

"Hmm.. Okey.. Gempa cuba.." balas Gempa.

Taufan memegang bahu Gempa. "Takpe Gempa.. Kitorang sentiasa ada dengan kau.."

"Haah.. Ingat, kitorang selalu sokong kau.." kata Blaze. Halilintar, Ais, Thorn dan Solar mengangguk, tanda setuju dengan kata-kata Taufan dan Blaze.

"Terima kasih korang.." Gempa melemparkan senyuman manis kepada mereka semua.

"Bonda! Boleh tak kitorang pergi ke pekan?" soal Moon.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]Where stories live. Discover now