"Mama!!!kenapa tak kejutkan rin?mama tau tak rin dah lambat nak gi kolej."Aku yang sedang berlari menuruni tangga dari tingkat atas meluru terus ke pintu.Aku tergesa-gesa memakai kasut sneakerku kerana jarum jam sudah menunjuk ke pukul 10 padahal aku ada kelas pukul 10.30 nanti.
"Ya Allah budak ni! Dah tau ada kelas kenapa tak bangun awal. Kamu tu bukan budak kecik lagi nak mama bangunkan,umur kamu tu dah nak masuk 20 dah", kata Puan Sarina.Dengan pantas aku berdiri dan menyalam tangan mama sebab aku dah lambat gila dah ni."Yala mama,rin pergi dulu,dah lambat ni.Petang rin balik ek".
Belum sempat mama membalas,aku dah lari ke arah Ducati kesayangan aku. Terima kasih dekat papa sebab belikan aku motor ni.
Aku terus menaikinya sekaligus hidupkan enjin motor aku. Setelah aku pastikn enjin motorku panas, aku terus memecut keluar dari pagar rumahku. Mama sebenarnya tak suka aku naik motor,tapi kalau minat aku,mama terpaksalah ikut sebab aku anak tunggal. Apa yang aku nak,semua aku dapat. Maklumlah satu-satunya anak dorang.Rumah aku dengan kolej tak lah jauh mana,tak sampai 15 minit dah sampai. Aku sempat mengerling jam tangan aku yang dah menaik ke angka 10.20 minit. Fuhh,lega! Aku sempat lagi ni kataku pada diriku. By the way,nama aku Arin Batrisya binti Syed Kamal.Umur aku 19 tahun,muda lagi ok. Aku belajar dekat UM(University Malaya) dalam jurusan accounting management. Semua benda aku suka dekat kolej ni kecuali satu bila aku terjumpa si mamat poyo berlagak hensem tu,rosak hari aku yang ceria ni.
Tanpa aku sedar,rupanya aku masih dekat tempat parking motor aku dan tinggal lima minit lagi ke pukul 10.30. "Alamak!! Aku dah lambat ni,habislah aku oleh prof kalau aku lambat." Tanpa membuang masa, aku terus pecut ke kelas.
YOU ARE READING
Mr Tengku playboy!!😘
Randomtengku Asyraf Rehza seorang playboy yang terkenal di kolejnya.disebabkan kekacakan nya dan kekayaan yang dimilkinya menjadikan dia seorang yang angkuh. Arin Batrisya seorang wanita yang dijodohkan untuknya oleh keluarga mereka merupakan musuh ketatn...