"kak, nak minta tolong ni."
aku yang baru melangkah keluar dari rumah terus angkat kepala pandang mamat joker ketiga yang mukanya kecik baq hang dengan muka tembok.
"boleh tak ni?" soalnya lagi.
"tolong pe?" soalku.
dia memanggilku untuk dekat dengan dia. kau pikir aku ni apa? aku berdiri keras depan pintu rumah, iaitu masih jauh dari dia.
"sinilah kak!" jeritnya kecil.
aku segera bergerak dekat dengan dia.
"boleh tumpang tak kak? kereta buat onarlah pepagi ni." bisiknya. ya Allah nak berahsia sangat ni pehal?
hurm, nak tolak nanti kena cakap kedekut. aish tumpangkan ajelah. aku angguk kepala aku.
"kau kerja mana?" soalku sambil membuka pintu kereta aku.
"hurm dekat hospital tu." katanya. aku angguk.
wow doktor~ tak payahlah aku pergi hospital jauh-jauh nak kena rawat. sayang aje duit aku.
"kenapa kau tak minta tumpang 2 jo- kawan kau tu?" soalku.
"ish akak ni bagi tumpang ikhlas ke tidak ni? banyak betul soalan. dua orang tu dah jalan awal dah. saya terlajak tidur." jawabnya.
ish dahlah menumpang, banyak complain lagi.
"kau pindah sini kenapa?" soalku. nak juga busy-body en.
"oh, saya dengan kawan saya dua orang tu dipindahkan ke sini sebab sini kekurangan jururawat." jawabnya.
aku ingat doktor, rupanya jururawat hurm. hancur harapan nak minta kena rawat oleh doktor free.
"akak kerja kat mana?" soalnya pula.
"aku kerja kat butik kawan aku." jawabku. eh mesra pula mulut aku ni harini. dia mengangguk faham.
"HAH DAH SAMPAI!" jeritnya bila keretaku berhenti betul-betul depan pintu hospital.
"makaseh kak. nanti saya belanja akak makan." katanya lalu menutup pintu kereta dan berlari masuk ke bangunan tersebut. pehallah happy-go-lucky sangat budak ni pepagi ni haih.
"hello aidah! sorrylah aku lambat sikit kot." kataku kepada aidah yang berada di talian. butik kawankan, jadi buat macam butik akulah.
"hah yelah yelah. macamlah tak biasa. ini apa pula alasan kau? terberak dalam seluar? ke kaki kau termasuk dalam lubang tandas? atau kereta kau kencing lagi?" jawabnya. ya Allah perempuan ni kan, kalau tak sembur aku memang tak sah.
"ish adalah masalah. aku letak dulu nanti abang traffik mengurat aku." kataku lalu mematikan talian.
keretaku pandu membelah jalan haiyak!
sebaik sahaja aku melangkahkan kakiku masuk ke dalam butik, terus aidah pergi dekat aku.
"tin! tin! ada sorang mamat hensem nak jumpa kau! aish aku pula yang eksited." katanya sambil memukul-mukul bahuku.
"siapa pula? aku ni bukannya banyak masa haih dahlah datang lambat." kataku lalu meletakkan begku ke atas sofa.
"ish pergi je jumpa dia. nanti aku tak dapat fokus kerja aku." katanya lalu menolakku ke daun pintu.
"hai kak!" kata satu suara yang paling ku kenali.
sorang mamat bermuka peloles, bergigi comel dan mempunyai senyuman menggoda ya Allah.
YOU ARE READING
JIRAN
Random"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...