Chapter 26:
Love is like a puzzle. First it's confusing and frustrating, but when you figure it out, it's a beautiful thing ~ Love Quotes of the Day
Fikiran Zarul sarat dengan pelbagai persoalan. Sejak bila Tan Sri Hakim memasang impian untuk menyatukannya dengan Zara? Sangkanya Tan Sri Hakim tidak sukakan dirinya. Rupa-rupanya segala siasatan tentang latar belakangnya tempoh hari adalah untuk memastikan dia sesuai untuk menjadi menantu pilihan Tan Sri Hakim? Jauh meleset sangkaannya sebelum ini. Tidak pernah sekalipun dia terfikir untuk menyunting Zara sebagai suri di dalam hidupnya. Dia sudah lama menutup pintu hati, tidak rela terjebak di dalam kemelut cinta duniawi.
Resah.
Fikirannya keliru.
Cadangan Tan Sri Hakim terlalu menarik untuk ditolak!
Jika diterima peluang keemasan yang ditawarkan oleh Tan Sri Hakim, dia bakal merealisasikan cita-citanya untuk mengukuhkan syarikatnya dengan cara yang amat mudah. Sokongan dan pengaruh Tan Sri Hakim akan membantunya memenangi tender projek. Ini adalah tawaran yang amat berharga dan lumayan! Bodohlah Zarul kalau menolak tawaran keemasan ini.
Namun, dia masih keliru. Kerana pintu hatinya masih tertutup rapat. Ya, dia terpaksa mengakui jiwa lelakinya tertarik dengan Zara. Tapi tarikan itu tidak cukup kuat untuk Zarul memperjudikan seluruh kehidupannya. Sanggupkah Zarul melanggar prinsip hidupnya? Memberi peluang untuk diri sendiri meraih bahagia jika mengahwini Zara? Mampukah dia bahagia? Tidak terlalu cepatkah semua ini terjadi?
Huh! Zarul buntu.
Dia takut. Takut untuk jatuh cinta. Takut untuk terluka. Semuanya kerana Bella. Hatinya masih sebal apabila menyebut nama Bella. Huh! Buang karan ingat pasal Bella. Hati Zarul kembali bengkak.
Tertekan. Zarul memandu tanpa hala tuju. Cuba mencari ketenangan. Sebahagian dirinya teruja apabila membayangkan kehidupan bersama gadis secantik Zara. Namun sebahagian hatinya takut andai peristiwa lama berulang kembali. Huh! Dia akhirnya memberhentikan kereta di bahu jalan.
Ditenung lama skrin S8 di tangan. Tidak pasti sama ada ingin menghubungi Zara atau tidak. Buat pertama kalinya Zarul rasa teragak-agak untuk menghubungi Zara. Perasaannya kacau. Fikirannya bercelaru.
Argh! Lantaklah apa nak jadi. Dia perlu mencari kepastian. Segera dia menaip mesej.
-'Zara..' Mesej dihantar. Jemarinya mengetuk stereng berkali-kali. Tidak sabar menanti jawapan balas daripada Zara.
+ 'Yes. Anything?' Akhirnya Whatsapp yang dihantar berbalas.
'- What do you think about me?' Jujur sekali soalan Zarul. Memang dia jenis tidak suka berselindung. Kalau tak suka, dia akan cakap terus terang!
+ My brave hero. My savior (*_*). Why?' Dia tersenyum nipis membaca jawapan Zara. Hatinya kembang kuncup. Gembira dengan pujian Zara. Namun, sekejap saja perasaan gembira itu hinggap. Tatkala teringat usul Tan Sri Hakim, dia kembali rasa tidak sedap hati. Bimbang. Dia tidak ingin berpura-pura.
'- What did you say to your Papa?' Dia ingin tahu apa yang Zara katakan kepada Tan Sri Hakim sehingga lelaki tua itu sanggup menyarankan agar dia mengahwini anak dara kesayangannya itu?
'- My savior. You're the one who saved me! Why did you asked me all this questions?' Zarul mengeluh resah.
'- Did your dad say anything about us?' Dia cuba mengorek rahsia. Adakah Zara sudah mengetahui rancangan Tan Sri Hakim untuk menyatukan mereka berdua? Mungkinkah keadaan Zara yang tidak keruan petang tadi berpunca daripada rancangan Tan Sri Hakim? Zara kelihatan cukup kalut sewaktu bermesyuarat dengannya siang tadi.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
Roman d'amourGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...