"Aih , Zahra , kenapa dari tadi Mummy tengok you main nasi tu ? Tak sedap ke Mummy masak ? " gelisah Puan Risya bertanya .
Yelah , mana tahu air tangannya tidak boleh ditelah menantunya . Sayang sangat ni , bertuah kau Ara .
Zahra seakan tersentak . Dia mengeleng laju . Diukir senyum tipis di bibir .
"Ya allah , takdelah Mummy . Mummy masak mestilah sedap cuma Zahra tak sedap badan My . Tu yang takde selera sangat tu "
Dalam terpaksa dia ukir senyum lagi . Walhal dalam hati dah mencarut segala benda dalam hutan sebab menipu mak mertua .
Eiden disisi tak diendahkan . Hatinya masih sakit teringat kejadian tadi . Takkanlah Eiden tak nampak gaya Rina yang seakan ingin menggodanya ?
"Laa kenapa Ara tak cakap ? Kalau tak Mummy boleh buatkan Zahra bubur tadi "
Laju dibantah Zahra .
"It's okay Mummy . Ara dah kenyang sebenarnya " tersengih gadis itu .
Pinggannya diangkat ke sinki . Ditegah sudah oleh Bik Mah apabila dia ingin mencuci pinggan kotornya .
Dah dia makan takkan orang lain basuh ?
"Non , biarin Bibik deh yang bikin . Inikan tugasnya Bibik . Non ke depan aja deh " kalut Bik Mah cuba mengambil sabun dari tangan Zahra .
Sesekali dia mengintai Puan Risya diluar . Kalau majikan dia nampak , makin gawet deh!
"Biarlah saya buat Bik . Bibik tu pergi luar . Serve them dessert " tegas Zahra . Dia tengah stress-stress memang dia akan buat kerja rumah .
Pernah sekali waktu berada ditingkatan 4 , dia gagal matematik tambahan untuk peperiksaan awal tahun . Disebabkan stress yang melampau habis satu banglo mewah itu dibersihkan . Sampai ke kolam dia cuci kau .
Berkilat je kolam tu . Nak mandi pun takut kotor .
"Non ! Kasi Bik aja dehh "
Ditarik pinggan itu ke kiri.
"Tak payahlah Bik "
Pinggan itu beralih pula ke kanan
"Non ! Jangan deh ! Kasi bik aja deh ! Nanti dilihat sama ibu , yaa Bik dimarahin deh "
Ke kiri.
"Tak , lepas jelah . Apa masalah bibik ni pinggan satu je "
Ke kanan .
Maka terjadilah aksi tarik menarik pinggan .
"Ni dah kenapa ni ? " sampuk satu suara membuatkan mereka berdua menoleh dan terkejut . Pinggan itu terlepas dari kedua genggaman .
Prang !!
"AUCH ! "
Bik Mah telan air liur .
Mampus..
"Tulah , padah dia . Berdosa sangat dengan suami . Tak layan suami , jeling suami , makan minum suami tak kesah . Hah baguslah . Allah bayar cash " sinis Eiden .
Dia diam disofa hospital . Zahra tertunduk diam dikatil . Kakinya luka akibat pinggan kaca tadi jatuh terus ke atas kakinya dan pecah juga terkena kakinya .
Zahra bermain dengan jari sendiri . Dia ketap bibir menahan diri dari menangis . Ya dia salah . Sepatutnya dia tak terlalu emosi dan ikut cemburu dia .
Dia isteri Eiden dan bukan Rina !
Bodoh kau Zahra bodoh !
"Sorry ..." gumamnya perlahan namum masih sampai dipendengaran Eiden . Eiden pejam mata . Dia bukan marahkan Zahra kerana rajuk tapi dia marahkan Zahra kerana cuai gadis itu !
Nasib baik pinggan ! Kalau pisau ke ? Apa ke ? Dia jugak yang melutut menunduk meraung .
"Dahlah Eiden Rian . Isteri kamu ni sakit , bukan sengaja dah terjadikan ? " sampuk Puan Risya melihat ketegangan antara anak lelaki dan menantunya .
"Mum , Dad . Can i talk with Ara alone ? " sopan Eiden bertanya . Dia mahukan privasi untuk memujuk gadis ini .
Puan Risya mengangguk faham . Dia bersalaman dan bercium pipi dengan Zahra sebelum menarik Encik Edham keluar dari bilik wad .
Eiden merapati katil perlahan . Zahra cuba beranikan diri memandang anak mata dan pergerakkan suaminya .
Eiden menjatuhkan tangan kanan dan kidi ke sisi Zahra ; mengepung Zahra .
Terdampar gadis itu diatas katil .
"Ara suka sangat buat Ian risaukan ? " ujar Eiden .
Zahra pandang Eiden dengan mata berkaca .
"Maaf.." Tangan Zahra naik merangkul leher Eiden .
Dia betul-betul maksudkan . Dia tak sengaja . Dia nusyuz , dia derhaka .
"Lain kali , tanya Ian dulu okay ? "
Dia tahu gadis ini merajuk kerana kejadian pagi selama dimana dia sedang menolong Rina .
Bukan dia tak nampak cara Rina memandangnya . Namun disebabkan ingin menjaga air muka Mummy dan Daddy terpaksa dia maniskan muka .
"Perempuan semalam tu , jiran baru kita , Rina . Semalam masa Ian tengah panaskan kereta dia tengah angkat boxes then Ian tolong dia. Ian jaga air muka Mummy dengan daddy , sayang . Kalau Ian tengok je nanti dia cakap apa pula . " mata Zahra turun mengalih pandangan .
"Eh..ehh .. sayang.."
Dagu Zahra dicuit ..dikalih agar mata gadis itu bertentangan dengannya .
Sekali lagi mata mereka bertentangan .
"Ian dah bagitatu kan ? No one can replace you even a princess or a queen . It's enough to get one and only Queen and Princess in my life "
Eiden jatuhkan dahinya ke dahi Zahra.
Hidung mereka sengaja dilagakan .
"Jangan cepat melatah sayang . Kita bincang dulu okay ? "
Zahra mengangguk faham .
Maaf sekali lagi..
Episode 5✔
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Last Love
RomancePerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...