Chapter 27

1.1K 49 8
                                    

Chapter 27:

"Someday everything will make perfect sense. So, for now, laugh at the confusion, smile through the tears and keep reminding yourself that Everything happens for a reason." ~ Love Quotes of the day.

"Awak cintakan saya, Zara?" Soalan Zarul tepat menusuk ke kamar hati Zara yang paling dalam. Dia telan air liur kesat. Apa ni? Main terjah ikut suka hati. Tak ada mukaddimah apa, terus tanya soalan paling penting di dalam sejarah hidup Zara. Langsung tak berlapik! Gelojoh betul Mr Stone Cold ni! Cemuh Zara dalam hati.

Sementara Zarul masih setia merenung sepasang anak mata Zara. Dia tidak suka berselindung. Sudah berhari-hari dia memikirkan persoalan ini. Dia masih buntu. Dia masih keliru. Jalan mudah ialah bertanya kepada tuan empunya diri.

"What? No!" Segera Zara menidakkan. Jejaka depan matanya ni sah bukan seorang yang romantik! Belum sampai dua minit mereka berjumpa di sebuah restoren seperti yang dijanjikan, Zarul sudah melontarkan soalan paling berbisa.

"That's what I think too." Zarul mengangguk kepala dan menarik nafas lega.

Zara semakin cuak melayan pemuda di depan mata.

"So, just tell your dad that we don't like each other. We don't want to get married. Settle problem!" Kini saranan Zarul membuatkan Zara semakin tidak sedap hati. Kenapa dia yang perlu memberitahu Papa? Kenapa Zarul sendiri tidak menolak cadangan Papa untuk menyatukan mereka? Zara semakin pelik dengan gelagat Zarul.

"Kenapa I pulak kena cakap dengan Papa yang I tak nak kahwin dengan you?" Janggal sungguh permintaan Zarul. Tidak bolehkah mereka berdua memberitahu Tan Sri Hakim dengan cara baik?. Habis cerita. Tutup kes. Malas nak fikir panjang-panjang.

"Because I don't want to reject his offer!" Selamba saja jawapan yang keluar daripada mulut Zarul. Selepas meneliti setiap ceruk hati, dia masih belum ketemu jawapan yang pasti. Hanya yang pasti, tawaran Tan Sri Hakim terlalu lumayan untuk diabaikan. Kalau Zara setuju untuk kahwin dengannya, dia tidak rugi apa-apa. Kalau tak ada persefahaman, dia boleh bercerai! Kuasa talak ditangannya sebagai seorang lelaki.

"But why? Because of the project?" Cekap Zara meneka punca sebenar Zarul tidak ingin menolak tawaran keemasan Tan Sri Hakim. Haila, apa nak jadi dengan nasibnya kini? Perkahwinan yang sepatutnya sangat berharga dijadikan bahan komoditi untuk berurus niaga. Zara semakin geram dan marah. Marah dengan kehendak Papa kerana memilih jejaka hati batu sebagai calon menantu. Marah dengan Zarul yang menganggap perkahwinan itu jambatan untuk berjaya di dalam perniagaan.

"See. Awak dah tahu jawapan sebenar. I will never say NO to your Papa!"

Berbahang telinga Zara mendengar jawapan mutlak daripada Zarul. Langsung tidak pernah ingin menjaga hatinya. Nampak benar Zarul tidak menaruh sebarang perasaan terhadap dirinya. Sebahagian hatinya diragut kecewa. Sementara sebahagian kecil hatinya terasa sedikit lega. Lega kerana masih ada peluang untuknya berjaya melepaskan diri dari gerbang perkahwinan. Dia menguatkan azam untuk tidak menerima Zarul sebagai calon suami. Simpang malaikat empat puluh empat. Tidak sama sekali. Zara semakin pasti.

"So, you will marry me if I didn't say anything to my Papa?" Sengaja Zara mencari kepastian. Dia ingin menduga sejauh mana Zarul akan memperjudikan nasibnya untuk mendaki tangga kejayaan. Adakah sampai sanggup menjual nasib diri? Menjadi boneka suruhan Papa?

"Yup. Unless you memang teringin sangat nak kahwin dengan I." Zarul senyum senget. Sengaja dia meletakkan keputusan di tangan Zara. Dia tidak sanggup merisikokan projek berbillion ringgit itu kerana menolak cadangan Tan Sri Hakim. Hanya itu solusi yang terlintas di minda.

Zara semakin cuak berdepan dengan Zarul. Kalaulah dia dapat meyakinkan Papa bahawa dia tidak ingin berkahwin dengan Zarul, perkara ini tidak akan pernah sampai ke pengetahuan Zarul. Sekali lagi Zara rasa benar-benar terperangkap. Kenapa dia terpaksa berdepan dengan dilema? Bukannya dia meminta untuk mengahwini Zarul. Bukannya dia kemaruk cintakan Zarul. Urgh! Tertekan.

Keluhan demi keluhan Zara lepaskan. Singkat nafas di dada. Sesak dada berdepan dengan Zarul. Panas hati dan panas punggung. Rimas.

"Fine! I'll inform my Papa. But I hope you buat benda yang sama." Zara cuba menarik Zarul untuk turut sama menolak cadangan Papa. Zara bimbang andai hanya dia seorang yang membantah, usahanya itu tidak ke mana. Papa pasti akan guna kuasa veto untuk memaksanya menerima Zarul. Zara semakin pening kepala. Huru hara hidupnya sejak ketemu Zarul.

"Nope! I'm not going to do that. You know very well my reasons. Dont blame me if kita jadi kahwin ya." Sengaja Zarul mengugut Zara. Dia tahu gadis di depannya ini tidak bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Bukan dia seorang saja yang takut untuk berkahwin. Dia pura-pura selamba sedangkan dalam hati berdoa agar Zara dapat menerima cadangannya.

"Zarul. Please jangan buat I macam ni. You tak kenal Papa I. If he says I kena kahwin dengan you, susah I nak tolak. That's why I need your cooperation. Please..." Zara terpaksa mengubah cara pendekatan. Dia perlukan kerjasama Zarul di dalam hal sebesar ini.

"My answer is still the same Zara. I won't say NO. I'll accept his offer if you sanggup terima I!" Tegas saja jawapan Zarul. Zara semakin sakit hati. Kalau boleh ingin diketuk kepala Zarul dengan kasut kegemarannya.

"Why? You cintakan I ke?" Kalau Zarul boleh bertanya soalan sebegitu dengan selamba, Zara pun boleh buat benda yang sama.

Kini giliran Zarul pula yang terkulat-kulat tidak tahu hendak menjawap apa. Dia cintakan Zara? Entah! Dia tak pasti. Dia tiada jawapan itu sekarang.

Lama dia merenung wajah Zara. Meneliti setiap ciri bentuk di wajah Zara. Bibir yang mungil basah menggoda. Sepasang mata bulat yang menarik perhatiannya. Nafsunya bergelora membayangkan gadis secantik Zara mungkin akan menjadi isterinya. Zara gadis jelita. Jadi dia tidak rugi jika ingin menikahi Zara. Dia dambakan tubuh gebu Zara. Namun, hatinya cintakan Zara? Sukar. Hatinya masih belum cair sepenuhnya.

Zara semakin resah ditelanjangi sepasang mata redup milik Zarul. Dapat dirasakan pandangan hangat yang terpancar di sebalik mata Zarul. Apa yang pemuda di depannya itu sedang fikirkan? Buat pertama kalinya dia rasa tidak selamat berdepan dengan Zarul. Dia akhirnya melarikan wajah. Malu.

Zarul tersenyum senget. Rasanya dia tahu Zara dapat membaca sinar matanya tadi. Haha. Tahu takut. Itu baru setakat tenung muka. Belum buat apa-apa lagi.

"Zarul, I think I should go." Zara meminta diri. Tidak tahan berdepan dengan Zarul.

"Haha. Kenapa?Dah tak sabar nak kahwin dengan I?" Sengaja Zarul mengenakan Zara. Zara sudah merah muka. Dia faham sorotan sinar mata Zarul sebentar tadi.

"Jangan berangan!. I akan cakap dengan Papa I. Please forget about all of these things." Zara ingin benar keluar daripada kemelut yang melanda hidupnya kini. Dia tidak mahu Zarul melayannya seperti perempuan yang tiada maruah. Dia bukannya terlalu terdesak untuk berkahwin! Ini semua kerana rancangan gila Papa! Kalau tidak Zara tidak perlu menanggung malu berdepan dengan lelaki tidak berperasaan seperti Zarul. Huh! Buang masa saja!

Sementara Zarul melebarkan senyum tanda kemenangan. Semuanya berjalan lancar setakat ini. Buat pertama kalinya dia membiarkan takdir memandu langkah hidupnya. Kalau ada jodoh dengan Zara, dia tidak akan menolak. Soal hati, dia ingin tolak ke tepi. Yang pasti dia tidak akan sesekali meletakkan urusan syarikatnya terumbang ambing tanpa rakan niaga yang kukuh seperti TN Holdings. Dia tidak akan mempersiakan peluang yang datang bergolek ke arahnya.

*******************************

Hello girls!

Short chapter.

Actually author sakit hati dengan perangai Zarul. stone cold sangat... stress! kesian Zara kan?

What do you think about this chapter. please share your opinion and comment.

For now, cheers!

11/3/2018

10.25 p.m

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now