08 장

1.1K 65 17
                                    

---

Kedua-duanya saling diam membisu. Masing-masing terlalu sibuk melayani perasaan malu yang tidak tertahan di dada.

Salah seorang di antara mereka ternyata malu kerana telah ditangkap melakukan hal yang boleh dikatakan perkara lazim untuk seorang lelaki bujang.

Tidak kurang juga perasaan malu dari pihak di sebelah sana yang telah dicekup mengintai perbuatan tersebut secara terang-terangan.

Jinhwan mengenggam hujung helaian baju oversized miliknya dengan perasaan yang bercampur-baur.

Entah bagaimana pula hendak dia jelaskan kepada Junhoe tentang hal itu.

Jinhwan membuka mulutnya untuk menjelaskan sesuatu. Tetapi , parah. Tiada sepatah perkataan pun yang terbit dari peti suaranya. Bibir Jinhwan kembali terkatup rapat.

"Tolong jangan beritahu sesiapa tentang apa yang kau nampak tadi. Anggap je semua tu tak pernah berlaku."

Tempo pertuturan Jinhwan yang agak laju umpama sedang menyanyikan sebuah lagu rap membuatkan dahi Junhoe berkerut.

Tetapi setelah cuba ditafsirkan satu-persatu kenyataan Jinhwan , Junhoe akhirnya faham.

Nampaknya , pemandangan tidak senonoh Jinhwan tadi sudah sedikit sebanyak mula merosakkan sel-sel otak Junhoe.

"Tak ada masalah.."

Jawapan ringkas seperti itu juga sudah mampu membuatkan Jinhwan tersenyum lega. Tetapi , tidak secepat itu. Junhoe sudah selangkah lebih bijak dalam mengatur strateginya.

"Tapi ada syarat.."

Jinhwan kembali mendongakkan wajahnya. Anak mata mereka saling bertaut lama.

"Jadi sex partner aku."

Mata Jinhwan membulat luas.

"Apa?!! Kau gila ke?!"

"Since kau dah memang gay , tak jadi masalah kan? Nak atau tak , kau tetap kena tolong aku atasi masalah sex addict aku ni. Baiklah , we are now friends with benefits. Muktamad."

Jinhwan melopong tidak percaya. Semudah ini Junhoe bercakap tentang maruah Jinhwan yang kini terjerat ke dalam perangkapnya?

"Aku tak cakap pun yang aku setuju! Apa kau nampak aku ni macam perempuan ke?! Mustahil aku boleh tolong kau."

"Sejujurnya , 70% daripada diri kau yang sekarang dah cukup untuk aku samakan dengan Yeeun."

"YAHH , KOO JUNHOE!!"

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now