Prolog

716 38 2
                                    

Hari ni merupakan hari jadi aku, aku berasa sedih kerana mama dan abah tidak mengingati hari kelahiranku pada hari ini.

"Arrysha, mama dengan abah nak keluar kejap nak beli barang sikit" kata mama sambil tersengih melihat aku.

Aku hanya mengangguk. Lalu mereka pun keluar meninggalkan aku seorang diri di rumah.

"Haihh kenapala hidup aku ni menyedihkan.. Semua orang yang aku sayang tak ingat yang hari ni hari jadi aku" kata aku sambil mengeluh. 

Setelah hampir satu jam orang tuaku meninggalkan rumah. Tiba-tiba timbul perasaan tidak sedap hati di lubuk hatiku. Aku berfikir seketika sambil memandang ke luar tingkap. Cuaca diluar  buruk disatukan dengan hujan lebat dan guruh yang kuat. Aku mula berasa gusar dan gelisah.

Aku dikejutkan dengan bunyi telefonku yang berdering dengan nyaring.

Aku mula berasa lega apabila nama Mama tertera di skrin telefonku, aku menjawab telefon dengan segera.

" Helo, Assalamualakum ni anak Puan Khatijah dan Encik Izzue Chong ke?" kata si pemanggil itu

" Waalaikumsalam, ya saya anak Puan Khatijah, ni siapa ek?" jawabku dengan hairan kerana ini nombor telefon mamaku tapi kenapa suara lain pula yang bercakap

" Saya Doktor dari Hospital Queen Elizabeth, saya ingin memberitahu cik berita yang sangat mengejutkan, tapi cik bawa bertenang dulu ya.." kata doktor itu

"Kenapa dengan mama saya??" Jawabku dengan risau kerana aku memang berasa tidak sedap hati sejak tadi lagi.

" Emm ibu cik telah disahkan meninggal dan ayah cik mengalami cedera ringan kerana kemalangan jalan raya yang berlaku tadi..."

Telefon aku terlepas dari tanganku, aku menangis tanpa henti kerana terkejut

Aku berlari keluar dari rumah aku dan aku hanya sempat menutup pintu rumahku

Aku bergegas ke rumah jiran aku untuk meminta pertolongan dan menghantar aku ke hospital dengan segera.

"Assalamualaikum mak cik, buka pintu mak cik!!" panggilku sambil menekan lonceng rumah banyak kali

"Waalaikumsalam, ya Allah Arrysha kenapa menangis ni?" Tanya makcik Sofea sambil keluar dari pintu rumahnya

"Mak cik mak saya...mama sayaaa makcik.."

" Kenapa dengan mak kamu Arrysha!"

"Mama saya dah meninggal makcik!" Jawab aku sambil menangis teresak-esak

"Inallilahwainnalillahinairojiun" kata makcik Sofea dengan muka yang terkejut

"Mak cik tolong hantar saya ke hospital sekarang juga makcik!"

"Baiklah naik kereta makcik cepat"

Makcik Sofea memandu dengan laju, aku hanya menangis teresak-esak di tempat duduk belakang kereta makcik Sofea...

10 minit kemudian

Kami berjaya sampai di hospital. Aku segera turun dari kereta dan masuk ke dalam Wad Kecemasan untuk mencari abahku tapi aku tidak berjaya menemui abahku..

" Doktor, ada tak pesakit yang bernama Abdul Izzue Chong bin Abdullah??"

" Yang baru masuk tadi tu ke?"

"Haah yang baru masuk tadi!"

" Encik Izzue ada kat wad 2"

aku terus belari ke arah wad 2 sambil menangis, makcik Sofea hanya mengejarku dari belakang.

Akhirnya, aku ternampak abah aku di katil 5, aku terus berlari ke arah abahku dan memegang tangan abah aku sambil menangis.

" Abah... Apa dah jadi ni abah!! Mama dah takde abah mama dah takde abah!!" Aku meraung kesedihan sambil memegang tangan abahku

" Sabar la Arrysha Allah lebih sayangkan mak.."

Tidak aku sangka mama telah meninggalkan aku dan ayahku dengan begitu cepat sekali..

'' Selamat Hari Jadi Arrysha.. Mama dan Abah sebenarnya keluar nak beli cake dan hadiah untuk Arrysha tapi lain pula yang jadi..."

Sumpah aku rasa bersalah dengan mama kerana hari ni aku marah pada mama dan abah sebab tak ingat hari jadi aku.. Senyuman terakhir mamaku akan sentiasa aku ingat selama-lamanya..

[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson WangWhere stories live. Discover now