Pagi itu aku bangun awal sebab aku malas nak hadap muka Yoongi. Kes semalam memang buat aku sakit hati gila dengan dia.
Aku bawa Gureumi bersama kerana aku nak hantar dia ke pusat rawatan haiwan. Balik kerja baru amik dia.
Pedih bekas tamparan Yoongi masih terasa. Sakit.
Menyesal aku sayangkan dia! Kalau aku tahu aku takkan rushing semalam memata-mata nak masak untuk dia. Dasar lelaki tak reti bersyukur!
Fail diatas meja aku tutup kuat. Stress aku masih tak hilang lagi.
"Seo kenapa ni?" Aku memandang kearah Min Jung yang datang kearah aku.
"Tak ada apa pening sikit." Bohongku.
"Nak ubat tak? Aku amik kan?" Aku mengeleng.
"Takpa sikit je nanti okeylah tu" balasku berserta senyuman. Fail disusun sebelum aku mengangkat fail itu.
"Aku masuk bilik president dulu ya" kataku sebelum menuju ke bilik president kim.
Knockk knocck
"Masuk"
Aku membuka pintu setelah dipelawa President Namjoon.
"President ini fail yang dah disemak" kataku sambil memberi fail itu kepada President Namjoon
"Thanks..." Fail disemak sebelum ditanda tangan olehnya.
"Can you make me some coffee?"pinta president.
"Sure" balasku sambil tersenyum. Aku mengambil fail itu sebelum melangkah keluar dan menuju ke cafeteria.
Aku mengambil mug didalam almari kemudian aku mengambil kain bersih untuk lap mug tersebut takut-takut ada habuk.
Mug aku tekan ke mesin air cuckoo air panas mula mengalir keluar kemudian aku mengambil satu sudu kecil serbuk nescafe dan masuk kan kedalam mug lalu aku campur dengan crimmer pekat manis.
"Eunniee~" teguran Jungkook membuatkan aku sedikit terperanjat.
"Yah jeon jungkook! Boleh tak jangan jerkah saya macam tu?" Kataku sambil menghadiahkan satu cubitan pada lengannya.
"Sakitlah eii!" Hidung aku pula menjadi mangsa cuitannya.
"Coffee untuk saya ke?" Soalnya dengan kening yang dijungkit sebelah.
"Duh jangan perasan please. Ni untuk president Kim" balasku sambil mengacau air bancuhan tadi.
"Ingatkan untuk saya" Jungkook mencebik sebelum matanya memandang kesan merah ditangan SeoEun.
"Eo tangan awak tu kenapa?" Soal Jungkook. Laju tangan Seoeun ditarik.
"Ahh melecur sikit.. Saya cuai buat kerja semalam" bohongku. Wajah Jungkook yang kelihatan risau mencuit hatiku. Comel manusia depan aku ni sangat comel!
"Kenapa senyum? Saya tahulah saya handsome" Jungkook tersenyum nakal. Aku hanya menunduk malu.
Alaa kenapa kau tengok dia macam tu eii! Buat malu je!
"Sian tangan dia cepat sembuh tau!" Jungkook meniup kesan merah ditanganku lalu mengucup sedikit kesan merah tersebut.
"Yah! Hajimaa" kataku sambil menarik tanganku kembali.
"Saya nak hantar air president awak tu jangan nak curi tulang pergi buat kerja" kataku sambil mengambil mug berserta piring untuk dialaskan dibawah cawan.
"Daee manager Seoeun!" Jungkook membuat gaya ala-ala askar menerima arahan sebelum tersenyum manis.
"Saya pergi dulu dae?" Balasku diiringin ketawa lalu meninggalkan Jungkook sendirian.
🌸🌸🌸🌸
"Sayang mana awak pergi puas saya cari! Call tak dapat, chat tak reply risau saya.." Minji merengek manja sambil memaut lengan Yoongi.
"Saya MC tak sehat. Keracunan" balas Yoongi. Rambut kekasih hatinya itu dibelai.
"Mwo? Tch yeoja tu bagi awak makan apa? Melampau betul lah dia!" Marah Minji. Dia pandang wajah Yoongi sebelum perasan kesan luka kecil ditepi bibir Yoongi.
"Baby bibir awak kenapa?" Wajah Yoongi dibelek risau. Yoongi mengeluh kuat. Teringat peristiwa kemarin.
"Seoeun tampar saya" mata Yoongi dipejamkan. Bagaikan keset kata-kata Seoeun bermain dimindanya
"Perempuan tu psiko ke?! Kenapa dia buat awak macam ni! Perempuan tu memang nak kena ajarlah!" Minji mengengam penumbuknya. Yoongi tersenyum sebelum mengusap lembut kepala gadis dihadapanya ini.
"Tak mengapa, saya akan ajar dia malam ni." Balas Yoongi kemudian dia tersenyum sinis.
"Awak nak buat apa?" Soal Minji.
"Sesuatu yang buat dia tahu siapa Min Yoongi" senyuman sinis terukir.
YOU ARE READING
Aku bukan isteri simpanan Min Yoongi
FanfictionAku bukan isteri simpanan dia! "Aku akan ceraikan kau lepas sebulan" -Yoongi "Saya taknak cerai dengan awak! "- Seoeun "Jadi aku akan siksa kau sampai kau mintak cerai"-Yoongi "Kita akan tengok,siapa yang siksa siapa"-Seoeun ++