(Arrysha Pov)
Air mata aku mengalir secara tiba-tiba, aku teringat akan wajah dan senyuman arwah mama. Aku meletakkan muka aku di atas meja. Jackson memandang aku dengan pelik, dia ingin menegurku tapi dia tidak berani.
Aku bangun dari tempat duduk aku dan berlari menuju ke tandas untuk mencuci muka.
Haneol dan Raejun yang baru sahaja sampai di sekolah, terserempak dengan aku masa aku di koridor tadi tapi mereka tidak sempat menegur aku.
Setelah selesai aku mecuci muka aku masuk ke kelas aku.
Haneol dan Raejun segera bangun dan menegur aku
"Arrysha kenapa kau nangis tadi risau kitorang dibuatnya" kata Raejun dengan riak wajah yang risau.
"Takde apa apa la.." jawabku dengan suara yang sayu.
"Bagitau je kitorang kalau kau ada masalah, jangan kau pendam, kami sudi mendengar apa sahaja masalah kamu Arrysha" kata Haneol.
" Ok jom kita pegi taman sekolah aku cerita kat sana." ajak aku
Kami bertiga berjalan ke taman sekolah dan duduk di kerusi panjang yang disediakan.
" Sebenarnya, Mama aku baru je lapan bulan meninggal sebab terlibat dengan kemalangan jalan raya.. Masa tu Mama dengan Abah keluar nak beli hadiah hari jadi untuk aku tapi lain pula yang jadi... Tadi tiba-tiba ja aku teringat arwah mama tulah aku nangis" kata aku sambil menahan air mata
"Kesiannya kau Arrysha, tapi kami tahu kau kuat! Janganlah sedih ok?" Kata Haneol dan Raejun sambil memandangku dengan wajah yang sayu.
Kami bertiga kembali ke kelas. Aku duduk di tempat duduk aku. Jackson memandangku dengan hairan.
" Apa tengok-tengok? Nak penumbuk?" kata aku kerana berasa tidak selesa dipandang oleh Jackson.
Jackson tersentak dan menyambung bermain dengan pennya.
(Jackson Pov)
Pada waktu rehat, aku duduk dalam kelas kerana malas pergi ke kantin begitu juga Arrysha.
Haneol dan Raejun sudah keluar dari kelas untuk pergi ke kantin.
Rasa ingin tahu aku tentang Arrysha semakin kuat jadi aku mengambil keputusan utntuk bertanya Arrysha apa yang sebenarnya menyebabkan dia menangis tadi.
"Arrysha!" panggilku sambil menepuk bahunya.
"Haa kenapa?" jawabnya dengan nada yang tiada mood.
"Kenapa kau nangis tadi??" Tanya aku
"Ehh sibuk je, kau tak payah nak ambil tahu pasal aku!" kata Arrysha
Aku terdiam dan aku mengambil keputusan untuk bertanya dengan Haneol dan Raejun.
Aku menunggu waktu yang sesuai untuk bertanya iaitu pada waktu pulang.
Lonceng telah pun berbunyi. Lonceng ini menunjukkan waktu pulang. Arrysha keluar lebih awal dari Haneol dan Raejun.
"Oi, kenapa Arrysha menangis tadi pagi?" panggilku sambil duduk di atas meja.
"Kami tidak mahu bagitahu nanti Arrysha marah kami." kata Haneol.
"Baik kau bagitau aku kalau tak aku suruh korang buat kerja sekolah aku selama setahun nak?!"
"Emm okok kami cerita" kata Raejun.
Haneol dan Reajun menceritakan perkara yang sebenar kepada aku. Aku berasa simpati dan rasa bersalah kerana aku selalu membuli dia. Rupa-rupanya dia seorang yang susah dan sedang menghadapi cabaran yang hebat dalam hidupnya.
"Maafkan aku Arrysha, aku tidak tahu yang sebenarnya kau ni orang yang susah.." detik hatiku
YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanficArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...