Kene Hempap

57 4 0
                                    



Tempat : Asrama Blok A
Kawasan : Asrama Perempuan
Masa : 11 P.M (Sabtu)

Donut, student senior yang baru pulang dari Kem Wartaniah. Kebiasaannya dia akan tidur paling lewat dari roommatenya yang lain. Disebabkan hari itu dia baru pulang dari kem tersebut yang mempunyai banyak aktiviti lasak, dia penat dan tidur lebih awal dari yang selalu.

"Aku dekat mana ni?" Tanya Donut pada dirinya saat dia terbangun dan rasa kawasan tersebut amat familiar dengan dirinya. Ya, rumahnya sendiri!

Tapi macam mana dia boleh ada dirumah? Sedangkan dia yakin dia tidur di asrama sebentar tadi. Dia amat yakin. Dia cuba untuk bangun dan tiba-tiba..

"Mak? Ayah?" Susuk tubuh mereka mendekati Donut.

Kejap. Dia teringat kembali yang dia bukan di rumah dan dia perlu bangun dari mimpinya. Mimpi yang sedikit sebanyak menyesakkan dadanya. Dan dia lihat semula ibu dan ayahnya yang makin lama makin dekat menghampirinya dan lebih menggerunkan, wajah mereka semakin lama bertukar semakin ngeri.

Donut cuba sedaya upaya untuk bangun dari tidurnya. Badannya serasa dihempap objek berat seperti susuk tubuh yang besar. Dia juga cuba menjerit-jerit memanggil Huda, roommate sebelah katilnya namun gagal.

KTOKK KTOKK !

Bunyi pintu diketuk oleh Iman membuatkan Donut terus kembali ke alam nyata.

Keesokan harinya..

"Iman, semalam kita rasa kita kene kacau. Tak tahulah sama ada mimpi atau betul-betul. Kita rasa sesak sangat." Donut beritahu Iman.

"Ye ke Donut? Malam tadi?" Tanya Iman kembali.

"A'ah. Nasib baik Iman jenis masuk ketuk pintu. Masa Iman ketuk pintu tu, baru Donut macam tersedar."

"Hurm.. Sebenarnnya kan Donut, masa Khamis malam yang Donut pergi Kem Wartaniah tu, kita pon ada nampak something. Malam tu kita lupa Donut takde and kita Nampak Donut kat katil Donut." Jawab Iman.

"Really?!"

"Ya, kita tak bagitau yang lain sebab kita takut diorang takut." Balas Iman.

"Eee. Scary la. Kita rasa lepas ni kalau kita balik rumah or pergi mana-mana nak lipat katil lah. Kita takut jadi macam ni lagi." Jawab Donut.

"Betul tu. Kita pon sama. Lagi-lagi kalau balik cuti panjang kan." Balas Iman.


Mis3 (Misteri)Where stories live. Discover now