Ayam Telur 1 biji Tepung serbaguna Serbuk kari sikit Marjerin 4 sudu besar Bawang merah 1 biji Bawang putih 5 biji Cili api 4 biji Daun kari 2 tangkai Susu cair separuh tin Gula Garam
Cara sediakan ayam,
1. Masukkan telur dalam ayam, gaul rata.
2. Serbuk kari tambah dalam tepung serbaguna.
3. Ambil seketul ayam, celup dalam tepung serbaguna. Terus gorengkan sampai garing.
Cara sediakan buttermilk
1. Masukkan 4 sudu besar marjerin, tunggu dia cair.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan daun kari.
3. Dah layu, masukkan susu cair separuh tin.
4. Susu dah menggelegak, masukkan ayam. Tambahkan gula dan garam.
5. Biar sampai pekat sikit. Tutup api, dah boleh hidangkan.