"---cause you're my day"
TIGA hari Danish menyepi, mana awak Danish ? Kenapa bila saya betul - betul cintakan awak , awak menghilang ? Bukan ini ke , yang awak inginkan ? Keluhan berat dilepaskan .
Massagenya yang dahulu bersama Danish , dibaca kembali , dulu semuanya indah . Saya yang tak sedar kehadiran awak . Maafkan saya kerana lambat cintai awak .
Selalunya kalau ada khusus diluar , pasti Danish memberitahunya . Tetapi kenapa dia tiba - tiba hilang tanpa khabar berita ? Massage aku pun dia tak balas . Selalu je dia online di Whatsapp , tetapi dia tak balas langsung chat - chat yang aku hantar .
Sehabis baik aku bersangka baik dengan dia. Memikirkan mungkin dia ada banyak kerja . Tetapi sebelum ni , dia banyak mana pun kerja dia , dia tak pernah abaikan aku .
"Alanna ," seru gerangan yang terlaluku kenal . Wajah terus terlakar senyuman manis . Baru je teringat , terus ada depan mata . Wajah diangkat laju . Tatkala melihatnya , senyumanku mati .
Gadis itu memeluk erat lengan Danish . Danish tak kesah pun ? Ke ada apa - apa yang aku tak tahu ?
"Hai ," sapaku dengan beriak selamba . Walaupun dalam hati dah hancur habis .
"Hai , boleh kami duduk ? ," tanyanya lembut seperti sebelum ini . Aku hanya mengangguk . Ku lihat , tapak tangan Danish mengusap - usap tangan gadis itu . Semakin hancur hatiku rasakan kini .
"Saya cari awak dekat hospital tak ada . Nasib baik jumpa awak dekat sini . " ujarnya tanpa rasa bersalah . Aku hanya tersenyum kelat .
"Kenapa cari saya ? ," soalku , tenang .
"Saya nak jemput awak ke rumah saya . " balasnya sebelum menyuruh gadis itu , memberi sampul surat atau lebih dikenali dengan kad kahwin ?
Hatiku berdebar laju . Terketar - ketar jari membuka sampul surat itu . Dua potong nama dihadapan kad itu , dibaca sekilas .
Danish & Zulaika
Lebur hatiku . Ya Allah , sakitnya . Mulut diam tanpa bersuara. Rapuh . Ini ke kalimah cinta yang dia selalu sebut kepada aku ? Cintakan aku ? Tapi kahwin dengan orang lain .
Apa dia cuba buat sebenarnya ?
" I lupa perkenalkan the beautiful girl sebelah I , ni Zulaika . My wife ." ujarnya menghalau segala lamunanku tadi. Zulaika tersenyum malu .
"Congrats . By the way , I ada appointment dengan patient sekejap lagi . Sorry sebab tak boleh borak lama . " tipuku . Tak kuat rasanya nak duduk dekat sini lama - lama .
"Okey , I faham . Lagipun saya tahu macam mana jadual awak . Jangan lupa datang ya ? " ujarnya tanpa rasa sedikit pun bersalah . Dia lupa ke yang dia bagi fake hope dekat aku ? Dia lupa ke ?
"Inshaallah, congrats again ," aku berlalu pergi . Air mataku tumpah juga . Ya Allah , aku tak kuat . Makin laju air mataku tumpah . Kenapa disaat aku betul - betul cintakan dia , dia buat aku macam ni ?
Apa salah aku ? Apa kekurangan aku ? Mana janji dia yang akan setia dengan aku sehingga aku cintai dia ?
Sakitnya , Ya Allah .
CUTI tanpa gaji dua minggu itu aku habiskan dirumah mak . Lantaklah , gaji tak masuk pun . Hati aku lebih penting sekarang ni . Dan aku tak rasa yang aku mampu jadi doktor buat masa sekarang . Cepat sahaja termenung jauh . Banyak kali juga mak tanya aku okey ke tidak . Tapi jawapan aku tetap sama . Okey.
Mak naik hairan sebab selalunya aku ada je modal nak menjawab tapi kalini aku hanya senyap tanpa balas apa - apa . Masa dihabiskan didalam bilik ini . Ketika lapar sahaja turun . Chat - chat dari Danish juga aku tak hiraukan . Pandai pulak hantar chat lepas nikah . But , sorry to say . Aku takkan kacau hak orang .
Cuma perlukan masa untuk rawat hati yanh terluka . Huh , buang masa je aku cinta dia . Last - last buang macam tu je .
Lama rasanya tak bergaduh dengan mamat bongkak . Arwah dah ke dia ? Ish , Safiya mulut kau ! Tak baik tahu . Aku tersengih kecil . Jahat betul mulut aku .
Pakaian yang lebih sopan dipakainya . Kunci kereta diambil sebelum melangkah keluar . Bosan asyik terperap dalam bilik je . Lepak Starbucks luh !
Selesai memesan air , langkah menuju ke meja yang agak tersorok . Dulang kecil diletakkan ke tepi . Air disedut perlahan .
Rasanya hutang aku dengan Asyraf belum selesai tapi kenapa dia menyepi je ? Tak pelah , jimat duit aku . Lagipun duit tak masuk babe dua minggu ni. Iphone dibuka , dan dibelek - belek .
Seketika telefonya dirampas kasar . Safiya marah . Siapa yang berani mencuri dekat sini ?
Dia ?
Aii , baru sebut sekejap dah muncul . Ajaib ni ! Wajah dia tak payah cakap menjengkelkan betul . Tahulah hensem , tak payahlah buat muka macam tu , luluh iman aku tau !
"Dah puas tilik muka aku ? So , amacam ? Handsomekan ? Tak macam sugar daddy kau " perlinya . Tak habis - habis lagi rupanya sugar daddy aku ? Aku mati - mati ingat lepas dia tahu aku ni doktor , dia takkan cakap macam tu .
"Cakap baik sikit boleh ? " telefon ku rampas kembali . Terus dibelek - belek , kut - kut ada calar . Iphone X weh ! Abah kasi pulak tu .
Kerusi dihadapanku , dia tarik . Ish dia ni , macam tak ada tempat lain je nak duduk . Kacau daun betul.
"Bila kau nak bayar hutang aku ? " soalnya . Aku tersengih kelat . Memang dah agak , ini je dia tahu .
"Kau betul ni nak suruh aku bayar hutang kau ? " soalku mahukan kepastian . Biarpun ada maksud lain.
"Ada nampak aku main - main ke ? Or kau yang tak ada duit ? " perlinya. Tetapi tidak terkesan langsung dihati Safiya .
"Cakap elok sikit. Okey aku bayar but before aku bayar , aku nak mintak tolong kau boleh ? " ujarku perlahan . Asyraf mengangkat kening . ' apa? '
Baik pulak mamat ni . Tak apa , bagus juga kalau dia baik macam ni .
"Teman aku pergi resepsi kawan aku boleh ?," ujarku teragak - agak. Dia seorang je lelaki yang aku kenal buat masa ni. Nak harapkan si Sufian, budak tu minggu lepas dah ke UK balik.
Asyraf senyap seketika. "Apa yang aku dapat kalau aku tolong kau ? ,"
Aku dah agak ! Dia ni memang takkan pernah baik . Harapkan balasan je tahu .
"Bayar hutang kau lah ,"
"Something else ? ," soalnya jengkel. Panas pulak hati aku .
"Up to you ," balasku sedikit geram .
"Betul ni ikut aku ? Kalau aku suruh kau akan ikut je ? " tanyanya untuk kepastian . Aku mengangguk , bersetuju .
"Great. Send day, time and location dekat aku . Bye . " ujarnya sebelum berlalu pergi .
Kenapa aku tengok mamat ni macam suka je bila aku setuju ? Atau dia ada rancangan lain ?
**
Double update 😘
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...