"---cause you're my day"
LANGIT kelihatan mendung yang menandakan bakal hujan sekejap lagi , ditenungnya . Keluhan dilepaskan agak berat . Langit yang agak gelap itu , seperti hatinya . Sedih memikirkan masa hadapan anak terunanya , Asyraf . Apabila mengingati kembali kata - kata Asyraf pada tempoh hari , makin menggunung rasa bersalah di hatinya .
Dia hanya mahukan yang terbaik . Dia sedar dulu , dia selalu mengabaikan isteri dan anaknya . Dia bukan sengaja mahu berbuat demikian . Dia mahu memberi hidup yang serba cukup untuk keluarganya . Dulu telahannya , kekayaan menjamin kebahagian buat diri dan keluarganya . Namun dia silap , dia mengabaikan keluarga demi mencari kekayaan yang tidak menjamin apa - apa.
Keluhan dilepaskan sekali lagi . Apa yang aku perlu buat ? Asyraf berubah kerana dirinya . Menyesal pula rasanya apabila dulu dia tidak mengabaikan Asyraf yang selalu menagih perhatiannya . Asyraf anak yang baik , polos , pandai , mendengar kata ketika itu. Kini sudah tidak seperti itu .
'Maafkan daddy , Asy ' rintihnya didalam hati .
Usapan dibahunya , mengembalikannya di alam nyata . Laju kepala menoleh isteri tercinta . Wajah itu selalu tersenyum manis buatnya. Tetap cantik walaupun usia makin lanjut.
"Abang , okey ? ," soalnya , risau. Aku hanya tersenyum hambar . Tapak tangan sang isteri diusap lembut .
"Okey , don't worry ," ujarku perlahan . Dirinya tersenyum lagi , walaupun gusar .
"Tell me , abang fikir apa ? ," soalnya lagi , masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan . Tangannya aku tarik , untuk duduk disebelahku. Dia hanya menurut .
"Tak ada fikir apa - apa . " balasku , sebelum tersenyum nipis . Suka apabila diambil berat oleh isteri.
"Saya tak percaya . Now , tell me apa yang Asy buat kali ni , please ? ," soalnya sedikit tegas . Aku menahan gelak . Makin serius , makin comel !
"Asy ada balik tak ? ," soalannya ku biarkan tergantung tanpa jawapan . Di ajukan soalan yang lain pula . Bukan tak faham yang isterku ini , pandai membaca fikiran orang . Bahayakan ?
"Ada , tapi kejap je ," jawabnya sebelum menjuih bibir . Tak sempat nak melepas rindu latew ! Bangga seketika kerana Asyraf masih mendengar katanya .
"Okey la tu kan ? Dari tak balik langsung . Dia cakap apa je ? ,"
"Dia say sorry sebab lama tak balik ,"
"Ohh , "
"Abangggg" panggilnya meleret . Nak apa pulak ni ?
"Ye sayang ," wajahnya ku tatap . Wajah inilah yang menemani aku dikala jatuh dan bangun . Sayang menebal hari ke hari buat si isteri .
"Saya rasakan nak buat family dinner lah . Dah lama kita tak makan sama - samakan ? ," cadangnya . Aku memegang dagu seketika , berfikir .
"Menarik . Abang ikut je . Tanya Asy dia free tak . Lagipun Aisya belum pergi Korea,"
"Itulah , semua dah okey cuma anak teruna awak je . Busy je memanjang . Belum CEO tapi kalah abang tau , " omelnya . Aku tersenyum .
"Anak teruna awak jugak ," balasku selamba . Dia mencebir .
TELEFON bimbitku yang berbunyi , diambil sebelum jari mengesek ke kanan untuk menjawab panggilan yang masuk . Mata kembali menelaah fail patient .
"Hello ? ," suara dari pemanggil , mengejutkannya . Laju skrin telefon ditatap melihat nama pemanggil .
Lelaki bongkak nak mampus !
Laa dia ke ? Telefon ditekapkan kembali ke telinga .
"Kau ni pekak ke ? ," ujarnya dengan nada sakit hati mungkin .
"Cuba cakap elok - elok sikit ," tegurku . Kerjaku tergandala seketika .
"Dengan orang macam kau ? Nak cakap elok - elok ? Memang tak lah ," ujarnya sebelum tertawa sinis . Sakit hati titew !
"Awak nak apa ? ," soalku malas . Letih nak gaduh dengan mamat ni .
"Teman aku cari baju untuk esok ,"
"Saya tak free , sekarang , " dalihku . Walaupun sekejap lagi tak ada apa - apa operation . Malas nak menghadap muka annoying mamat tiga suku tu.
"Tak payah menipu aku . Aku dah tengok jadual kau . Turun cepat sebelum aku heret kau . " ujarnya serius . Amboi , gigih betul nak ajak aku teman dia .
"Hmm "
"Dua minit . Kau tak turun , aku naik heret kau ," ugutnya sebelum menamatkan panggilan . Aku mendengus . Benci betul aku orang yang suka paksa ni !
MASAM mencuka sahaja wajah Safiya . Ish , dia ni memalukan aku je tau. Nasib baik cantik . Dah banyak kedai aku masuk tapi last - last keluar balik . Itu menambahkan lagi masam di wajah Safiya .
Kalau perempuan lain , dapat keluar dengan aku senyum je sampai telinga. Tapi mak cik ni , senyum pun tidak . Tunjuk je bibir itik dia . Geram nak tarik kasi tercabut. Kaki diberhentikan dengan tiba - tiba .
Belakang badanku terasa dilanggar . Aku menoleh .
"Aduh , " ujarnya , sambil menggosok - gosok hidungnya , sampai merah .
"Awak ni kenapa ? Kalau nak brek cuba bagi signal dulu . Ini tak , sesuka hati je brek . " omelnya . Makin panjang bibir dia .
"Itulah berangan je tau . Aku berhenti pun kau tak perasan . " ujarku , selamba . Kaki kembali melangkah .
Safiya mendengus . Balik - balik aku je yang salah , dia ? Betul je . Makin geram pulak aku dengan dia ni !
"Cepatlah cari , nak tercabut tau kaki saya ni jalan . " ujar Safiya , sebal . Lenguh kaki kita. Cian kita .
"Ada nampak macam aku kesah ke ? ," balas Asyraf , bersahaja .
"Suka hati awak lah !"
"Okey ! "
Ish, sabar Safiya , sabar . Kaki diatur mengikut langkah besar Asyraf . Kaki macam unta , jalan laju nak mampus . Semput aku !
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
Chick-LitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...