Sambil mengelus rambut Zatul, sesekali mata aku melirik sisi wajahnya yang sedang berbaring mengiring. Enak berbantalkan peha suaminya . Senyum kecil tersungging di bibir aku.
Isteri aku ni, sedar atau tidak yang dia ada daya penarik yang tersendiri?
Aku tahu dia suka mengomel dalam diam.
Aku tahu dia rimas dengan bisu suasana yang selama ini aku anggap sebagai syurga dunia.
Tapi kenapa dalam semua rungutan itu, aku nampak dia masih tetap mencuba?
Mencuba untuk faham. Mencuba untuk membuat aku mengikut rentaknya. Dan yang paling lucunya, dia juga selalu memberi amaran dengan matanya. Mengerling tajam seperti hendak mencabar aku untuk melawan dia.
This kind of challenge, memang semakin menambah cinta! Langsung tak pernah aku duga, bertemu dengan si dia yang berlawanan arah denganku, mampu membuat dunia bertambah warna warninya.
Tamat saja drama yang dari tadi dimainkan di televisyen, credits roll keluar berjujuk diiringi lagu tema cerita. Dan bersama dengan itu juga, terasa satu getaran di kaki aku. Terhasil dari kotak suara Zatul yang ikut menyanyi bersama dengan lagu yang sedang kedengaran.
Tanpa dapat ditahan, terkeluar bunyi ketawa dari mulut aku. Perkara biasa lah kalau menyanyi tu. Tapi entah kenapa, kalau Zatul adalah pelakunya, semua perkara pun akan kelihatan lucu di mata dan telinga aku.
"Kenapa?" Dia berpaling memandang wajah aku. Mata tu, wajib tajam mencerun.
Cepat-cepat aku geleng kepala sambil berdeham untuk menghentikan tawa yang bersisa. Marah benar gayanya. Aku tak ada bagi komen apa-apa pun lagi, dia dah terlebih dulu melenting. Nampak benar sikap suka bersangka dia akan sentiasa bergerak selangkah lebih ke hadapan berbanding akal logiknya.
Tapi tak mengapa. Sebab aku tahu, Amizatul Shima ni sebenarnya baik hati orangnya. Sekali saja aku tiupkan angin cinta, InsyaAllah hati dia pun akan ikut lembut, selembut wajahnya setiap kali dia tersenyum.
Yang namanya Amizatul Shima itu kan isteri terbaik Muhammad Nasir...
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
ChickLit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...