Chapter 32:
I wonder what it would be like to melt into your sweet arms and get stuck there for eternity. ~ Love Quotes of The Day!
Zara memandang sepi pakaian seragam taekwondo yang dikenali sebagai 'dobok' yang diletakkan ke atas dua telapak tangannya sebentar tadi. Apa dia nak buat dengan pakaian seragam putih ni? Sepasang matanya naik mencari wajah Zarul.
"Nak buat apa dengan uniform ni?"
"Buat apa lagi.. pakailah." Selamba saja Zarul menjawab. Dewan latihan taekwondo lengang tanpa pelajar. Sengaja Zarul menempah dewan khas untuk Zara. Bimbang Zara tidak selesa terpaksa bersama para ahli taekwondo. Nasib baik juga ahli taekwondo sekarang sedang menyertai pertandingan di luar KL. Kalau tidak pasti susah untuk mendapat dewan kosong waktu puncak begini.
"But why? I bukannya nak belajar taekwondo!" Zara tidak pernah berangan untuk mempelajari mana-mana seni mempertahankan diri.
"You must, princess!" Tegas saja suara Zarul menoktahkan pertanyaan Zara. Dia sudah bercekak pinggang sambil matanya tepat menikam sepasang mata bulat Zara.
"No. I tak nak!" Zara tidak berganjak dengan keputusannya. Jom, masuk pusingan perang mulut kali ke dua! Tengok siapa yang menang! Haha. Zara rasa sedikit seronok berlawan mulut dengan Zarul. Pemuda itu tidak lagi berat mulut seperti kebiasaannya.
"Zara. You need to learn self-defense. Just in case your bodyguards wasn't around to protect you." Rendah lembut suara Zarul memberi penjelasan kepada Zara. Si gadis masih tidak puas bertekak dengan jejaka kacak depan mata.
"Tapi I tak minat belajar taekwondo! Leceh!" Sengaja Zara berpura-pura menjadi perempuan yang mengada-ngada. Dia mahu Zarul menolak sendiri tawaran Tan Sri Hakim untuk menjodohkan mereka. Dia akan buat Zarul marah, sakit hati, kecewa. Sudah pasti Zarul akan berputus asa untuk mengahwininya.
"Haila, princess sangat!" Zarul mengeluh kasar. Sabar yang cuba diasuhnya sejak tadi hampir terbang melayang menghadapi kerenah Zara. Tidak tahukah Zara, si jejaka pantang dengan perempuan yang mengada-ngada? Dia menarik nafas dalam dan cuba menyejukkan hati yang semakin terbakar. Dia ikhlas untuk memberi peluang kepada Zara dan dirinya sendiri untuk mengenali hati budi.
"Zara, I really want you to learn self-defense technique. It will help you in a desperate situation. Cuba fikir, takkan you nak your bodyguards follow you forever?" Lembut saja suara Zarul cuba menyampaikan tujuan ikhlas kenapa dia membawa Zara ke pusat latihan taekwondo. Dia sedar ini bukannya tempat untuk bertemu janji. Apatah lagi untuk memikat hati si gadis cantik di depan matanya. Namun, keutamaannya kini adalah untuk memastikan keselamatan Zara terjamin. Andai dia ditakdirkan untuk menjadi calon suami Zara, bermakna keselamatan diri Zara adalah tanggungjawabnya. Segala urusan Zara akan menjadi urusannya juga. Kepercayaan Tan Sri Hakim tidak akan dipersiakan sebegitu saja. Bukan jenis Zarul untuk memandang remeh tanggungjawab di bahunya!
Sementara Zara terdiam seketika. Hmm, ada benarnya hujah Zarul itu. Matanya jatuh memerhati uniform putih ditangannya itu.
"Plus, I won't be around you all the time, dear!" Pantas pandangan Zara naik memanah sepasang mata Zarul yang sedari tadi asyik memerhati gelagat Zara. Entah kali ke berapa Zarul asyik panggil 'dear' dan 'princess'! Memang sengaja nak beli jiwa Zara ke apa?
"Huh!" Zara agak meluat!
"So, apa tunggu lagi? Pergilah tukar?" Zara masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
"Atau you nak I tolong tukarkan untuk you!" Tiba-tiba saja Zarul merapatkan jurang antara mereka dan berbisik lembut di telinga Zara. Eeiiiii, Zara tak suka Zarul buat suara rendah sebegitu. Terlalu romantik dipendengaran Zara. Tak kuat iman Zara tergoda dengan suara rendah satu nada Zarul tadi. Dia menelan air liur beberapa kali. Hai hati, please stay in your place! Doa Zara dalam hatinya.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...