Chapter 33

1.1K 43 1
                                    

           

Chapter 33:

The love that last the longest is the love that is never returned. ~ Unrequited love quotes of the day.

Izzy mengerling jam di tangan. Dia melepaskan keluhan di dada. Hambar perasaannya menanti kepulangan seseorang. Si jejaka yang tidak pernah menyedari perasaan hatinya. Pemuda yang melangkah pergi membawa hati yang kecewa kerana kasihnya kepada Zara, teman baiknya tidak pernah bersambut. Kenapa tiada peluang untuk Izzy menagih kasih pemuda yang sudah lama menetap di dasar hatinya itu?. Walau hampir sedekad mereka tidak bertemu muka, jauh di sudut hati Izzy masih menyimpan kemas benih harapan. Hope to be with her crush!

Matanya melirik sekali lagi ke arah jam tangan. Orang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba. Zara sudah menelefon yang dia akan terlambat tiba. Tapi bukan kelibat Zara yang membuatkan jiwa Izzy resah. Dia menantikan si cinta hatinya yang tak pernah berbalas. Sudah lama dia berusaha untuk membunuh sinar cinta itu, namun tidak pernah padam bara apinya. Biar dia sudah beberapa kali putus kasih dengan lelaki lain, namun satu ruang khas masih tetap dihuni oleh insan yang ditunggunya itu.

Dari kejauhan, matanya dapat menangkap susuk tubuh tinggi si jejaka yang ditunggu sekian lama. Jantungnya mula menari berdansa gembira. Tangannya naik menekan dada. Please stay still my dear heart.

'Alex! I miss you like crazy!!' jerit Izzy jauh di dasar hati. Dia hanya memaniskan senyuman menyambut kepulangan Alex di KLIA.

"Hello, Izzy! How are you? Dah lama tak jumpa...." Alex bersuara mesra. Sepasang matanya galak memerhati wajah cantik Izzy yang berias mekap nipis. Tidak tebal. Nampak cukup natural. Si gadis tampil santai menggayakan baggy top bersama dengan skinny jeans dan sneakers.

"I O.K je." Rasa tersekat jawapan Izzy dikerongkongnya. Secara tiba-tiba rasa cukup kekok berdepan dengan Alex. Lelaki itu masih tetap kacak di mata Izzy. Hanya gaya potongan rambutnya lebih trendy. Tidak seperti sepuluh tahun lepas. Alex yang dulu suka menggayakan rambut panjang paras bahu. Hampir sama panjang dengan rambut Izzy sekarang. Tapi kini, Alex tampak cukup berkarisma. Tampak kemas rapi bergaya sesuai dengan jawatan akauntan yang disandangnya.

Alex melebarkan pandangan mencari kelibat Zara yang amat dirindui. Di mana Zara? Hampa. Pandangannya jatuh mengamati Izzy.

"Izzy, mana Zara? I thought you come with her?"

"Haha. Cik Zara kita lambat sikit. Give her another 15 minutes. She's on the way."

"Haha. Zara...Zara! selalu je lambat. Perangai tak pernah berubah!"

"You dah lama tunggu I Izzy?"

"ha'ah. Dah lama. I sampai awal sikit tadi."

Alex tak tahu, memang sudah lama Izzy menunggu kepulangan Alex. Tapi dia juga tahu Alex tidak pernah ada hati dengan dirinya. Jelas Alex masih kemaruk cinta dengan Zara. Huhu. Kisah cinta zaman sekolah mereka masih belum berakhir. Dulu Alex sanggup mengalah kepada teman baiknya Ammar dan membawa hati ke Kota London.  Kini Alex pulang ke Malaysia kerana Zara meminta Alex menjadi fake boyfriend. Terus saja Alex ambil cuti panjang demi memenuhi permintaan Zara. Dulu setiap kali di ajak pulang ke Malaysia, bermacam-macam alasan Alex beri. Tapi kalau Zara yang minta, cepat saja Alex setuju. Haila, nampak gayanya memang tiada harapanlah untuk Izzy menetap di hati Alex! Izzy sedikit kecewa, namun dipujuk hati yang parah. Lupakan Alex, Izzy! He's your long time crush! You should move on!

"Sorry guys, I lambat sikit!!" Zara berlari anak mendapatkan Alex dan Izzy. Sementara J dan Lan turut berlari anak mengikuti jejak Zara.

"Zara!" Alex melambai tangan sambil tersenyum lebar. Moodnya semakin ceria cukup dengan kehadiran Zara. Izzy hanya jadi pemerhati riak Alex yang berubah ceria serta merta itu. Semakin perasaannya rasa terpinggir menjauh. Selamanya dia tidak akan pernah berjaya menarik perhatian Alex. Semua orang tahu Alex sukakan Zara, kecuali tuan empunya diri. Zara tidak pernah tahu Alex menaruh perasaan istimewa kepada Zara. Semua rakan mereka sepakat untuk menyimpan rahsia hingga ke mati.

Zara akhirnya menyertai Izzy dan Alex.

"Give me a hug, Zara! I miss you!" Alex sudah mendepangkan kedua tangan ke arah Zara.

Huh! Kalau dengan Izzy tadi, tiada riak Alex untuk memeluk Izzy walau mereka sudah lebih 10 tahun tidak ketemu. Tapi dengan Zara, terlebih mesra alam saja Alex sekarang. Huh! Izzy mengalihkan pandangan ke tempat lain. Semakin berkecil hati. Kenapa dia bersetuju untuk menemani Zara menyambut Alex pagi ini? Ha. Semuanya kerana rasa rindu yang membuak di dada. Semuanya kerana benih-benih cinta yang tak pernah mati untuk Alex.

"Haha." Zara tergelak kecil sebelum hilang didalam pelukan Alex.

"Oh, Alex! Thank you tau sudi balik Malaysia untuk tolong aku. I really appreciate it!" Zara melepaskan pelukan Alex yang terasa agak lama itu. Dia amat terharu dengan kesanggupan Alex untuk menolong dirinya yang kesempitan antara kehendak Papa dan kerelaan hatinya.

"Haha. For you, aku sanggup buat apa saja Zara!"

Zara tergelak kecil mendengar jawapan Alex. Sebaliknya, hanya Izzy yang memahami maksud tersirat jawapan Alex itu. Huh! Kenapa Izzy tersepit antara mereka berdua? Kekadang Izzy mendoakan agar usaha Tan Sri Hakim untuk menjodohkan Zara dengan Zarul berhasil. Agar Alex akan kenal erti putus asa dan membuka pintu hati untuk gadis lain. Err... gadis lain itu maksudnya Izzy la...

"Haha. Thanks a lot. I really need your help." Sekali lagi Zara berterima kasih kepada Alex.

"Come! Let's go. I belanja you all korean food!"

"yeay!" Izzy berpura-pura gembira mendengar cadangan Zara. Sangkanya dia kuat untuk berdepan dengan Alex.. tapi kini hatinya cukup walang. Tidak sanggup rasanya menjadi watak sampingan dalam cinta tiga segi itu.

"Woit! Aku dah kemaruk nak makan masakan melayu weh. Buat apa makan korean food? Tekak aku dah tak sabar nak makan rendang daging, gulai lemak cili api." Alex membantah pilihan Zara. Tekaknya sudah lama mengidam masakan tradisional melayu. Dah lebih 10 tahun tak balik Malaysia. Rindu sangat.

"Hei! Tekak you boleh telan ke semua makanan melayu tu? Bukan you dah jadi full mat salleh ka?" Izzy menyampuk, cuba mengusir jauh-jauh kemelut di jiwanya. Lupakan perasaan cinta tak berbalas itu. Hidup ini perlu diteruskan. Dia akan terus mencari dan mencari. Sehingga dia ketemu lelaki sejati yang sudi menghargai dirinya.

"Haha. Pandai la kau. Aku melayu sejati tau. Pantang jumpa rendang dan sambal belacan. Bukan kau tak kenal aku. Haha." Alex membela diri. Dia masih anak melayu sejati.

"Kalau macam tu jom kita pergi Restoren Rebung!" Usul Zara kepada teman baiknya. Restoren terkenal yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanahair, Dato' Chef Ismail. Masakannya sangat sedap sehingga menjilat jari. Pasti bertambah makan nasi. Itu antara restoren kegemaran Zara dan Izzy.

"Jom! Lets go!"

Izzy dan Alex serentak menjawab. Serasi pulak mereka berdua di mata Zara. Haha. Timbul idea di benak Zara untuk cuba menyatukan Alex dan Izzy. Mereka berdua nampak sesuai jika digandingkan bersama. Detik hati Zara. Namun, macam mana Zara nak membuka peluang untuk menyatukan Izzy dan Alex? Dia terpaksa menggunakan Alex sebagai teman lelaki palsunya.

**********************

hello u alls,

hope i can still make you all interested to read this story ya. kalau dah ada rs boring tu, please let me know. nanti I try to improve ya.

Dont forget to vote or leave your comment if you like this latest development.

ciao!

18/3/2018 1.50 p.m. sunday!

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now