11 장

1K 64 17
                                    

---

"Hyung! Hyung! Hyung!"

Suara teriakan Donghyuk yang setanding dengan nyalakan anjing liar memeranjatkan seisi ruang tamu. Laju sahaja langkah kakinya dari pintu utama menuju ke tempat di mana mereka sering berkumpul.

"Wae? Wae? Wae?"

Imej Donghyuk kini menjadi pusat perhatian mereka. Masing-masing terus memandang Donghyuk dengan mata yang tidak henti-henti berkedip.

"Ada berita baik.."

Donghyuk dengan riangnya menarik keluar sampul putih dari kocek baju sejuk yang dipakai.

"Kita akan ke Jeju esok!"

Donghyuk bersorak riang. Junhoe perlahan-lahan bangkit dari sofa tamu lalu merentap laju sampul itu dari tangan Donghyuk.

"Eo... tebalnya."

Hujung sampul itu dibuka oleh Junhoe. Sejumlah wang jatuh ke atas tapak tangannya apabila sampul tersebut ditonggengkan.

"Banyaknya duit!"

Mata kelima-lima orang lelaki itu membulat. Kenyataan Junhoe membuatkan Jiwon berdiri secara refleks.

"Yah , Kim Donghyuk! Dari mana kau dapat duit sebanyak tu?"

Hanbin mula mempersoalkan tentang jumlah wang yang besar nilainya itu. Mereka yang lain turut sependapat dengannya.

"Jangan cakap kau pergi berjudi..." Chanwoo membuat serkap jarang.

"Kau tak jual rumah ni , kan? Kau tak jual alatan memasak aku , betul tak Donghyuk?" Yunhyeong turut memandang lelaki itu dengan wajah cuak.

"Jangan-jangan....."

Mata mereka kemudiannya tergerak ke arah Jiwon. Jari telunjuknya kini menunding tepat pada Donghyuk.

"Kau.... jadi gigolo?"

Donghyuk kembali merampas sampul tersebut bersama duit-duit yang baru sahaja diperolehnya. Kepala Jiwon diketuknya dengan raut wajah tidak percaya.

"Ini dipanggil cabutan bertuah , faham tak?! Gosh.. korang letak otak di punggung ke , hah?! Aishh.. boleh jadi gila aku kalau macam ni."

Donghyuk mengguling bebola matanya dengan jengkel. Kakinya dihentak menuju ke bilik. Angin yang tadinya baik sahaja kini rosak kerana salah faham tidak berasas seperti itu.

"Yah Donghyuk , nak duit tu sikit!"

Jiwon dan Chanwoo berlumba-lumba membuntuti Donghyuk ke biliknya.

"Tak boleh!"

---

Dalam keadaan terlantar , Jinhwan hanya mampu melihat ereksi yang terselindung di sebalik seluarnya tanpa berbuat apa-apa.

Doktor telah menyarankan agar Jinhwan membataskan pergerakannya buat tempoh ini. Itupun sekiranya dia mahu kesan lecuran itu sembuh secepat mungkin.

Sungguh , Jinhwan terseksa begini.

Duduk sahaja pun sudah memeritkan. Apatah lagi sekiranya dia perlu berdiri dan berjalan ke tandas untuk membuang air dan membersihkan diri.

Cara Jinhwan berjalan juga sudah boleh disamakan dengan kanak-kanak yang baru selesai berkhatan. Jinhwan mengetap giginya geram.

"Jaga kau , Koo Junhoe... aku akan balas dendam. Kau tunggu jelah nanti.."

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now