≠22

6.2K 255 0
                                    

Tiba sahaja di hadapan banglo mewah milik Asyraf , hon ditekan beberapa kali . Serius cakap , mamat suku ni tak gentleman langsung ! Ada ke patut , dia suruh aku drive dia pergi hotel untuk resepsi si Danish ? Jahatkan ?

Cermin kereta Swift ku diketuk , aku tersentak . Cermin dibuka . Ada makcik yang baru sahaja keluar dari banglo si mamat ni ketuk .

"Cik , Tuan minta cik masuk dulu . " ujarnya . Aku mengangguk . Kereta diparkir dibawah porch . Tak apalah , aku tunggu dalam kereta je lah .

Leka aku membaca Whatsapp yang dihantar oleh kawan - kawanku . Tersengih - sengih baca . Nakal betul diorang ni . Cermin kereta diketuk lagi . Aku mendengus . Makcik ni nak apa lagi ? Kepala diangkat ,cermin dibuka .

"Turun, sekarang . " arah Asyraf . Err , sejak bila dia dekat sini ? Tanpa bersuara , cermin ditutup dan engin kereta dimatikan.
"Apa ? Awak cakap nak pergi dengan kereta sayakan ? " soalku sebal . Mengada - ngada betul mamat ni. Dia tak pakai lagi baju segak dia . Makin geram aku ! Dia tak tahu ke , masa ini emas ?

Asyraf tergelak sinis . "Buat malu aku je naik kereta kau . Jatuh maruah aku tahu tak ? ,"

Aku mencebir . Berlagak ! Bongkak ! Asyraf dijeling tajam .

Asyraf berjalan ke kawasan kanan rumahnya . Luas gila rumah mamat ni . Tinggal sorang ke ? Uish , berani.

Remote yang berada di tangan , Asyraf tekan . Seketika , garaj yang tertutup menjadi terbuka perlahan - lahan . Aku terpana . Bapak kaya mamat ni seh ! Macam pameran kereta sport pulak aku tengok !

"Tutup mulut kau , masuk lalat nanti " ujarnya sinis . Asyraf berjalan masuk ke dalam garaj . Pakcik yang agak berusia menghampiri mereka , atau lebih tepat Asyraf .

"Ni kuncinya Tuan Asy ," ujar pakcik tersebut . Kotak yang berwarna emas dibuka , pelbagai jenis kunci kereta mewah ada didalamnya .

"Saya nak guna Audi A6 . Letak bawah porch sementara saya siapkan diri . ---"

"--- and Pak Mat tinggal je girl ni dekat luar . ," ujarnya angkuh , sebelum melangkah pergi . Pak Mat yang disebut Asyraf hanya mengangguk . Aku mendengus . Hei , fikir aku kesah ke ?

"Pak---," sebelum Pak Mat habis bercakap laju aku memotongnya .

"Its okey . Saya tunggu dekat luar je . ," ujarku terlebih memahami . Lagipun aku tak terhegeh - hegeh nak masuk rumah orang kedekut macam Asyraf .

Pak Mat mengangguk . Aku mengatur langkah ke kereta kembali . Tas tangan masih di sana . Engin kereta dihidupkan , aircond dibuka tahap yang paling sejuk . Comfirm mamat ni makan masa yang lama kalau nak bersiap so , baik aku buka instagram . Stalk crush lagi bagus .

Setelah sejam menunggu , penantian berakhir juga. Asyraf mengetuk cermin , dan memaksa aku keluar .

"Saya pergi dengan kereta saya jelah . Senang nak balik , jumpa dekat sana ya ? ," ujarku , wajahnya dingin semacam . Kenapa pulak ni ?

"No , keluar . Pergi dengan kereta aku . Kalau nak pergi asing - asing , dah lama aku suruh kau terus ke sana . Bengap ."

Aku mencebir . Benci betullah ! Setelah mengunci kereta . Aku menghampiri kereta mewah Asyraf . Pintu disebelah pemandu dibuka , terus tubuhnya dibolosi ke dalam . Mencuka sahaja wajahnya .

Asyraf hanya diam memandu . Aku memeluk erat tas dan memandang jalan yang hanya diterangi lampu jalan . Malam yang tak indah malam ni !

"Jangan bagi aku paksa kau untuk senyum kejap lagi . Jangan cuba malukan aku , kau yang suruh aku teman kau kan ? ," ujarnya apabila kereta mula memasuki hotel . Aku hanya mengangguk . Kali ni aku mengalah . Lepasni jangan harap ! Huh .

Kereta diberhentikan di hadapan pintu besar hotel . Aku gugup seketika . Asyraf terlebih dahulu keluar . Kunci kereta diserahkan kepada guard disitu. Pintuku dibukanya . Aku keluar .

Asyraf menghulurkan lengannya . Aii, kenapa sampai aku kena peluk lengan dia pulak ? Apa dia ingat majlis kahwin aku dengan dia ke ?

Asyraf berdehem . Aku menurut tanpa bersuara . Lengannya aku peluk . Nasib baik berlapik .

Masuk sahaja ke dalam , mata - mata yang hadir tertumpu pada mereka . Duh , kenapa pulak tengok macam nak telan ? Hei , aku bukan pengantin lah !

Asyraf hanya bersahaja . Aku mula mengatur langkah masuk ke dalam . Mata terpaku seketika , cantiknya pelamin dia ! Ala - ala romantik gitu . Sepatutnya aku yang duduk sebelah Danish tahu tak !

Asyraf memandangku hairan . Mungkin sebab muka aku macam nak nangis ? Sebak weh , orang mengaku cintakan kau tup tup nikah dengan orang lain bila kau cintakan dia balik !

Aku menahan rasa . Tak apa lepas makan , aku nak terus blah .

Tangan Asyraf aku tarik ke meja yang masih kosong . Dia hanya menurut . Baguslah , lagipun aku tak ada mood nak gaduh dengan dia .

"Saya pergi ambil makanan jap . " ujarku sebelum melangkah ke bufet - bufet makanan .

"Datang sorang je ? ," soal Danish , yang lengkap berpakaian pengantin . Aku meliar mencari si pengantin perempuan . Kelihatan Zulaika sedang berbual - bual dengan rakan dia mungkin .

"Tak , dua orang . " jawabku hanya berbasi - basi . Asyraf sedang berbual - bual dengan wanita - wanita gedik dikerling . Mengatal je tau .

"Who ? ," soalnya lagi .

"Me ." ujar Asyraf rapat dibelakangku . Aku kaget . Bukan ke dia--- .

Wajah Danish kelihatan kecewa. Aku tidak ambil peduli .

"Asyraf , you ? Danish ? " ramah Asyraf memperkenalkan diri . Tangan Danish disalamnya .

"Ya , ya . " balas Danish . Aku malas ambil pusing . Meja yang aku rapati . Makan dan hanya diam tanpa bersuara .

"Who's the lucky man ? ," soal Danish , err sejak bila dia dekat sini ? Setahu aku dia berbual - bual dengan Asyraf . Kelibat Asyraf , dicari . Masih di bufet makanan .

"No one . " balasku acuh tidak acuh sahaja .

"Come on . Tell me . Setahu I , you tak ada kawan lelaki yang rapat selain I . Mana you ambil dia ? Or you dah jadi scandal dia mybe ? " sinis sahaja Danish berkata . Aku mendengus .

"Shut up . You bukan sesiapa yang perlu tahu tentang hidup I . Jaga bini you, jangan sibuk ambil peduli tentang life orang lain ," ujarku sebelum melangkah keluar hotel . Menyesal aku datang ! Jujur aku cakap , yang aku macam dah tak kenal Danish . Change a lot .

KELIBAT Safiya dicarinya . Aduh , kemana pulak minah ni pergi . Makanan yang ku ambil ditinggalkan di atas meja . Satu dewan dia tak ada , menyusahkan akulah dia ni . Kaki diatur ke luar hotel . Bangku yang diduduki gadis itu dirapatinya . Haih, kat sini rupanya . Safiya masih tidak sedar kehadirannya . Sibuk termenung melihat langit yang dihiasi bintang - bintang .

"Kenapa kau tak masuk dalam ? ," soalku sedikit lembut . Tetap tegas . Dia mula menundukkan wajah . Apa yang dia fikir sebenarnya ?

"Jom balik . " ujarnya perlahan . Aku mengerut dahi. Ai , tak sampai setengah jam , dah ajak balik .

"Aku tak makan lagilah. " rungutku . Wajah sedih Safiya ditatap. Kenapa dengan dia ?

"Saya belanja awak makan dekat tempat lain , boleh ? "

Tanpa berfikir lagi, lengannya aku tarik . Kereta mewahku dihampiri . Badan Safiya ditolak masuk .

"Aku nak makan dekat hotel 5 bintang . Kau boleh bayar tak ? ," soalku sengaja mahu menyakiti hatinya . Dia hanya mengangguk . Ish , tak boleh ni .

"Betul ni ? ,"

Dia mengangguk lagi .

Aku buntu . Kau kenapa Safiya ? Selalunya menjawab je mulut kau .

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now