dua puluh

152 35 17
                                    

(p/s: dengar lagu sambil baca😍 )

"Ae Min?" Hoseok terpana.

Ae Min sekadar tersenyum manis kearah Hoseok.

"Hi Seok." sapa Ae Min mesra.

"Jemput la masuk." pelawa Hoseok.

Ae Min mengangguk.

"Ehh Ae Min?" Min Hee yang membawa sedulang air menegur.

"Erkk Kyung nak naik atas. Nak mandi." lantas Kyung segera menaiki tangga. Malas nak tengok orang dewasa berbual.

"Dudukla. Mujur aku buat air banyak." kata Min Hee.

Ae Min melabuhkan duduk diantara Hoseok dan Min Hee.

"Sebenarnya.. aku datang ada hajat." beritahu Ae Min.

Hoseok dan Min Hee saling berpandangan. Macam series je ni.

"Apa dia?" soal Hoseok. Entah kenapa hati dia seolah tidak senang dengan kehadiran Ae Min.

"Seok.. Min Hee.. aku datang nak ambik anak aku."

Pranggg!!!

Pecah gelas yang dipegang oleh Min Hee. Seolah meluncur laju dari genggaman tangan. Pecah seribu gelas kaca itu.

"Aa–apa??" Min Hee menekup mulutnya. Kejutan apakah ini?

Hoseok diam tak berkutik. Kekal membisu. Mulutnya umpama digam kerana tidak mampu berbicara.

"Kyung tu sebenarnya anak aku Min Hee. Anak aku dan Hoseok." cecair jernih mula bertakung dimata Ae Min.

"Be-betul ke Seok?" soal Min Hee pada Hoseok.

Hoseok hanya berdiam diri. Lantas kolar baju lelaki itu dicengkam kemas.

"JAWABLA SAYA TANYA!!" tengking Min Hee.

Memang sekarang emosi dia betul-betul tak stabil. Dengan kenyataan yang dibongkarkan ini.

"Kalau Kyung tu anak kau, kenapa kau tak jaga dia? Kenapa dia hidup takde mak?? APA YANG KAU CUBA MENGARUT HAH HANAT?!" soal Min Hee dengan nada marah.

Ya dia marah cam nak lempang je sorang-sorang.

"KENAPA HOSEOK?! KENAPA?!" bahu Hoseok digoncang kuat.

"Sebab Kyung tu hasil daripada hubungan tak sah kami!!" jerit Ae Min.

Cengkaman pada kolar baju Hoseok dilepaskan perlahan. Min Hee jatuh terduduk di lantai.

"A–apa?"

"Aku dengan Hoseok terlanjur!! Kami saling mencintai tapi hubungan kami dihalang keluarga. Sebab stress kami minum bersama dan tanpa sedar kami terlanjur malam tu." airmata mula mengalir deras dipipi Ae Min dan juga Min Hee.

Apa Min Hee fikirkan sekarang cuma Kyung. Apa perasaan Kyung? Macam mana dia nak jawab? Soalan demi soalan menerjah benak fikirannya. Kepala Min Hee mula memberat. Kusut! Itu saja yang dapat diluahkan.

"Kalau kau dengan dia terlanjur sekali pun kenapa kau tak kawin dengan Hoseok? KENAPA BIAR KYUNG TAKDE MAK? KAU PIKIR DIA APA?!!" bahu Ae Min pula menjadi mangsa cengkaman Min Hee.

Ae Min cuba melepaskan diri namun tak berjaya. Cengkaman Min Hee terlalu kuat. Sedarla dia yang Min Hee dulu mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwondo.

"Sebab family aku!! Family aku sangat pentingkan maruah. Apa aku nak jawab dengan diaorang bila diaorang tahu aku pregnant?! Malah pregnant anak luar nikah?!!" jelas Ae Min dalam esakan.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now