Chapter 34

1.1K 50 10
                                    

Chapter 34:

"You can close your eyes from the things you don't want to see, but you can never close your heart from the things you don't want to feel." ~ Love Quotes of the Day

Sudah hampir 20 minit, kelibat si calon isteri masih tidak kelihatan. Hampir habis secawan ais kopi americano disedut Zarul. Suhu hatinya sudah meningkat naik. Dia tidak suka menunggu seseorang tanpa dapat berbuat perkara yang berfaedah. Hari ini dia bangun awal seperti biasa. Usai melakukan rutin paginya, dia mengambil masa memilih baju yang sesuai. Entah kenapa, buat pertama kalinya Zarul asyik terfikir-fikir sesuaikah penampilannya sebelum ini. Dicapai Tshirt Polo hitam kegemaran dirasakan tidak kena. Disarungnya kemeja hitam ke badan, namun dirasakan terlalu formal. Berkali-kali dia menukar ganti baju Tshirt dan kemeja, semua wardrobe diselongkarnya, barulah dia akhirnya mengambil keputusan tampil seperti biasa. Entah kenapa dia rasa teruja untuk ketemu calon isterinya, si Zara Aleeya itu. Tapi sekarang, rasa teruja itu semakin pudar. Yang ada cuma rasa geram sahaja.

Dia menggamit waiter dan memesan segelas air kopi americano. Ini gelas yang kedua. Kalau makin lambat Zara datang, rasanya bergelas-gelas dia akan memesan ais kopi americano. Huhu.

Skrin S8 ditatap sementara tangannya lincah bermain di atas skrin. Ditolak ke tepi, disapu ke atas, ditujah ke kanan dan kiri. Dia leka dan tenggelam dengan game di alam maya.

Langsung tidak sedar si gadis sudah berdiri lama di depan mata. terdengar suara gemersik Zara barulah Zarul mengangkat wajah. Buntang matanya menatap senyuman manis di wajah Zara. Bagai terpancar cahaya menghiasi wajah putih mulus bakal isterinya. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Bibir merah itu masih merekah lebar menampakkan sebaris gigi putih. Zarul telan air liur berkali-kali. Sepasang mata bulat itu masih setia menatap wajahnya. Sungguh Zarul terpana. Seperti buat pertama kalinya dia benar-benar terpaut dengan kecantikan asli bakal isterinya. Lama dia di dalam keadaan begitu sehingga disedarkan dengan lambaian tangan Zara dekat di mukanya.

Zarul berdehem beberapa kali, cuba mengawal diri. Apa kena dengan Zarul hari ini?

Zara mengambil tempat duduk setentang dengan Zarul. Zarul mengukir senyuman ceria. Namun senyumannya mati apabila dia menyedari ada seorang pemuda yang turut sama mengambil tempat duduk di sisi si bakal isterinya. Dia tidak faham dengan situasi ini. Bukankah dia sepatutnya bertemu janji berdua saja dengan Zara? Kenapa pulak pemuda itu turut duduk di sebelah Zara. Bodyguard Zara ke? Ke mana J dan Lan? Adakah sudah dipecat oleh Tan Sri Hakim?

"Hello, Zarul? Sorry I lambat sikit." Zara berbasa basi. Di dalam hati berdegup kencang. Malu ditatap lama oleh Zarul sebentar tadi.

"Hmm.." Ringkas Zarul membalas. Namun, matanya tidak lepas merenung tajam pemuda di sebelah Zara yang sudah mula mengukir senyuman mesra.

Pemuda itu tidak nampak seperti bodyguard. Tapi siapa lagi lelaki yang akan menemani Zara kalau bukan pengawal peribadinya kan? Jejaka itu jelas berdarah kacukan melayu dan eropah. Rambut perang dan mata biru. Kacak dan tinggi bagai model. Mungkin sama tinggi dengan Zarul. Tubuhnya juga tegap, tapi tidak setegap Zarul yang menghabiskan masa berjam-jam di gym setiap hari. Sepertinya Zarul pernah ternampak muka lelaki itu. Tapi di mana ya? Zarul garu kepala yang tidak gatal.

"Hi, I'm Alex." Alex dengan bersahaja menghulur tangan kanan untuk bersalam dengan Zarul. Salamnya disambut oleh Zarul dengan muka yang sedikit kelat. Hilang ceria di wajah Zarul sebentar tadi. Alex rasa teruja dan gembira. Tidak sabar melakonkan wataknya.

"And who are you? Zara's new bodyguard?" Zarul masih berusaha mengawal nada suaranya. Kenapa pengawal peribadi Zara kurang ajar sangat sampai duduk semeja dengan mereka? Huh! Kurang professional!

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now