12 장

1K 68 11
                                    

---

Setibanya mereka di pulau peranginan Jeju , kelima-lima orang lelaki bujang itu bertukar hyper.

Berlari ke sana dan ke sini seperti kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa mereka sudah menjadi perkara biasa untuk dilihat oleh umum.

Namun begitu , di sini pula lain ceritanya.

Alangkah malangnya bagi Junhoe kerana telah ditinggalkan berdua-duaan dengan Jinhwan di rumah penginapan mereka. Sedangkan yang lain pula merayau entah ke mana.

Janggal ㅡ satu perkataan yang sudah cukup untuk menggambarkan situasi Junhoe dan Jinhwan pada ketika itu.

Yang pastinya insiden tempoh hari telah menjadi sebab utama kedua-dua mereka tidak bertegur sapa sehingga detik ini.

"Ermmm.. aku nak keluar pergi beli aiskrim sekejap. Panas pula rasanya hari ni , kan?"

Kening Jinhwan saling bertaut. Dia tahu itu hanya alasan Junhoe semata-mata untuk mengelakkan dirinya daripada berada dekat dengan Jinhwan.

"Nae..."

Bunyi pintu utama yang kembali dikatup rapat menandakan kepergian Junhoe. Jinhwan menjenguk ke pintu seketika lalu mengetepikan telefonnya.

Tapak tangan lelaki itu secara refleks naik ke mulutnya apabila dia menguap.

"Tidur sekejap tak jadi masalah , kan?"

---

Junhoe segera pulang ke rumah penginapan mereka usai sahaja aiskrim yang diinginkannya dibeli. Risau pula sekiranya Jinhwan dibiarkan seorang diri terlalu lama di sana.

Tambahan , Jinhwan sentiasa memerlukan bantuan untuk bergerak ke sana dan ke sini kerana keadaannya yang begitu menyedihkan.

Langkah Junhoe terhenti sejenak. Melihat imej Jinhwan yang sudah terbungkang luas di atas katil mengundang gelengan kepala Junhoe. Bibirnya pula kini menguntum senyuman yang hampir tidak kelihatan.

Jinhwan mengeliat. Tubuhnya cuba dipusingkan. Namun disebabkan kesan lecuran yang masih pedih rasanya , Jinhwan kembali ke posisi tidur yang asal.

Junhoe merenung lama aiskrim vanila yang sedang dipegang oleh tangan sebelah kanannya. Sambil berfikir panjang , kepalanya disengetkan sedikit.

"Agaknya aiskrim ni boleh kurangkan rasa sakit tu tak?"

Anak mata Junhoe kemudiannya beralih ke arah Jinhwan. Dia sekali lagi tersenyum. Idea bernas yang tiba-tiba sahaja tercetus di mindanya mendedahkan wajah miang lelaki itu.

---

Apa agaknya Junhoe nak buat dengan aiskrim tu ya? xD

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now