Bab 1-Pertama Kali

4.3K 17 1
                                    

"Kalau berani kita race jom jalan karak"kata ridzuan."Dengan kau bukan setakat race jalan karak je,jalan ke sabah aku berani lagi"kata alif."Ok sekarang ni kita start"kata ridzuan.Bunyi nyaringan ekzos motor silih berganti menandakan mereka akan memulakan perlumbaan.Seorang wanita muda berpakaian seksi datang ke depan lalu memegang sehelai kain dan menunjukkan ke arah ridzuan dan alif.Mereka menganguk tanda bersedia.Dilepaskan kain itu lalu dengan sekelip mata ridzuan dan alif memecut laju dengan meter kedua-dua motor mereka menunjukkan telahpun berada di 160km/j.Perlumbaan dijangka akan ditamatkan dalan 200km bermakna mereka akan terus menuju ke negeri pantai timur yang terjauh iaitu kelantan.Laluan yang mereka lalu itu dijangkakan akan sunyi sepi memandangkan ianya bukan cuti sekolah.Sedang asyik berlumba,motor alif dengan tiba-tiba mengalami letupan tayar di belakang akibat tidak ditukar hampir 6 bulan.Dia terpaksa berhenti dan akur dia akan kalah dalam perlumbaan itu sementara ridzuan memecut meninggalkan musuh ketatnya itu."Sudah puas aku cuba call khairul ni.Mana la si bongok ni pergi"kata alif.Dengan tiba-tiba alif ternampak sebuah kereta jenis 4x4 harga sekitar 100k dari jauh lalu alif melambai-lambai tangan tanda ingin meminta bantuan.Kereta itu berhenti.Alif menarik nafas lega.Turun seorang pemandu lelaki tua sekitar 40 an datang bertanya permasalahan alif."Kenapa ni anak muda.Kenapa kamu berhenti di sini?"kata pakcik itu.Jawab alif"Motor saya rosak pakcik,boleh pakcik tolong saya?"."Nanti pakcik tanya bos pakcik dulu"balas pakcik itu.Pakcik itu kembali ke keretanya semula lalu bertanya kepada seorang wanita muda sekitar 20 an yang berkemungkinan sebaya dengan alif.Kata pakcik itu"Cik Ameera boleh kita tolong dia?".Balas Ameera"Buat apa kita tolong sampah masyarakat macam ni?"."Tolong la Cik Ameera,Dia ni anak saudara saya lagipun barang Cik Ameera tidak banyak".kata pakcik itu."Disebabkan dia anak saudara awak saya benarkan kalau tidak jangan harap saya tolong"balas Cik Ameera.Lalu pakcik itu datang semula ke alif dan bosnya bersetuju untuk menolong alif tetapi dengan syarat alif harus berpura-pura menjadi anak saudaranya kerana pakcik itu menipu Cik Ameera.

Cinta MatremWhere stories live. Discover now