"Sayang , wake up. Kita dah sampai namsan tower. " Belakang badan armel diusap lembut.
Aih lenguh jugak badan ni. Dari tadi tak dapat gerak langsung. Terkunci ! Demi armel kesayangan hati. Kalau pinggang patah pun takpe.
"Erm " Armel merengek. Nak tidur. Penat sangat hari ini. Mata pun sakit gila ni.
"Sayang nak tidur ya ? Jom balik rumah abang nak ? " soal aliff.
Boleh masuk line memujuk ni. Hehe. Strategi kena bagus kalau nak memenangi hati isteri ini.
"Nak tidur , tapi ... Saya nak balik rumah saya. Awak tahu kan , saya tak sedia lagi nak hidup dengan awak. Semua benda boleh berubah. Kalau hari ini saya sayang awak. Esok mungkin tidak. Awak faham kan maksud saya ? " luah armel. Matanya ditenyehkan.
"Sayang ... Cuba cintakan abang balik. Sayang please bagi abang peluang kedua. Fikirkan anak kita sekali. Abang minta maaf sangat. Abang sedar khilaf abang selama ini. I love you so much sayang. Please honey... "
Bahu armel dipegang. Mata redup armel ditikam dengan pandangan sayu aliff. Biar armel rasa simpati dengan dirinya pun tidak mengapa. Asalkan dia dapat armel semula.
"It's not easy like what are you think about. Awak tak rasa semuanya. Kalau awak dekat tempat saya , mustahil awak akan terima saya. Bukan mudah Aliff. Yes , saya boleh kembali dengan awak. Tapi semuanya takkan sama. Cinta saya juga takkan sehangat dulu. Saya takut saya tak mampu bahagiakan awak lagi aliff rayyan ! Bagi saya masa dan ruang untuk fikir. "
Pintu kereta dibuka , Armel lari betul-betul di depan namsan tower. Hm nasib bukan eiffel tower. Kalau eiffel tower kan berkait rapat dengann kisah cinta.
Armel menangis sekali lagi. Tersedu-sedan menahan sebak di dadanya. Sufian hanya memerhatikan adegan itu dari jauh sambil memberi laporan kepada syed.
Terasa ada tangan yang melingkar pada pinggang. Armel tidak menoleh. Dibiarkan sahaja perlakuan suaminya itu. Armel hanya menekup mukanya dengan tapak tangan. Rasanya glove ni habis basah dah.
"Sayang i know it is too hurt. Abang tak mampu jadi setabah sayang. Abang tahu ini semua terlalu perit. Abang tahu sayang. Bagi abang peluang untuk ubatkan segala luka sayang. Bagi abang peluang untuk cambahkan rasa cinta sayang. Please sayang. Buang ego sayang. Untuk pengetahuan sayang , abang dah rasa apa yang sayang rasa. Abamg juga perit. Tanpa sayang , hidup abang sunyi. My live been nothing "
Bisikan ayat cinta berlagu di telinga armel. Biar dapat menghangatkan suasana mereka.
Tangan armel menyentuh wajah aliff. Hatinya mula berkata-kata. "Salahkah aku buang dia dari hidup aku. Adakah aku isteri yang nusyuz. Adakah dia benar akan melindungi aku "
"Sayang , abang bagi masa sayang fikir. Kalau ada apa-apa sayang call abang tau. Kalau sayang rindu abang , datang je rumah abang. "
"Kalau tak rindu ? Tak perlukan ? "Soal armel polos.
"Abang tahu sayang akan rindu abang. Mana taknya. Abang peluk sikit dah sayang peluk abang kuat-kuat. Macam taknak lepaskan. Sesak nafas dibuatnya tau heheh "
Armel hanya menggeleng. "Perasan betul mamat ni. "
"Sayang , second chance for me please ? " usul aliff lagi. Bukan niat untuk memaksa armel beri keputusan tetapi untuk memberi kepastian.
Armel mendiamkan diri. Tiada jawapan yang mampu diungkapkan. Jika tersilap bicara , harapan palsu pula yang akan diberikan.
"Sayang , i love you so much " bisik aliff.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Любовные романы"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...