Bab 10

7.9K 442 39
                                    

Hari kedua di rumah mertua, aku sudah kena drill. Bukan lah kena gerudi dengan mesin gerudi. Tak. Ini cuma mukadimah untuk masuk ke dalam keluarganya saja. Bahasa indahnya, Sesi Orientasi.

"Pandai masak tak?" tanya Mak Ngah, kakak ipar Umi. Ketika itu kami kaum wanita sedang berada di dapur. Baru selepas sarapan beramai-ramai. Kemudian beramai-ramai juga mengemas di dapur. Lebihan pinggan mangkuk dan periuk kawah semalam masih banyak yang tidak disusun dan disimpan.

Mata aku dah kelipok kelipok macam ikan. Err.... susahnya soalan ni! Kalau masuk SPM, confirm aku kena ulang ambil peperiksaan.

Walaupun aku tahu yang mereka bukan lah mengharapkan menantu berpangkat Master Chef, tapi mestilah ada juga rasa segan bertamu di hati kalau jawapan aku nanti mengecewakan mereka. Isu ini bukan isu kecil. Nama Mak Bibah akan turut terheret bersama di dalam cara olahan jawapan aku nanti.

Jujurnya , aku memang tak expert bab masak-memasak ni. Tapi ....

Ha, ada tapinya di situ. Tak expert bukanlah bermakna aku tak pandai langsung. Kalau kepandaian memasak ada level macam playstation, aku boleh dimasukkan ke dalam level 5 rasanya. Level 5 out of 100!

Kalau ditanya apa yang aku pandai masak, boleh dibilang dengan sebelah tangan saja. Eh, silap. Mungkin dua tangan. Mari aku list kan senarai makanan yang aku boleh buat.

Paling expert, laksa. pakar juga lah kalau nak dibandingkan dengan kakak aku, Si Ayu. Keduanya, aku boleh masak masakan sambal. Sambal ikan, sambal daging, sambal ayam dan yang sewaktu dengannya. Sebabnya, aku suka makanan pedas!

Jadinya, emak paksa aku belajar. Katanya, tak larat melayan kegemaran aku yang memerlukan cili kering dipotong sekilo untuk satu bulan. Lauk yang mudah macam masak kicap, masak singgang dan masak asam pun aku pass. With flying colors!

Kemudiannya, aku boleh masak .... hmm .... apa lagi ya?

Rendang! Yang ini memang kena tahu cara-cara buatnya, sebab aku dan kakak aku selalu jadi mangsa untuk jadi chef bila hari raya menjelang. Kami berdua saja anak perempuan emak. Kalau bukan kami, bahu siapa lagi nak menanggung semua kerja-kerja di dapur bila hari raya datang?

Susah sebenarnya kalau dilahirkan dengan jantina perempuan dalam keluarga Pak Ripin. Lelaki dilayan bak raja, wanita semuanya jadi dayang sahaja. Yang lagi terkenanya, kami dua beradik saja perempuan. Lagi tiga, semuanya lelaki!

Masak nasi, air dan mee segera tu memang a given talent. Semua manusia yang lahir rasanya boleh dapat degree holder untuk tiga masakan tersebut. Betul tak?

Tahap aku ni kiranya macam newbies lagi . Kalau sudah pandai masak kari, yang itu baru super expert! Sepuluh kali diajar emak pun, aku masih terkial-kial setiap kali mahu mencampur rempah ratus.

"Hah?" Aku berpusing ke belakang bila terasa belakang badanku dicuit.

Nasir sudah berdiri tegak di belakang aku yang sedang duduk di meja makan dapur. Matanya bergerak memandang Mak Ngah, memberi isyarat yang soalan mak ciknya itu masih tidak dijawab lagi.

"Masak? Aa...boleh la sikit-sikit. Rasanya Nasir takkan tercekik kot kalau saya yang masak." Laju aku menjawab dalam gugup. Sempat juga aku masukkan aura loyar buruk di dalamnya.

Mak Ngah dan mak mertua aku berpandangan seketika sebelum ketawa mereka pecah. Disambut juga dengan ketawa saudara lain yang ikut sama ada di situ.

Lega rasanya bila mereka ketawa dengan gurauan tak bertempat aku. Maknanya, boleh menerima lah kan? Nak saja aku urut dada, tapi tidak lah sampai di depan mak mertua aku tunjukkan perasaan senang hati aku.

"Nanti tengahari boleh la rasa air tangan Zatul kan?"

Dush! Berlagak sangat! Baru aku tahu langit tu tinggi nun di atas sana. Sekejap saja aku kembali terduduk di atas tanah.

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now