REMOTE control , ditekan - tekan . Dari satu siaran ke siaran lain ditukar - tukarnya . Tak ada cerita yang menarik . Hari ni , aku off day . Mummy yang beriya suruh aku stay je kat rumah teman dia . Last - last aku jugak yang kena tinggal . Mummy ? Pergi keluar dengan ahli mesyuarat tingkap dia .
Menyesal pulak cuti . Remote diletakkan di tepi pehanya . Telefon bimbit digapai . Semua chat - chatnya tidak dibalas oleh Safiya . Online pun tidak . Busy kot . Yelah , dia kan doktor .
Chat di aplikasi WhatsApp , di scroll . Banyak perempuan yang hantar chat , tapi satu pun tak ada yang mampu membuat dirinya tertarik untuk membalas. Kalau chat yang Safiya hantar laju je balas. Makin pelik aku sekarang . Kuat betul penangan si doktor ni .
News feed facebook , dibaca malas . Zaman sekarang , benda yang pelik menjadi tumpuan ramai . Aku pun tak faham kenapa . Instagram pula dibuka . Ramai menjadi pengikutnya di laman sosial itu . Biasalah , orang hensem kan . Huhu .
Ting . Ting . Ting .
Tiga kali deringan dari WhatsApp berbunyi . Aku mengangkat kening . Safiya ? Laju jariku menekan aplikasi tersebut .
Apa ? 😒
Aku tergelak . Chat yang kedua dan ketiga dibaca .
Bising betul . Tak ada kerja ke ? 😪
Sehari tak kacau dan menyemak memang tak boleh eh ? 😠
Aku tersenyum simpul . Memang tak lah aku takkan kacau kau . Lagi kau marah lagi aku suka kacau . Safiya masih online . Tanpa membalas chat tadi , laju aku call . Mood mengusik on !
Safiya mengangkat .
"Awak nak apa ? ," soalnya .
"Amboi , terus tanya aku nak apa . Caring betul kau ni "
"Stop talking nonsense Asyraf ,"
"Mana ada aku cakap bukan - bukan . Betulkan kau tanya aku nak apa ? ," aku bertarik tali dengannya . Jam dikerling . Lunch hour , patutlah dia online .
"Awak nak apa sebenarnya ni ? Saya letih nak gaduh dengan awak . "
"Kalau letih tak payah gaduh . "
"Awak ! " tempiknya . Aku ketawa .
"Saya nak awak ," usikku .
"Dah makan ubat ke ? ," soalnya pula . Comfirm blushing habis ni !
"Saya tak suka makan ubat . Lainlah kalau awak suap ," mood mengusikku belum hilang .
"Asy , ---" kata - katanya aku pintas laju .
"Aku gurau je . Teman aku lunch ? ,"
"Tak nak ! " laju Safiya menjawab . Amboi , semangat betul dia tolak . Hei , ni Asyraf la . Bila aku ajak tak akan ada perkataan tak nak . Kena nak jugak !
"No , aku tak tanya kau nak ke tak . Remember kau hutang dengan aku empat benda . Aku ambil kau dekat sana . Aku nak tengok , aku sampai je . Kau dah tunggu dekat bawah ," arahku . Safiya mendengus . Tanpa menunggu balasan Safiya , laju aku menamatkan panggilan .
Berlari anak aku ke tingkat atas , menukar baju .
RIUH bunyi dari dapur menarik perhatian Safiya . Safiya baru sahaja melepasi ruang tamu itu , terus sahaja ke dapur . Menemui mak tercinta .
Terasa pelukan dari belakang , membawa jauh lamunan Puan Fatimah . Bibirnya tersenyum kecil . Baru teringat sekejap , dah ada depan mata . Siapa lagi kalau bukan si anak sulungnya ini , Safiya .
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...