1: BERBEZA

184 19 0
                                    

Dalam kabus malam, aku membawakan suatu jiwa, jiwa yang sukar untuk ditafsirkan. Bayu menampar lembut, membawa kedukaan ke hujung titian.

Daun bergeseran sesama ranting, memberikan suasana yang secukupnya. Jiwaku kelam, membawa seribu rasa, yang sukar untuk diungkapkan, kerana semuanya berbeza.

Dikau yang berada di lubuk jiwa, peganglah langkahmu, agar ia tidak kecundang, walaupun kita berbeza, engkau adalah sinar dalamku.

Di saat sepi berangin, menghembuskan jiwa yang sayu, di saat setiap langkah diiringi keperitan di jiwa.

Kita berbeza, namun hati kita tetap satu.

BOROS-BOROS GINAWO [PUISI JALANAN]Where stories live. Discover now