0 9

2.5K 257 44
                                    

"Kembalikan anak aku..." Rintih seseorang dengan suara teramat pilu.

Di manakah suara itu? Aku terpusing-pusing mencarinya dalam kegelapan. Entah bagaimana aku boleh tersesat dalam tempat yang gelap ini. Tak lama, pandanganku melekat pada seorang wanita yang tiba-tiba sahaja muncul. Wanita itu membelakangiku. Wajahnya ditutup dengan tangan. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan kecil.

Siapakah wanita ini? Perlahan-lahan, aku berjalan merapatinya. Dan semakin aku mendekatinya, semakin kuat tangisan serta rintihannya.

"Kembalikanlah mereka..."

"Mak cik...?" Tanganku bergerak sendirinya ke arah bahu wanita itu.

Dan ketika inilah tangisan itu berhenti. Wanita itu memusingkan kepalanya dengan perlahan-lahan dan saat aku melihat wajahnya yang sangat mengerikan itu, aku tergamam.

Air...air matanya adalah darah! Wajahnya penuh dengan darah!

Kakiku berundur setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak.

Terperasankan pergerakanku, wanita itu mula berdiri. Matanya merah menyala. Aku semakin ketakutan.

"Kembalikan mereka!!" Dan tiba-tiba dia muncul di hadapanku.

Aku terbangun dengan dada yang sakit. Warasku celaru dilanda kekacauan. Mataku celap digumpali air mata. Satu tubuh basah bersama peluh panik yang datang menyerang secara bersamaan.

"Hei hei, kau okey tak ni?!" Suara yang sama dari petang semalam. Pertanyaannya pun sama. Tangannya sudah merayap menggenggam kedua-dua belah bahuku. Pergerakan jemarinya lancar mengusap belakang badanku, membantu aku untuk bertenang.

"Nightmare je tu weh. It's not real. It's not real." Aku mengangguk berulang kali sebelum aku lepaskan batuk yang cukup kuat. Serentak itu, satu botol air dihulur bersama sebuah kotak berwarna putih yang cukup aku kenali. Macam mana dia boleh dapat kotak ubatku? Sempat aku pandang gadis itu bersama mata yang sudah membulat.

"Jangan tengok aku. Makanlah."

Aku terus menyambut tanpa banyak bicara. Dua biji pil aku keluarkan dari dalam kotak dan aku telan keduanya sekali gus. Gadis itu turut membantuku untuk minum. Dia menungguku selesai dengan penuh kesabaran. Setelah itu, dia mengambil botol air yang sudah kosong dari tanganku dan aku terperasan tangannya yang menggigil.

"Kenapa tolong kalau kau takut?" Laju aku bertanya sambil memandangnya tepat pada wajah.

Gadis itu terdiam dan satu saat- tawanya tiba-tiba meletus. Apa yang lucu sangat?Aku melihatnya seolah-olah telah tumbuh sepasang tanduk di atas kepalanya.

"Kau ni sumpahlah banyak tanya. Masa aku first jumpa kau petang kelmarin pun; 'Kau intip aku? Pfft. Ha ha!!'" Serentak itu, dia ketawa lagi. Muka cemberut aku tarik kala mendapatinya meniru nada dan intonasi yang aku gunakan. Sebijik.

Aku tidak berputus asa. "Kau ikut aku sampai sini?"

Kali ini, dia pula yang melihatku umpama aku telah bertanduk. "La ilaha illallah. Kau biar betik. Dey! Kau ingat aku ni kemaruk sangat ke ngan kau sampai nak ikut kau ke bilik pukul dua pagi ni. Agak-agaklah. Ni bilik aku juga, tahu?"

Dia Raja BuliWhere stories live. Discover now