"Jadi kenapa kau datang sini balik?" Soal Daehwi. "Sebab... sana..." belum sempat Saeran habiskan ayat dia. "Sana takde Hanni?". "Eii memanglah Sana takde Hanni. Hanni kita punya" sampuk Guanlin.
"Sanelah ngok.. saneeeeeeee" Daehwi menekan neeeee tu. "Sana tu mana?" Guanlin menggaru kepalanya.
Kesian dia selalu ketinggalan... 😅
"Sebab sajer rindu tempat ni..... Daehwi tak suka ke?" Saeran menyoal. "Bukanlah tak suka.. cuma.. kau tau kan.. Hanni pernah suka kau" suara Daehwi mulai perlahan.
"Dia pernah suka aku? Setahu aku dia pernah suka Jimin" Saeran pula menggaru kepala.
"Hanni suka Jimin?!" Guanlin terkejut. Saeran mengangguk. "Senyaplah kau.. dahlah selalu ketinggalan" marah Daehwi.
"Takpe kau... nanti aku soal siasat Hanni biar dia bagitau semuanya kat aku" Guanlin merajuk.
Di dalam hatinya.. dia mengejek Daehwi sebab tak tau siapa musuh dalam selimut tu heuheu..
Jap.. Guanlin dah tau ke belum yang Hanni tahu diorang Musuh Dalam Selimut. Nevermind.. malas nak ingat.
"Urmm apa khabar dia sekarang?" Soal Saeran. "Dia?? Okay je. Cuma tulah...makin cantik" puji Daehwi. "Oi Daehwi... dia tak tanya makin cantik ke tak.. dia tanya hidup Hanni sekarang macam mana" usik Guanlin.
"Kan aku dah cakap dia okay.. kau ni?" Daehwi menyiku pipi Guanlin. "Takdelah.. dia sekarang dah menjadi seorang yang berkerjaya.. urmm Guanlin, nak bagitau ke dia kerja apa?" Soal Daehwi.
"Eh takpelah.. tau dia sekarang happy pun dah buat aku happy. Okaylah.. aku dah kena pergi ni. Urmm boleh tak aku nak nombor phone korang?". Lalu Daehwi dan Guanlin pun memberitahu nombor diorang.
.....
Hanni
"Kenapa kau cari aku, Jimin?" Soal aku tanpa memandang muka lelaki lahanat yang pernah bunuh dia tu. "Sajer..." Jimin tersenyum senget. Ingat seksi ah.. seksa tau tak seksa. Dahlah handsome. Eh Hanni apa aku merepek tetibe?
"Kau ingat aku tak tau ke kau siapa?" Marahku. "Ohh rupanya kau dah tau aku agent T.A.A.T... jadi tak perlu kot aku bagitau lagi pasal plan kitaorang.." kata Jimin. Aku memandang dengan muka bodoh.
"Aku tak cakap aku tau kau agent apa bagai. Tapi terima kasihlah sebab bagitau... teruskan bagitau plan korang" kata Hanni selamba.
"Kalau aku taknak?" Soal Jimin. Aku tersenyum. Aku mengenggam tangan kanan lalu membaca something. Aku menaikkan tangan kanan aku dan Jimin terapung.
"Aku campak kau dari atas ni" aku tertawa melihat reaksi Jimin masa terapung. Pengecut rupanya.
"Okay aku cerita. Turunkan aku" rayunya. Aku mengendahkannya. "Ingat aku bodoh ah? Nanti kau lari".
"Okay.. kitaorang memang nak bunuh wanna one dan pihak M.J. mula-mula kitaorang pergunakan tiga orang tu sebagai agent kitaorang. Lepas wanna one yang lain dah mati. Kitaorang bunuh diorang bertiga. Ye aku kawal minda Sungwoon. Aku benci abang aku. Lepas aku bunuh abang aku, wanna one dan M.J.. aku bunuh kau pulak!" Terang Jimin panjang lebar.
Aku tersentak. Jadi betullah yang Sungwoon tu bukan Sungwoon. Tak guna kau pergunakan Baejin, Guanlin dan Jaehwan. Aku kena bagitau diorang. Jimin.. I must kill you right now. But I'm not a killer!
Terus aku menjatuhkan Jimin ke rooftop dan berlari keluar. Lain kali aku akan bunuh kau Jimin!
.....
Malam tu...
Guanlin dan Hanni lepak kat pantai. Sambil berbincang ye...
"Korang takyahlah buat kerja keji korang tu..." kata Hanni sambil melihat air pantai. "Kenapa?" Soal Guanlin. "Korang tau tak? Lepas Wanna One yang lain mati. Korang pun akan dibunuh?" Soal Hanni yang masih termenung ke air pantai.
"Aku tau.. kitaorang tau. Sebab tu kitaorang sekarang bagi maklumat palsu. Tak kesahlah diorang nak bunuh kitaorang ke tak.. kitaorang taknak wanna one mati kat tangan diorang" luah Guanlin.
"Jadi.. tau tak? Jimin sedang kawal minda Sungwoon?" Guanlin agak terkejut apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Hanni tadi. "Maksudnya Sungwoon pengsan dalam badan dialah ni?" Soal Guanlin.
Hanni angguk perlahan. "Klah.. aku dah ngantok. Balik dulu.." Hanni meminta izin untuk pergi.
Dia jalan menuju ke hotel diorang dengan rupa kucingnya. Boleh pulak masa jalan tu Sungwoon terlanggar Hanni a.k.a Meow. Kenapa Sungwoon ada kat luar?
Mungkin bergegas ke hospital untuk bunuh Woojin. Tak boleh jadi.
"Alolololo sorry kucing. Dah malam tak nampak pulak awak" kata Sungwoon. "Meow?"
Tiba-tiba kepala Sungwoon terasa pening. Dia menjatuhkan Meow dan memegang kepalanya. Lalu Sungwoon pengsan akibat terlalu pening.
.....
Hanni berada di dalam minda Sungwoon sekarang. Dia nampak kosong.. "Sungwoon!!!!" Jerit Hanni.
Hanni pergi ke satu tempat di mana terdapat banyak pintu dan bilik. Dia membuka pintu pertama.
Terdapat banyak perempuan seksi berada di pantai. Terus Hanni menutup pintu dan memegang dadanya akibat terkejut. Dia malas nak tengok satu-satu bilik. Terus dia pergi ke bilik hujung sekali.
Tekaannya betul. Bilik tersebut terdapat seorang lelaki yang sedang diikat dalam keadaan tak sedarkan diri.
Terus Hanni berlari ke arahnya tiba-tiba muncul satu bayang-bayang hitam di hadapannya. "Kau takkan dapat selamatkan dia" kata bayang-bayang itu.
"Eii pergi mamposlah kau!!" Jerit Hanni lalu berlalu menembusi badan bayang-bayang tersebut.
Hanni membuka ikatan di badan Sungwoon. Dia menggoncangkan bahu Sungwoon bagi menyedarkan dia. Tiba-tiba tangan Sungwoon mencekik leher Hanni. Matanya masih tertutup.
Hanni hampir lemas. Dia terus memegang kepala Sungwoon dan membaca something. Bibirnya terkumat kamit. Tak lama kemudian. Tangan Sungwoon melepaskan cekikan tersebut.
"Sungwoon Sedarlah!!!!!" Jerit Hanni. Waktu tu mata Sungwoon bertukar menjadi putih.
Badannya terapung di atas dan akhirnya dia terjatuh di atas peha Hanni.
Matanya yang terpejam mula terbuka perlahan-lahan. "Han.. Hanni.. apa dah jadi? Aku kat bilik mana ni? Mana yang lain?" Soalnya.
"Yang lain dah mati ke? Aku ke yang bunuh? Hanni say something!!! Did I kill Wanna One?!!" Tengking Sungwoon.
"Aku bersyukur kau dah bangun. Kawal badan kau balik. Aku kena keluar sekarang. Kuasa aku dah lemah"
.....
Meow terbangun dan terus berlalu pergi dengan lemahnya. Dia meninggalkan Sungwoon di luar.
Tak lama kemudian Sungwoon tersedar. Dia memegang badan, muka dan apa apa yang patut. "Thanks Hanni" Sungwoon menangis.
Drama pulak eh?
Guanlin pun tiba-tiba muncul dan menjeling Sungwoon. Dia belum tahu Sungwoon dah sedar.
Terus Guanlin masuk ke dalam bilik hotel. Sungwoon dari belakang kejar dan memeluk Guanlin dari belakang.
"Lepaslah Jimin! Aku tau kau nak bunuh aku!" Marah Guanlin. "Guanlin.. ni hyung. Hyung dah sedar. Hanni masuk dalam minda hyung dan sedarkan hyung. Hyung minta maaf sangat-sangat kalau hyung ada cederakan korang masa minda hyung dikawal" terang Sungwoon sambil menahan tangis.
Sumpah sorry... busy gila. Idea pun dah takde.. jadi nilah yang dapat dibuat malam ni. Sorry kalau tak best. Tapi terima kasih kepada yang masih baca. Terima kasih sangat-sangat. Tak taulah nak cakap apa dah. Tapi sumpah terima kasih.. By the way...Cerita ni dah nak habis
YOU ARE READING
© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉ
FanfictionCerita ni menceritakan kisah Wanna One menjadi agent kepada pihak M.J. Pihak M.J ialah singkatan untuk Mengarut Je. Agensi M.J telah disabotaj oleh pihak T.A.A.T iaitu Tah Apa-Apa Tah. Sedih sekali, di kalangan mereka ada yang menjadi Musuh Dalam S...