Hari ni merupakan 2 hari sebelum cuti sekolah tamat. Ayah Arrysha sepatutnya balik ke Sabah untuk menjemput kami dan membawa kami pulang ke Korea tapi ayah Arrysha tidak dapat balik ke sini kerana sibuk dengan kerja. Dia telah menempah tiket untuk kami berdua jadi kami dua tinggal naik kapal dan pulang je la.
Hari ini merupakan hari terakhir aku dan Arrysha di sini. Flight kami ialah pada pukul 7 malam jadi masih sempat lagi aku dan Arrysha bersiar-siar di kampung ini. Pada waktu tengahari, Arrysha mengajak aku untuk melawat kubur arwah ibunya. Kami berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai di tanah perkuburan. Arrysha duduk di tepi kuburan ibunya. Dia membaca sesuatu untuk ibunya, dia seperti membaca doa untuk ibunya. Aku hanya duduk di tepi Arrysha dan memandang Arrysha. Setelah Arrysha habis membaca doa, dia memeluk kubur arwah ibunya.
"Mama, Arrysha rindu mama.. Arrysha rasa sunyi sangat dekat rumah bila mama tiada.. Arrysha rindu sangat dengan mama.. Ampunkan Arrysha mama sebab Arrysha bukan anak yang baik, Arrysha minta maaf juga sebab selalu kecewakan mama.. Arrysha minta maaf sebab marah mama masa hari jadi Arrysha.. Arrysha betul-betul menyesal! Arrysha nak sangat peluk dan cium mama buat kali terakhir.. Senyuman mama yang mama bagi kat Arrysha masa hari jadi Arrysha akan Arrysha ingat sampai bila-bila.." ucap Arrysha sambil menangis teresak-esak.
"Arrysha dah la tu.." ucapku sambil menggosok kepala Arrysha.
"Mama.. Hari ni Arrysha ada bawa kawan Arrysha nama dia Jackson, dia ni teman lelaki Arrysha. Dia baik orangnya ma.. Dia jugalah selalu tolong dan jaga Arrysha." ucap Arrysha sambil tersenyum. Dia mengusap batu nisan arwah ibunya.
"Aunty, saya janji saya akan jaga Arrysha dengan baik. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan Arrysha happy! Arrysha ni memang seorang perempuan yang lain daripada yang lain, saya kagum dengan kebolehan dia. Saya tidak pernah jumpa perempuan macam Arrysha, kalau la aunty masih ada mesti aunty bangga dengan dia.." ucapku sambil memandang sayu kubur arwah ibu Arrysha.
"Maa Arrysha balik dulu ya ma.. Nanti raya kita jumpa lagi ok ma. Arrysha sayang mama! Assalamualaikum mama." ucap Arrysha lalu mencium batu nisan arwah ibunya.
Kami berdua berjalan pulang ke rumah. Mata Arrysha masih lagi merah kerana menangis tadi.
"Arrysha bertabahlah ya.. Kalau kau ada masalah, aku akan sentiasa ada di sini untuk kau, kau luah je dengan aku." ucapku sambil mengusap kepalanya.
Arrysha mengangguk lalu tersenyum melihat aku. Selepas 15 minit berjalan kaki, kami sampai di rumah makcik Arrysha. Arrysha duduk di atas sofa begitu juga aku. Arrysha merenung ke luar tingkap.
"Arrysha, kamu dah siap ke? Kita dah nak gerak ni." tanya makcik Arrysha.
Arrysha terjaga dari lamunannya.
"Dah makcik." jawab Arrysha.
"Jackson, kau dah siap packing apa semua? Kita dah nak gerak ni." tanya Arrysha
"Dah." jawabku.
"Hah jomlah ambil beg!" ajak Arrysha. Kami berdua bingkas bangun dari sofa lalu pergi ke bilik mengambil beg kami. Aku dan Danish menolong Arrysha mengangkat barang-barangnya. Aku meletakkan beg aku dan beg Arrysha ke dalam bonet kereta makcik Arrysha. Aku dan Arrysha duduk di tempat duduk belakang, Danish pula duduk di depan. Kami berdua berbual sepanjang perjalanan. Selepas 3 jam di dalam kereta, akhirnya kami sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Kami semua turun dari kereta makcik Arrysha. Aku dan Danish mengangkat beg aku dan Arrysha turun dari bonet kereta.
"Assalamualaikum makcik, nanti kita jumpa lagi ok." ucap Arrysha lalu menyalam dan memeluk makciknya.
"Bye Danish! Nanti kita jumpa lagi! Aku akan rindu kau!" ucap Arrysha lalu melakukan handshake istimewa mereka.
YOU ARE READING
[COMPLETE] Arrysha Love Story ft Jackson Wang
FanficArrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menan...