Rasanya seperti dikurung di dalam sauna. Kulit seakan mahu terbakar angkara bahang yang semakin menggila. Juga gara galaknya sinar mentari tiga petang, angin kipas kini sudah tidak lagi mampu menyejukkan tubuh yang semakin berpeluh.
Anak mata melilau memandang suhu yang tertera di atas skrin jam pintar di sebelah tangan kanan. 35° Celcius tak 35° Celcius, kerja tetap diteruskan. Dalam masa yang sama, belakang tangan kiri tidak berhenti menyeka peluh di pelipis yang basah dek peluh sehinggalah akhirnya aku tewas juga kerana tidak tahan kepanasan.
Panas macam sial!
Pen dilepaskan serta-merta sebelum berganti dengan kertas A4 yang dilipat dua dan dikipas pada wajah yang kemerahan. Belakang kepala melentok ke belakang kerusi ibarat mahu terjuntai. Leher yang terdedah rasa nyaman saat bertembung pula dengan angin yang berhembus dari tingkap yang terbuka. Lama kelamaan, suhu bilik mula menurun. Tangan pun berhenti bergerak sebelum keduanya berpeluk pada tubuh.
Aku mula memejam mata rapat. Lama. Baru saja mahu didatangi lena, kedengaran detapan kaki masuk ke bilik asrama sebelum aku merasakan bahagian pahaku sedikit kepanasan.
Aku lantas membuka mata dan dari sisi, aku dapat melihat rakan sebilikku yang telah kembali entah dari mana. Dia berdiri tegak memandangku bersama satu sengihan. Di tangannya terdapat beberapa plastik berwarna hitam berisi entah apa dan salah satunya sudah selamat mendarat di atas pahaku.
"Apa benda ni?" Tanyaku, sebelah kening dinaikkan. Dia sekadar mengangkat bahu.
Perlahan-lahan aku betulkan postur duduk. Plastik itu tadi aku capai sebelum diangkat ke atas sedikit. Bau yang tiba-tiba menerobos keluar dari plastik itu membuatkan dahi berkerut.
"Aku tak ingat aku pernah pesan makanan dengan kau." Ucapku tenang.
"Yup sebab ni aku yang belanja. Jadi janganlah malu-malu. Dig in." Hampir tak berkelip mata mendengar jawapan darinya.
Entiti manakah yang telah merasukinya petang ini sehingga terfikir untuk membelikanku makanan?
"Kenapa tiba-tiba?" Tanyaku lagi. Was was.
"As a sign of gratitude. Atas nasihat berharga kau pagi tadi. So yeah." Dia menggaru kepala dengan sebelah tangan yang kosong.
Baru sahaja aku hendak menolak,
"Lagipun, tengah hari tadi aku tak nampak pun kau ambil makanan dalam dewan. Kau tak lapar ke? Ke makanan kat sini tak ngam ngan tekak kau? Ataupun kau sebenarnya tengah diet?"
Begitulah, bertubi-tubi soalan terpacul keluar dari mulutnya. Agak terkejut. Tak menyangka bahawa tindak-tandukku di asrama sedang diperhatikan olehnya. Entahlah mahu rasa dia ini orang yang sangat prihatin ataupun memang tulen penyibuk.
"Dah jadi mak aku ke kau? Kalau ya, bila?" Sarkastik aku menjawab. Dan begitu sahaja, dia menyembur tawa.
"Pfft... Hahaha! Jawapan kau sekalipun tak pernah membosankan aku. Kau ni mungkin dingin tapi kau ada tahap humor yang tinggi. Aku suka! Aku suka!"
Aku menghela nafas berat. Jelas, itu bukanlah benda yang aku ingin dengar dari mulutnya.
"Dahlah. Jangan ganggu aku. Tak nampak ke aku tengah buat kerja ni." Tangan kembali memegang pen dan riak wajah pun bertukar serius memandang kertas kerja tadi.
YOU ARE READING
Dia Raja Buli
Teen Fiction3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...