Bab 8 - Kenangan Pahit dalam hidup

490 11 0
                                    

2 bulan selepas kejadian itu aku belum pernah lagi bertemu dengan Haris.Aku sangat -sangat bersyukur sekurang-kurangnya dia seorang yang boleh di percayai.Tiada tempat untuk aku mengadu tentang apa yang aku lalui bersama dia.Bila di fikirkan kembali selama aku mengenali dia belum pernah sekalipun dia mengambil kesempatan padaku sehinggala pada malam itu.

Sumpah ..aku benar-benar kesal di atas apa yang terjadi, aku kehilangan seorang kawan yang pernah aku hargai dan kagumi sebelum ini.Biarlah dia terus hilang dari pandangan mataku selamanya.Hidup perlu di teruskan ...aku yakin aku mampu kerana Allah swt sentiasa berada di sisi hambanya

=============================================================

kicau bunyi burung sangat menyenangkan, hari cuti macam ni aku lebih suka menghabiskan masa di rumah saja.Kemas apa yang patut, terasa sunyi dalam hidupku.Kalau ibu bapaku masih lagi hidup waktu cuti begini amat bermakna buatku.Air mataku menitis tanpa aku sedari terus jatuh ke atas frame gambar di tanganku.

"Mama ..Papa ..kenapa ini semua harus terjadi.."

aku semakin tak dapat menahan diri lagi lalu aku rebahkan diri di atas katil sambil memeluk gambar mereka.Seketika aku teringatkan mak mah juga.Tak pernah sekalipun aku lepas dari sedekahkan fatihah buat mereka yang telah kembali kepada penciptanya.Lamunanku terhenti bila tiba-tiba aku terdengan bunyi hon dari luar,lalu aku melihat keluar.Kelihatan van Pos Laju di luar.Segera aku menuju keluar.

"Assalammualaikum..Cik Alisya ?" tanya lelaki di dalam van sambil mengambil barang seperti kotak.

"Waalaikumsalam ..ye saya.ada barang ke encik" sambil menjawab pertanyaannya aku masih berfikir apa yang bakal ku terima.Rasanya aku tiada membuat sebarang pembelian secara talian atau punya teman jauh.

Lelaki di hadapanku hanya mengangguk dan senyum padaku.Selesai menerima bungkusan kotak aku segera ke dalam.Dengan perasaan berdebar aku membaca butir penghantar barang tersebut.
Tak ku sangka ia dari Anika Anik tetapi kali ini, penghantaran di buat dari alamat yang lain.

"Terengganu?? ..siapalah dia ni sebenarnya "

perlahan aku membuka balutan kotak di hadapanku.Terkedu aku dengan isinya..sebuah telefon bimbit dan nota serta beberapa keping gambar.Aku lebih tertarik dengan gambar dua orang budak di atas buaian.seorang lelaki dan seorang perempuan.Sepertinya aku belum pernah melihat gambar tersebut sebelum ini.

Aku lihat di belakang gambar tersebut tertulis "kenangan bersama saat dijumpakan oleh parents kita.Always together Alisya & Adam"..mulanya aku tersenyum dengan catatan tu kemudian terhenti bila nama yang kubaca tu adalah namaku.Aku mengingatkan jika dalam gambar itu adalah diriku.Tapi mungkin juga aku tak ingat sebab bila melihatkan gambarku tu seperti usiaku mungkin dalam lingkungan setahun atau lebih sedikit.

"Misteri lagi..kenapalah dalam hidup aku ni banyak sangat teka-teki" aku mengomel sendiri sambil mataku beralih pula pada nota yang di lekatkan pada kotak telefon bimbit.

Assalammualaikum alisya..

Harap sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari teman lamamu.sungguh jika alisya tidak mengenali diri ini.Gunakanlah kemudahan ini,jika ada kelapangan saya akan muncul dan kenalkan diri pada alisya.saya akan tetap sentiasa menjaga dan melihat alisya dari jauh.Janganlah aisyah mencari atau tertanya-tanya siapa saya.Anggap sahaja ini hadiah dari keluarga alisya dan saya sebagai seorang yang dia amanahkan untuk menjaga alisya

Jaga diri dan jangan kesal dengan apa yang berlaku,terus tabah dan sentiasa sujud pada Allah swt.

Selesai saja membaca nota tu aku pun dengan senang hati membuka isi dalamnya.Dalam gembira aku juga tertanya siapakah anika anik ni.Dari penerangannya aku rasa dia seorang yang rapat dalam keluargaku mungkin.Kesimpulannya jika ia tak memudaratkan aku jadi aku terima saja.

================================================================

"Morning semua..dah sarapan ke " aku menyapa teman-teman seangkatanku sesampai sahaja di kaunter.Serentak masing-masing memandang ke arahku dengan muka tertanya-tanya.

"Amboi ...happy nampak ,apesal muka kau nampak happy je ni.Kongsilah dengan kita-kita ni" kata kak Mona padaku sambil tangannya ligat mengemas baju-baju yang bertaburan di atas offer bin.

" Takde apalah kak.kan semalam sya cuti...cukup tidor cukup rehat " jawapku sambil menyimpan barang dalam locker

"Eh sya kau nak dengar tak..semalam kau cuti ada satu mamat ni cari kau tau.Dia kata ada urusan penting dan minta alamat rumah kau" kata kak mona padaku dengan reaksi penuh semangat

"abis tu akak bagi ke "

"Takla akak ingat pesan kau,jangan beri sesiapa alamat rumah kau melainkan kau sendiri bagi permission"

lega aku mendengar jawapan dari kak Mona.Cuma kak Mona yang tau alamat rumahku serta pernah juga datang ke rumah.Selepas mak mah tiada dialah temanku yang paling rapat dan tahu serba sedikit tentang diriku.Dalam fikiranku terus saja terfikir adakah lelaki itu Anika Anik.Tapi kalau dia rasanya tak perlu tanya, sebab dia boleh saja hantar barang kepadaku takkan tak boleh datang terus ke rumah.Sekali lagi teka-teki bermain di fikiranku, sedang leka dengan teka-teki ni.aku di di kejutkan dengan bunyi sms di handphoneku.

Tit Tit terpapar gambar mesej di handphone,aku agak terkejut rasanya tiada siapa yang tahu nombor handphoneku selain daripada pemberinya.Pasti dari Anika Anik

[ Semoga hari ini menjadi hari lebih indah dari semalam...jangan lupa download app whatsapp ye mudah untuk saya berhubung dengan awak. ] daripada Anika Anik

Pesanan pertama aku terima ni membuatkan aku tersenyum sendiri.

❇️❇️❇️❇️

rasanya korang bole faham tak cerita yang tak seberapa ni. harap dapat juga la menghibur uolls ye☺️

Hanya Kau Untuk KuWhere stories live. Discover now