"Armel , ada apa yang nak bincang dengan ibu ni ? Syed sekali ? " soal ibu pelik. Apa benda yang armel nak bincang sampai syed ada sekali. Jangan diminta nak kahwin dengan syed sudahla.
Syed kelu untuk menjawab. Takut juga dia dengan ibu armel. Maklumlah baru kenal. Lagipun armel ni kan isteri orang. Dan suami armel pun ada depan mata .
"Syed ? " ibu masih menunggu jawapan dari syed.
"Saya ikut armel je. Armel yang ajak saya ke mari. Kalau kehadiran saya tak diperlukan , saya keluar sekejap ya ke pejabat ' pamit syed dan melangkah memulas tombol pintu.
"Tuan , wait me ! " Armel sedaya upaya untuk bangun mengejar syed.
"Sayang stay with me. Sayang... Berhenti kerja boleh tak ?... Abang mampu tanggung sayang. Elaun sayang pun ada setiap bulan. Kalau tak cukup abang naikkan " Pujuk aliff. Pipi armel diusapa lembut.
"Ibu... Armel kena ikut syed kejap. Ada kerja ni bu.... Abang , sayang keluar sekejap ya ? Boleh ?" Tangan aliff dikucup.
Ini kali pertama armel mengucup tangan suaminya selepas pergaduhan itu berlaku.
Aliff tidak dapat mengawal sebaknya. Jujur dia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa wanita ini.
"Sayang, abang izinkan ya. Balik awal tau " Lantas dahi armel dikucup.
Jika tidak beri kebenaran mahu berapi lagi si armel ni. Habis plan memujuk hancur.
"Syed ! " laung armel di muka pintu.
Kelihatan syed sedang menaiki kereta yang dipandu suhaila. Muka syed bagai terpaksa pun ada. Apalah plan suhaila ni sebenarnya ?
Armel kecewa di situ. Baru ingat nak tumpang pergi site. Last-last kena tinggal.
Bunyi telefon armel menjerit minta diangkat. Lama armel mengelamun selepas melihat suhaila dan syed berlalu.
"Suhaila culik saya ! Armel tolong attend meeting pukul 5. " Suara syed bergetar di hujung panggilan.
Mana taknya , si suhaila ni tanpa kata apa-apa terus menolak syed ke dalam kereta.
"Baik tuan " jawab armel.
Gila lah kawan aku sekarang ni. Pandai menculik orang. Eleh sebenarnya nak curi hati bos aku tu. Macam tak tahu. Go for it sue !
Armel tersenyum. Eh jangan senyum sangat , encik lesung pipit creepy tu ada dalam rumah.
"Sayang , meh sini makan. Join us. " ajak aliff yang sedang megunyah makanan.
"Mummy come " pelawa zhafran yang sedang duduk di ribaan aliff.
Tidak tahulah armel perlu gembira atau tidak bahawa zhafran dapat membiasakan diri dengan aliff setelah 6 bulan tidak rapat. Mungkin kerana darah daging.
Armel masih lagi tegak berdiri terjenguk-jenguk siapa lagi yang ada di dapur.
"Tak payah jenguk. Ibu ada kat sini. Mari sini , temankan suami kamu makan. Tak baik biarkan dia seorang-seorang " Pesan ibu dan menarik armel duduk di sebelah aliff.
Armel hanya mencebikkan bibirnya..
"Sayang nak makan yang mana. Hari ini , ibu masak asam pedas dengan gulai kari. Nak yang mana ? " Soal aliff.
"Asam pedas. " Balas armel sepatah. Panaa benar hatinya melihat aliff. Amboi, senang-senang makan kat rumah orang.
"Jap eh abang sediakan. Or nak share dengan abang ? " aliff mengenyitkan matanya.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romansa"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...