****** Kapal Kapten Kaizo ******"Kapten, kau pasti ke tak nak jawab panggilan dari Pang ni?" Lahap memerhati Kapten Kaizo yang sedang sibuk berlatih pedang.
Kapten Kaizo menjeling memberi amaran. Dia paling tidak suka bila diganggu ketika sedang berlatih. Dia menguatkan hayunan pedangnya hingga terbelah dua tiang di depannya.
"Kan aku dah cakap, jangan kacau aku!" sekali lagi tiang yang berada di sebelah kirinya menjadi mangsa pedang Kapten Kaizo. Bad mood semacam je? Lahap meninggalkan Kapten Kaizo sendirian di bilik latihan itu. Dia tahu kalau dah nada percakapan dengan gerak geri yang macam nak bunuh orang je, dia akan menggila dengan menetak semua benda dihadapannya.
10 minit lepas tu
"Ape lagi yang kau nak? Bukan ke aku dah bagitau jangan panggil aku abang?!" herdik Kapten Kaizo sambil memerhati hologram Fang yang terpapar di hadapannya. Nak je dia tutup hologram tu tapi tak kesampaian bila Fang baru nak buka mulut kecik dia tu bercakap.
"Ab.. Kap.. Kapten.. Saya.. Saya nak.."
"APA?!"
"............"
"AKU KATA CAKAP, CAKAP LAH! JANGAN NAK BUANG MASA AKU!!"
"Sa..! Abang masih sayang kan Pang ke?!" Fang menatap muka Kapten Kaizo melalui hologram logo TAPOPS.
Suasana agak sunyi. Kapten Kaizo hanya memerhati Fang yang sedang menunggu jawapan dari nya.
"Kenapa.. Kenapa abang tak-"
"Sebab aku tak suka dengan orang lemah."
"Hu.. Huh? Jadi, kenapa abang selamatkan Pang masa Ujian Maut haritu?!"
"........"
"Abang! Jawab lah!!" Fang mendesak.
"Sebab aku sangka kalau aku buat macam tu kau akan lebih kuat!! Tapi.. Aku silap. Kau hanya menangis kat luar hospital masa aku diberi rawatan. Kau juga tak pernah berlatih masa aku kat hospital. kau-"
"Jadi, hanya disebabkan Pang lemah, abang dah tak sayangkan Pang lagi? Hanya disebabkan Pang nangis, abang dah taknak mengaku Pang sebagai adik abang lagi? Hanya disebabkan Pang tak pernah berlatih masa abang terlantar kat hospital, abang dah benci Pang?"
Setiap kali berkata², manik² putih akan jatuh dari kelopak mata Fang. Dia tak sangka benda kecik macam tu pun abang dia nak putuskan relationship dengan dia.
"Kau-!"
"Pang benci abang!!! Abang tak guna!! Abang lembab! Evil brother ever!!!" Fang menutup hologram di tangannya. Dia menangis selepas itu.
"Tak guna punya adik.. Berani dia kata aku lembab?! Jaga kau!!" Kapten Kaizo menyimpan logo TAPOPS di poketnya sebelum berjalan keluar dari situ. Habis lah Fang nanti.
🍪🍪🍪🍪
Boboiboy tercari² kelibat Fang di sekeliling rumah mereka. Tasik buatan dipenuhi bunga teratai dan ikan menjadi pilihan Boboiboy untuk mencari Fang. Takut² Fang sesat dan termasuk rumah orang.
Suara orang sedang bercakap kedengaran dari semak berdekatan tasik. Boboiboy menuju kearah semak tersebut dan terlihat Fang sedang bergaduh dengan Kapten Kaizo. Meremang bulu roma Boboiboy melihat muka serius Kapten Kaizo dan muka sayu Fang. Boboiboy menggaru kepalanya. Tak faham dengan butir bicara mereka.
"Pang benci abang!! Abang takguna!! Abang lembab!! Evil brother ever!!"
Wow... Berani sungguh Fang menyumpah abang sendiri. Terkekeh² Boboiboy menahan ketawa melihat muka terkejut Kapten Kaizo bila Fang terus menutup hologram di tangannya. Nak je dia ketawa sekuat hati tapi ditahannya.
📛📛📛📛
Rumah Fang
Kepulangan Fang dari trip ke rumah Boboiboy kat bandar disambut muka garang macam singa Kapten Kaizo. Dia dah lama tunggu kat depan pintu sambil berpeluk tubuh. Fang hanya berlalu tanpa melihat muka abangnya.
"Berhenti kat situ."
"Lahap, kau ada bersihkan bilik aku tak?"
Fang sengaja tidak mahu mendengar arahan Kapten Kaizo. Lahap yang sedang tengok TV menggaru kepala ungunya. Geram, Kapten Kaizo menarik beg galas Fang dan mengangkat Fang tinggi² menggunakan satu tangan. Terkejut Fang dibuatnya.
"Kurang ajar! Macam nie ke kau layan abang kau sendiri?!"
Fang merenung mata Kapten Kaizo. Dia kemudiannya tersenyum.
"Apesal kau senyum² pula ni?! Ape yang lucu?!"
"Abang sayangkan Pang kan?" soalan mendadak Fang mengejutkan Kapten Kaizo.
"Apesal kau tanya?"
Fang tersenyum dan menggunakan kuasa penembusnya untuk lolos dari pengangan Kapten Kaizo. Dia berdiri dihadapan abangnya dan merenung polos kearah Kapten Kaizo.
"Pang sayang abang macam sayang kat papa dan mama. Walau abang tak kisah pasal Pang, tapi Pang-"
Kapten Kaizo memeluk erat Fang. Fang yang hanya mempunyai ketinggian yang sama dengan perut Kapten Kaizo terkejut sebelum membalas pelukan abangnya. Dia tersenyum bahagia. Dia tahu abangnya masih sayang dan peduli dengannya cuma dia tak tahu nak ekspres je. Tsundere type.
"Sayang abang~💕💕"
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
To Be Continue
Thanks for reading~
Nanti Xixi update banyak²~
🌟
YOU ARE READING
FRIEND OR RIVAL [✓]
Fanfic" Kau ingat kau hebat sangat ke? Aku lagi hebat dari kau sebab kuasa aku lagi hebat dari kuasa kau! " *buat muka angkuh* - Fang " Ye lah tu. " *muka selamba* - Boboiboy " Eeeeeeeee!! OI!! Orang tengah bercakap nie dengar lah dulu!! Tak guna!! " - Fa...