Anika Anik nama yang agak pelik , aku menjangkakan nama itu adalah nama samaran.Tetapi kenapa perlu nama samaran.Aku fikir hanya aku seorang yang pelik kat muka bumi ni rupanya ada orang lain juga. tapi aku happy bila dapat chat dengannya..tak tau kenapa aku rasa sangat selesa dengan anika
Kehilangan Haris selepas kejadian itu membuatkan aku lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang.
Aku cuba mencari jika ada maklumat yang boleh aku rujuk tentang Anika Anik.Kecewa dengan pencarian yang sia-sia.Aku lupakan saja niat aku , aku cuma berharap jika benar dia jujur pasti dia akan muncul juga satu hari nanti.
===============================================================================
Minggu depan kami bercadang nak ke cameron highland.Ini semua idea Kak Mona yang beria sangat mengajak aku pergi bercuti di sana.Dalam erti kata lain kami akan dapat claim cuti lebih sebab dapat hit target sales semasa musim perayaan lepas.Ye la aku pun tiada tempat untuk di tuju , setiap hari cuma tempat kerja dan rumah.Kalau dulu mak mah ada lain cerita la.Pada dia tempat aku bermanja.
Usai solat Zohor aku segera bersiap-siap untuk bertolak ke Bank.Gaji bulan ni aku bercadang nak simpan di ASB saja.Sementara ada ni kenalah beringat ,lagipun aku cuma seorang berapa sangatlah yang aku belanjakan setiap bulan.Tak lama aku sampai di bus stop dah nampak bayang bus menuju ke arahku.
Wau ramainya orang hari ni.. aku mengomel sendiri .Memandangkan tiada tempat duduk aku memilih untuk berdiri di sudut pintu, baru saja aku melangkah tiba-tiba bas berhenti mengejut membuatkan aku tak dapat imbangkan badan ku.Aku hampir jatuh tersembam ke depan tapi mujur ada tangan yang memaut pinggangku.Segera aku menoleh , terkejut aku bila melihat wajah orang yang membantu aku.
" Eh encik " spontan aku bersuara
" Ye saya " balas lelaki di hadapanku.dia kemudian meleraikan rangkulannya.Membuatkan aku tersipu.Kadangkala aku tertanya kenapa la benda -benda memalukan ni mesti jadi kat aku.Aku berlagak seperti tiada apa berlaku dan mengucapkan terima kasih padanya.Tanpa menoleh aku terus turun dari bas.
Turun saja di bawah aku terkedu seketika.
" Ya Allah ..apasal la aku suka sangat buat perkara bodoh dalam hidup aku ni "ngomel aku sendiri, rupanya aku turun di perhentian yang salah.Mujur saja tempat yang ingin di tuju tak jauh dari sini.
"Alhamdulillah selesai kerja aku hari ni" siap saja urusan aku bercadang nak ke kedai buku dah lama tak berjalan selain pergi dan balik kerja saja.
beberapa novel sudah ada dalam bakul ada genre thriller, misteri dan of course romantik hehe. biasa la spesis macam aku ni lebuh pada buku tu pasal la aku tak ramai kawan. besides aku jenis susah nak percaya kat orang.
YOU ARE READING
Hanya Kau Untuk Ku
Romansamengisahkan seorang anak yatim yang sentiasa cuba berusaha menjadi seorang yang sangat tabah selepas kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan.Dia tidak pernah tahu jika dia masih punya saudara lain selain keluarganya sahaja. hidup perlu diterusk...